Sayur Sulur Keladi Tumis Pedas - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, May 5, 2019

Sayur Sulur Keladi Tumis Pedas

Balik kampung walaupun sehari...
Penuh warna warni...
Macam macam aktiviti...
Balik dari tengok kebun..
Abang ipar dah carikan sulur keladi.
Pernah tengok tak sulur keladi...
Mama Yan sejak kawen dengan wong J.J (Jawa Johor) ni la baru jumpa sayur ni...
Kat Pahang macam tak pernah kot masak sulur keladi.

Sulur keladi ni macam akar keladi la...
Keladi ni kan...
dia nak membiak dia sulurkan akar dia untuk bercambah jadi anak pokok baru..
Eh ye ke?
Kena pergi blog Warisan Petani ni belajar pasal tumbuh tumbuhan.

Haaa...kat atas ni la rupa sulur yang telah dicuci dari kesan tanah...
Kemudian...
Sulur tu nak kena buang la kulit luarnya tu...
Gunala teknik siat...
Kalau kulit tu tak boleh disiat...guna teknik kikis..
Kalau tak buang kulit,
Nak makan liat katanya....
Boleh sebabkan kegatalan juga katanya...
Mama Yan bukannya tahu sangat...
Menda kata mentua aje la kann...

Sambil siat tu...potong la sulur tu pendek pendek dalam 2 ke 3 inci macam dalam gambar bawah ni.
Nak tulis resepi tapi tak ingat kuantiti...
Agak agak ajelah ye...
Untuk yang baru belajar masak...tak boleh ikut resepi ni...
Ke laut karang...
Ni yg dah ada kebolehan memasak je...hahaha...
Macam angkuh la pulak ayat..





Sayur Sulur Keladi Tumis Pedas


Bahan bahan: 


Sayur sulur keladi ( sebesen kecil) 
7 - 8 tangkai Cili kering - kisar
1 biji Bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
Sejemput ikan bilis - kisar
1 sudu makan asam jawa dibuat pes
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis


Cara caranya:


1. Buang kulit luar sulur keladi, potong dan basuh bersih.

2. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis 

3. Tumis bahan bahan yang telah dikisar tadi sampai naik bau.


4. Masukkan sulur keladi dan setengah cawan air. Tutup seketika untuk lembutkan sulur keladi ni


5. Lepas tu, masukkan air asam jawa dan letak garam. Kalau jenis suka ajinomoto ke...gula ke...cukup sedap ke...rasa sedap ke...boleh la letak juga. Godak godak mesra untuk keringkan sedikit kuahnya.


6. Boleh la matikan api dan angkat masuk dalam mangkuk yang sesuai untuk dihidangkan bersama nasi. 






Mama Yan tengok, family suami MY...kalau lauk ni...dah tak payah lauk lain dah. Dengan ikan kering je...tak pun telur dadar. Tekak Mama Yan ni jenis lambat mesra, so MY masih lagi dalam fasa belajar makan sulur keladi ni. Hihihi...

Kalau kat Pahang, mak dengan abah selalu masak keladi kemahang. 

Kat Johor ni...diorang kata tak pernah dengar pulak keladi kemahang tu apa.
Nanti kalau balik Raub kena perkenalkan suami Mama Yan dengan kaum keluarga keladi Pahang pula. 
Jangan terjangkit miangnya udah le...




Edited: apasal la tulisan kejap besar kejap kecik? Asalnya belajar guna auto heading, sub heading tu, guna bullet point..sudahnya berkali kali edit pun kecik besar jadinya.

3 comments:

  1. Nampak sedap ni. Thanks for this sharing. First time tahu sulur keladi ni hehe

    Saya follow sini!♡
    [Jemput blogwalking blog saya] :)

    ReplyDelete
  2. SA suka sayur ni..tapi selalunya buat masak asam rebus..nanti nak cuba la masak cara ni

    ReplyDelete
  3. tak pernah makan...eh, ye ke? macam tak pernah tengok..huhuhu

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad