I will follow youuu....

Friday, February 28, 2020

Menteri Besar Johor ke 18

Tahniah kepada semua rakyat Johor atas perlantikan Menteri Besar yang baru...

Tahniah juga kepada Dato Ir. Hasni Mohammad...
Selamat menjalankan tugas dan berjaya membawa Johor ke puncak yang gilang gemilang.






ADUN BENUT ANGKAT SUMPAH SEBAGAI MENTERI BESAR JOHOR YANG BAHARU Dato' Hasni Mohammad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor di hadapan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini (28 Februari). Berangkat sama, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut itu menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor, yang berlangsung di Istana Bukit Serene, Johor Bahru. ~~~~~ BENUT ASSEMBLYMAN SWORN IN AS NEW JOHOR MENTERI BESAR Dato' Hasni Mohammad, State Assemblyman for Benut, has been sworn in as the Menteri Besar of Johor today (28 Feb). Hasni took his oath of office before HM The Sultan of Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar at Istana Bukit Serene, Johor Bahru. Also at the swearing-in ceremony was HRH Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, The Crown Prince of Johor. #sultanjohor #royalpressoffice #johor
A post shared by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (@officialsultanibrahim) on

YB Dato' Ir Haji Hasni Bin Haji Mohammad berkelulusan dalam bidang Kejuruteraan Awam dan memiliki kelayakan sebagai Jurutera Profesional (P.E). Sebab tu depan nama dia ada Ir.
Beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa bagi portfolio Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan wilayah Negeri Johor, Ahli jawantankuasa Kewangan Awam Parlimen Malaysia dan Pengerusi di Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia

Mama Yan bukan orang politik atau bijak berpolitik. Tapi kalau boleh, tentulah kita mahukan jawatan peting dalam negeri atau negara yang kita diami dipegang oleh mereka yang benar-benar layak.
Betul tak?

5 comments:

Warisan Petani said...

Tahniah warga JDT

Mawardi Yunus said...

Tahniah pada yang diberi mandat. moga dapat bertugas dengan baik.

ct cheery said...

Tahniah... alhamdulillah jika Menteri Yang meyakinkan yg dilantik.. Insha Allah perpaduan milik Malaysia

Sha Mohamed said...

Tahniah buat beliau semoga menjalankan amanah dengan cemerlang..

Sunah Sakura said...

alhamdulillah...tahniah...pernah jumpa YB sekali masa event pelancaran kereta import kat Pontian sebelum PRU

Klik! Klik!

Anugerah Entry Popular