Anak Pokok Jambu Tut

Alhamdulillah
Anak pokok jambu yang ditut dari pokok belakang rumah taman Universiti dah berjaya dipindahkan ke lama belakang rumah baru.
Alhamdulillah lagi sekali kerana Allah izinkan akar tutnya berkembang dengan baik dan subur...


Close up sikit bagi nampak pucuk pucuk muda yang baru keluar tu.
Happy betul rasa....

Cuma tut kat pokok mangga je tak jadi...
pokok mangga pun dah gondol sebahagiannya...
nak kena bersihkan bumbung awning tu dari daun dan buah mangga busuk...

musim mangga baru baru ni..
hampir semua buah busuk berulat disebabkan serangan lalat buah yang tak terkawal.
dahan pokok yang menghala ke rumah dah tebang,
yang menghala ke jalan belum lagi..
masih ada perasaan sayang di situ.

Hujung minggu ni nak buat landskap rumah..
Nak tanam pokok...
Nak pindahkan pasu pasu pokok...
Nak potong rumput.
Lepas ni nak cuci mata kat shopee tengok apa yang boleh dibeli untuk projek hujung minggu ni...
Jom..!






10 Comments

  1. tengah bersemangat ni memang kene buat betul-betul kan MY...

    ReplyDelete
  2. rajinnyer tu berbudi pada tanah., ;p

    ReplyDelete
  3. Seronoknya boleh bercucuk tanam...

    ReplyDelete
  4. Wah, tahniah. Moga pokok jambu tu membesar dgn elok

    ReplyDelete
  5. weekend ni pun fikirnya aida nak kemas laman sekangkang kera tu.
    pepagi sabtu nak cabut rumput dulu.
    then kemas rumput liar dlm pasu. gembur kan tanah dlm pasu. buh baja...
    nak trim rose jepun.
    wah wah wah...

    ReplyDelete
  6. segala pokok yg abam kie tanam mati belaka. huhuhu...

    ReplyDelete
  7. kalau kat rumah ada kawasan nak bercucuk tanam memang best.. boleh tanam pokok2 buah.. dah besar boleh anak cucu makan nanti kan..

    ReplyDelete
  8. Wah.. rajin mama yang buat tut.. Aritu ada member opis buat juga dekat pokok jambu air..

    ReplyDelete

terima kasih la weiii...