First Day Kembar Sekolah - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, January 1, 2019

First Day Kembar Sekolah

Gambar dulu kat rumah. 

Gambar lagi otw nak hantar ekolah

Aktiviti wajib ibu bapa di hari pertama persekolahan anak anak. Skodeng!

Hasil mama skodeng. Tahun ni dorang dah pindah ke rumah kedai. Alahaii...susah kot nak jemput. Kawasan busy tu..

Alhamdulillah...
Selesai hari pertama budak kembar ni sekolah tadika.
Tadika je pun...
Mama dia dah excited kemain dahh...

Memandangkan Sarah dan Ucid belum ada uniform..
Terpaksa la pakai pakaian bebas dulu.
Ucid pula takde seluar panjang...
Semua seluar dia jenis bermuda je...
Try seluar sekolah abang Mok...
Ayah kelim kaki seluar...
Pagi tadi pakai t shirt Minion.
Hahaha..
Lantak.

Sarah pula pakai baju raya hari tu..
Mujurla ada beli selai tudung untuk dia..
walaupun dia tak berapa nak suka tudung kaler ijau tu..
nak tudung pink juga....
tapi tudung warna pink takde masa tu...

Aril pakai uniform lama dia je...
muat lagi 
Cuma beg je..
masa sesi basuh beg sekolah abang...
lupa nak basuh beg dia sekali...
bawak la beg berlumut dia tu...
ye lantak situ...

Dalam pukul 10 pagi macam tu..
Teacher Aril call Mama Yan..
Minta bawakan seluar Aril..
Dia terkencing atas kerusi...
hadehhh...
rasa macam dah train elok dah kat rumah...
kat rumah memang tak pakai diapers dah..
Boleh pula dia terkencing kat sekolah..
Nak kata hari pertama...
Dia tahun lepas dah tadika umur 5 tahun kat situ
Nasib baik la dekat je dan takde tempoh traffic jammed bagai

Balik tu semua kata seronok pergi sekolah...
Tapi masa Mama Yan skodeng diorang time sebelum balik tu..
muka masing2 ketat semacam aje...
takde gaya seronok punnnn...
Esok belum tau lagi...
kot kot ada drama...
bersedia ajelah sebab ..
kalau ikut pengalaman yang terdahulu..
hari pertama memang perfect..
drama bermula pada hari kedua...ketiga dan hari hari seterusnya...
berterusan hingga dekat setengah tahun la juga...

Semoga esok lusa dan hari seterusnya dipermudahkan..
Sekian, wassalam.







No comments:

Post a Comment

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad