Monday, May 27, 2019

Throwback : Tragedi anak jiran mengamuk raya 2016

Dekat dekat nak raya ni...
tiba-tiba ter'flash back' pulak kenangan 3 tahun lepas.
Raya puasa tahun 2016.
Memang mendatangkan sedikit trauma la dalam keluarga..
Mujur takde kehilangan nyawa..

Kisahnya,
bila abah dan adik bongsu Mama Yan diserang anak jiran..
Beberapa bulan sebelum dengan beraninya dia menyerang,
memang kerap dia membaling objek ke dalam pagar rumah kami..
Tapi, kami abaikan..
Yelah..anak jiran kott..
Adik selalu whatsapp gambar gambar hasil dia baling membaling objek ke rumah kami...
Tapi setakat baling objek takkan kami nak buat report kannnn...

Mak dan abah pula,
banyak berada di bahagian dapur rumah. 
Pintu depan selalu tutup..
Jadinya objek yang dibaling budak tu,
taklah mengenai mak atau abah..
cuma merosakkan sikit sikit la bahagian depan rumah..
alah...sikit je...

Lepas tu ada sekali tu,
tak semena mena datang tumbuk adik bongsu Mama Yan yang tengah duduk atas motor bersembang dengan jiran lagi sebelah.
Tanpa sebab dan alasan,
tergolek la adik, sebab tak bersedia..
Ye la...jiran sebelah datang masuk pagar...
Biasalah...bukannya tak kenal
Ingatkan nak join sembang...rupanyaaa...
tapi masa tumbuk kali pertama ni...
Tiada laporan polis dibuat sebab mak dia datang minta maaf.

Grill tingkap kemek sikit kena baling batu

Koleksi batu bata yang budak tu baling

Frame pintu terkena kesan balingan

Batu bata lagi

bateri motor pun ada ye...

safety boot pun boleh. 


Batu batu pelbagai jenis.
Adik kumpul2 dekat setengah baldi jugak la

Meter TNB pecah. dah report TNB dan dah lama ganti baru

Kemuncaknya,
Lagi dua hari nak raya...
Abah tengah kat dapur dengan mak..
Adik ada kat ruang tengah rumah..
Tiba-tiba je anak jiran sebelah rumah datang menyerang..
Dengan keadaan pintu rumah berkunci,
Dia turun kereta dan terajang pagar, terajang pintu rumah...

masuk rumah dan terus mengamuk
Mujurlah dia mengamuk tanpa membawa senjata..
kalau tak, pastinya hari raya tahun itu tiada rendang buat kami,,
tapi digantikan dengan gulai nangka, ikan masin.

Masa kejadian tu berlaku,
mama yan masih ada di Johor.
Plan nak balik malam malam sikit,
tapi dah jadi macam tu,
lepas je berbuka terus bertolak balik raub.
Terlewat sikit sebab MY dah ada kat rumah mentua di Segamat,
Suami MY pulak otw dari JB...sebab dia ada kerja sikit masa tu. 
Suami sampai pun lagi beberapa minit sebelum berbuka..
Masa tu memang resah gelisah tak ketahuan jadinya
Dah la segala image yang adik whatsapp, asik loading aje..
Masa tu menyumpah la juga kampung suami yang ulu ceruk jin beronggeng tu..hahaha
Line tepon pun tenggelam timbul. 

Dah la masa tu, mak Mama Yan tak berapa sihat..
Mak menjerit minta tolong...
Mak sempat la pukul budak yang tengah serang abah tu dengan kaki kerusi yang patah tu...
tapi...apa sangatlah kederat mak yang memang tengah tak sihat tu...
Alhamdulillah, ada anak anak lelaki makcik depan rumah tu yang dah start cuti beraya 
Diorang la yang datang berlari menarik keluar budak yang menyerang tu.
Kalau diorang takde..entahla..tak berani nak cakap.

Malam tu, kakak kepada penyerang tu datang,
Memujuk abah supaya menarik semula laporan polis.
Kalau abah tarik semula laporan polis, 
Segala kerosakan yang adik dia lakukan..
dia akan bayar semula.

"Sorry Kak Esah, kami adik beradik tak hadap duit awak, kami boleh repair sendiri rumah orang tua kami. "

Hidup berjiran sejak tahun 1981 ye...
bukan satu jangka masa yang singkat.
Bukan jiran jauh...betul betul sebelah rumah.
berkongsi dinding berpuluh tahun...
Tapi bila kejadian macam tu terjadi,
Yang dia pentingkan...suruh tarik report polis pulak...

Sehingga kini,
motif serangan masih tidak diketahui.
Report polis dah dibuat...
tapi 3 tahun berlalu...tiada sebarang perbicaraan mahupun hukuman..
ke kesnya tak jalan...
tak tahulah..
apa bizi benor ke pulis de Raub teh?


Tiang pagar pun tumbang.
Hanat betul kontraktor ni buat tiang, takde besi. kena terajang tumbang

Bahagian kepala abah yang luka dan dijahit. Bahagian muka takyah tunjukklah. Sedih

Bahagian atas selak pintu terpelanting


Bahagian kunci pintu pecah

Pintu pecah. Kuat betul penerajang budak tu

Pagar roboh

Kerusi patah riuk. Mujur kerusi kayu getah, kalau kayu jati, harus la arwah 

keadaan selepas kejadian

darah abah 

Darah abah memenuhi lantai. ada lagi gambar abah mandi darah, tapi censored la untuk tatapan keluarga shj

kawasan kejadian
Keesokan harinya..
terus sahaja kami cari tukang yang boleh buat kerja repair secepat mungkin.
Pintu tukar baru..
Tambah sliding grill untuk keselamatan.
pagar yang roboh buat tiang besi je.

Selama ni...hidup kat rumah dalam taman kat bandar kecik tu aman damai je..
Jangan kata gril pintu,
Pagar pun kitorang tak pernah kunci.
Pintu terbuka luas dari pagi sampai maghrib,..
Lepas maghrib buka balik...
Sampai sebelum tidur baru la tutup pintu.

Tambah sliding grill. tapi kalau budak tu datang nak mengamuk lagi...mudah je kot dia tanggalkan grill ni.

Pasang balik pagar yang tumbang


Pakai tiang besi je.
dah 3 tahun berlalu,
rumah sebelah tu pun terbiar sunyi dan berhabuk.
takde orang tinggal di situ lagi dah...
Anak anaknya dah bawa maknya dan budak tu tinggal luar daerah.
Tak tahu kat rumah anak yang mana satu...

Sesekali bila teringat..rasa sedih..
Hubungan dengan jiran rumah teres ni ..
Bukan biasa biasa...
Saling bertukar juadah berbuka puasa, hidangan raya, 
Apa saja rezeki lebih, pasti dikongsi bersama.
Kalau hari hujan, saling tolong angkat kan jemuran.
Kalau masa sahur rumah sebelah senyap je..saling mengejutkan..
melaung la dari tembok sekerat tu
Saling bantu membantu...
Pinjam bawang, pinjam asam jawa..hahaha..
kalau kenduri kendara..
semua peralatan dikongsi bersama...
masing2 bawak blender, bawa mesin kelapa,..
Sekarang dah tak macam dulu lagi dah...
ralat juga rasa..
Tapi untuk tarik balik report...
kami tak izinkan abah.



Nota kaki : Kami masih berjaga-jaga

16 comments:

norhidana said...

sambil baca sambil ngeri betul...
ingatkan takat batu kecik2 ni batu bata nun... ada masalah mental ke apa anak jiran tuh? pttnya masa dia baling batu batu tu dh repot polis dh... ni sampai dh berani nk msk rumah n pukul apasal pulak... kita yg cuma baca cerita pun rasa geram...

kalau mungkin anak nya ada masalah mental tu lain lah, tu pun ptt di jaga elok bkn dibiarkan merata2... ni sampai pukul adik n abah tuh... sampai teruk mcmtu... pastu boleh lak nk suruh tarik repot polis... ish2... seram tul

pandai lak dia larikan diri, mungkin dia tahu anaknya yg salah, cuma sakit ati lak tak tau apakah sebabnya dia menyerang adik n abah yan tuh kn...

AzianKhalil said...

Tak tahu la apa puncanya Dana..tapi memang jelas dia perlukan bantuan dan rawatan. Dulu.. kadang2 dengar dia ketuk dinding rumah. bagai nak roboh dinding tu

Marosidah Mior said...

Adalah tu masalah yang tersembunyi, nak buat macammana, jodoh berjiran tak lama

Sha Mohamed said...

Allah.. Memang tak patut ditarik report tu.. Ngeri Sha tengok dengan darah, perabot yang patah.. allah..

Raz said...

seram..apa puncanya?

ct cheery said...

Allah! ngerinya. Penagih ke? Ke saiko. Moga tak berlaku kejadian mcm tu pada Kita semua. sampai mencederakan mcm tu xde tangkapan dibuat ke.

AzianKhalil said...

dia bukan penagih...sebelum tu memang baik budaknya. Hormat orang tua, tak bercampur budak nakal, duduk rumah main gitar je, lepak malam pun tidak. Sebab sebenar memang tak tahu...tapi memang pesan banyak kali kat family dia...suruh bawa adik dia tu berubat.

Warisan Petani said...

Yang peliknya tiada tindakan daripada pihak polis.
Ni dah kira mengancam nyawa.

Nor Azimah Ali said...

Mesti budak tu ada masalah mental tu, kalo tak takkanlah mcm tu sekali perangainya,keluarga dia pun patutnya usahalah bawak berubat, ni sampai membahayakan orang lain mana boleh dibiarkan, kalo akk pun akan buat tindakan yg sama..Nauzubillah, moga tidak berulang lagi kan.

mama tisya said...

ya allah bahayanya..ganas btul ank jiran tu..tp elok la tk tarik blk report polis tu...tp nape tkde tindakan dr polis tu..truk juga la kerosakkan tu

ShirVen said...

Scary, tetiba je menyerang kan. Mgkin fikiran dak tu krg stabil. Harap2 jauhilah perkara camni dari kita semua

Mrs. A said...

Alhamdulillah mujur parents AK takde kecederaan serius.

Memanglah trauma kalau cenggini trajedinya tapi mujurlah mereka dah tak duduk situ lagi.

Berdasarkan cerita AK Mrs. A yakin budak tu sakit kot cuma pelik kenapa family dia tak mendapatkan rawatan untuk dia. Kesiannya.

Sunah Sakura said...

ish takutnya orang camtu kak yan...takde angin takde ribut tetiba datang menyerang...agaknya memanga da masalah mental...huhuhu

kesian juga kat mak dia..macam mana la perasaannya bila anak buat hal dekat jiran2 yang selama ni baik2 aje..

dear anies said...

masalah dadah ke ni? tp kenapa jiran lain x kena? apa yg dia dengkikan? ishhh kalau sy mmg trauma...

tp mmg betul jgn tarik blk kes tu... lambat or cepat keadilan pasti akan menyebelahi...

Abam Kie said...

polis Raub ni makan gaji buta? nak tunggu sampai hilang nyawa baru nak bertindak? Ishhh! Geramnya aku!

Aryan azra said...

bahaya juga tu, sekarang ni macammana mama yan? budak tu ok ke? moga2 budak tu ok la kan mungkin dia ada masalah tu. tapi peliklah pulis tak ambik apa2 tindakan.

Klik! Klik!

Post Terhangat