Wednesday, May 8, 2019

Happy 11th birthday Oppa!

Awal Ramadan yang lalu jatuh pada 6 Mei 2019, 
Sekaligus tarikh ulang tahun kelahiran anak sulung Mama Yan...
Dah genap 11 tahun...
Alahai...rasa macam kejap je dah besar..

Memandang hari pertama berbuka tu birthday dia,
Dia request nak berbuka mi kari..
Ayah pula belikan kek 
Untuk seronok seronok potong dengn adik adik...


Mama suapkan birthday boy kek...
Ayah dia cakap,
Abang ni cetak mama dia sebiji
Muka, gaya, cara, makanan feveret, rambut..semua macam mama.
Mama cakap mana ada minat sama...
Abang minat tengok Running Man, minat drama korea, mama tak...
Sebenarnya, mama bukan tak minat tengok drama Korea,
Mama cuma takde masa nak layan...

Adik pompuan dia, si Sarah tu panggil abang dia ni Oba..
dah puas ajar panggil abang...
Aaaaa...banggggg....tapi bunyinya tetap Oba..
Sekali dengar macam oppa...
sebab ada sekali tu kat kedai..
Si sarah jerit-jerit panggil abang dia..Oba..Oba..
salesgirl kat kedai tu cakap..
"Ni mesti mak dia suka tengok Korea masa ngandung, kecik2 dah pandai cakap Korea"
Padahal Si Sarah yang pelat tak reti sebut abang..

walaupun sorang je yang sambut birthday,
Lilin kena tiup berkali kali ye..
semua orang nak tiup...
Kali ni potong kek kat beranda rumah atok Segamat.
Sebabkan rumah atok baru siap renovate,
Dah luaskan beranda siap taruk kipas.
so, petang tu pun baring2 kat beranda je...
siap tikar bantal kat luar tu..
panas kemain kat Segamat ni..
Kesian anak anak mama paksa puasa panas panas ni..

Dah potong kek separuh baru teringat nak ambil gambar...
Kek dari kedai biasa biasa je...
Bukan resepi rahsia...
Sebab kalau beli dekat resepi rahsia tu...bukannya dorang makan habis pun...
Membazir aje..


















Ni masa abang seat exam untuk masuk darjah 1.


















Ni gambar masa umur 2 tahun rasanya




Selamat hari jadi Abang Mukhlis,
walaupun mama garang dengan abang,
selalu membebel kat abang,
tapi ketahuilah..
mama sangat sangat sayangkan abang..
semua bebelan tu...
sampai masanya tidak akan kedengaran lagi..
dan itulah yang akan semua oarang akan rindukan.
Semoga Abang jadi abang yang baik untuk adik-adik...
Berjaya di dunia dan di akhirat..Amin

4 comments:

norhidana said...

HB abg, moga jd anak yg soleh n berjaya ya...
selalu org kata anak pertama mesti ikut mak hehehe... btl ke idok tu kn

OKje said...

Happy Bezday abang moga jadi anak soleh kebanggaan mak ayah....
Sedapnya Yan Mee Kari dengan kerang kerumun hihi....
Hihi.... biasalah budak budak, asal nampak kek dengan lilin je, mesti nak meniup..

Mrs. A said...

Happy belated birthday Abang.
Sama bulan Mei dengan Mrs. A ;-)

Rodong Koi - Pahang Blogger said...

Kiut..hb

Lazada

Post Terhangat