Lagi -lagi Senario - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, September 22, 2021

Lagi -lagi Senario

 Lagi-lagi Senario dah ada di Netflix... Antara filem kegemaran MY yang tak jemu jemu ditonton... Sekuel Senario yang lain MY tak minat sangat.. Biasa-biasa je.. Tapi yang ni memang lain dari yang lain. hahaha...

Tak tahu berapa puluh kali dah tengok filem sejak mula ditayangkan kepada umum... Sebab MY beli  original CD dulu. Naik hafal dah dialog dalam tu. Anak anak pun sama...Yang nombor 1 dan nombor 2 tu pun dah ikut MY suka ulang tengok Lagi-lagi Senario ni.

Filem Lagi - Lagi Senario memang sebuah komedi keluarga, arahan pengarah tersohor negara Aziz M. Osman dan dibintangi kumpulan Senario.

Pengarah : Aziz M. Osman

Penerbit : Ahmad Puad Onah, Nor Aliah Lee, Johari Amat, Lazizah Ahmad

Syarikat Produksi : Grand Brilliance, Paradigm Film Sdn Bhd

Tarikh Tayangan : 14 Disember 2001

Tempoh Tayangan : 110 Minit

Negara Asal : Malaysia

Bahasa  : Melayu

Kos pembikinan : RM 1.58 juta

Pungutan : RM 6.33 juta ( box office woii)

MY dulu pernah ada CD Senario



Barisan Pelakon

Wahid Senario - Wahid

Azlee Senario - Azlee

Mazlan Senario - Mazlan

Saiful Apek - Saiful

Yassin Senario - Yassin

Wardina Safiyyah - Mazlin

Ani Mayuni - Maya


Sinopsis :


Kisah bermula dari Wahid yang telah diberhentikan kerja sebagai pelayan restoran terkemuka kerana membawa pelanggan yang memberi komen ke atas masakan cef yang juga pemilik restoran, 

Kemudian, Wahid yang telah dihalau dari rumah sewanya, menumpang tidur di warung kepunyaan Azlee. Kemudian, Azlee menawarkan Wahid untuk bekerja di warungnya dan tinggal bersam sama dengan Saiful dan Yasin.

Kemudian, Mazlan membuka sebuah lagi warung bersebelahan dengan warung Azlee dan Mazlan kemudiannya mengambil Saiful sebagai penebar roti canai di warungnya. Azlee berasa sangat kecewa. Kemuncak kekecewaannya apabila Yasin juga mengikut jejak langkah Saiful bekerja di warung Mazlan.

warung senario
Warung Azlee vs Cafe Mazlan


Kemudiannya, Azlee mengecat warungnya dan mengambil penebar roti canai baru bernama Majid (Allahyarham Nasir Ali). Tetapi, Majid mengeluarkan peluh yang banyak ketika menebar roti canai. Part ni, anak anak memang gelak berdekah dekah. Dia punya efek peluh tu... mencurah curah mengalahkan filem Stephen Chow. 

Setelah anak saudara Mazlan, Mazlin yang dilakon oleh Wardina Safiyyah bergaduh dengan Maya, (Ani Mayuni), Mazlin berhenti kerja dengan Mazlan dan berpindah ke warung Azlee. Memang selamba, tiba tiba je pergi warung sebelah kemas meja dan ambil order. Terkejut Azlee dengan Wahid.
Kemudian ada la sikit sikit part Wahid dan Wardina dating kononnya.

wardina
Masa ni Wardina baru baru pakai tudung. 



Balik dating, Wahid belajar tebar roti canai guna baju masa tengah basuh baju. Adoi... Masa adik bongsu MY kecik kecik dulu, berjam jam dia mandi sebab menebar baju dalam bilik air. hahaha,..pengaruh Senario satu ketika dulu. 

Lepas tu, warung Azlee dah ada hidangan roti canai siap gimik rock & roll lagi... Bila melihatkan warung Azlee kembali maju, Mazlan berasa iri hati dan mula menabur fitnah dengan mengupah seorang lelaki  meletakkan lipas dalam makanan di warung Azlee. Huh,... betul betul punya penyakit dengki ni.
Saiful yang telah melihat pakatan Mazlan, membocorkan perkara itu kepada umum.  

Dengan itu, perniagaan Mazlan merudum teruk. Apabila tiba bulan puasa, Mazlan menjual makanan pada waktu siang bulan Ramadan. Kesudahannya, Mazlan telah ditangkap. Ini menyebabkan Mazlan datang ke warung Azlee dan pergaduhan terjadi.

Satu hari, mereka didatangi seorang peguam dan mereka diminta mengosongkan warung mereka kerana tapak tempat mereka berniaga sudah dibeli oleh pelanggan tetap mereka iaitu Muthusamy ( Acappan) dan Lee Ah Cai(Robert Kong ) yang memenangi tiket loteri. Saiful kemudiannya datang mengajak mereka berniaga di tempat lain. 

Tu dia... hafal jalan cerita, pelakon, dan sebahagian dialog...hahaha.. gila lah...
Banyak pengajaran dalam filem ni.. Antaranya.. percaya kepada rezeki yang Allah aturkan, jangan takbur, jangan riak, jangan iri hati, jauhi fitnah dan lain lain lagi. 


 
 

15 comments:

  1. legend sangat ni... dlu mmg ulang² tgk cd... haahaha

    ReplyDelete
  2. anak saya pun bukan main layan cerita ni haritu

    ReplyDelete
  3. dulu filem senario dah kira lawak sangat dah kan... semua siri dia tengok berkali.. tiap raya memang wajib tv3 tayang... masa tu takde astro lagi, memang tertunggu-tunggula filem ni hehehehhe

    ReplyDelete
  4. itu la dah ade di netflix..zaman dulu diaorang la tukang lawak nya..penghibur negara..sekarang da macam macam dah

    ReplyDelete
  5. Antara filem paling best dalam siri Senario. Tengok ulang-ulang pun tak bosan.

    ReplyDelete
  6. Penangan filem ni, waktu kecik-kecik dulu memang satu kampung budak-budak sebaya jadi semangat duk tebar baju masing-masing berlatih tebar roti canai haha

    Saya singgah follow di sini ya :D

    ReplyDelete
  7. Cerita legend ni. Sesekali tengok semula best gak layan

    ReplyDelete
  8. Memang lawak sangat filem ni dulu siri awal-awal dulu memang kelakar habis

    ReplyDelete
  9. Memang tak jemu-jemu tonton filem lagiclagi senario

    ReplyDelete
  10. lagu-lagu Senario dizaman kegemilangan dorang best. Siap beli kaset lagi dulu.
    Pastu masa kat ITM Shah Alam ammi siap pergi studio TV3 kat Alam Sentral sebab nak jadi penonton masa rakaman Senario. Gigihhhh sungguh

    ReplyDelete
  11. Zaman gemilang senario sampai ke singapura dan indonesia

    ReplyDelete
  12. menggamit betul cerita ni kan..shida pun suka tgk kak yan..xjemu hehee

    ReplyDelete
  13. ulang ulang tengok. Tak jemu tengok movie ni. Kat rumah MIL pun sama. Adik ipar duk pasang ni juga. Berhari hari..

    ReplyDelete
  14. Best bila tengok balik cerita-cerita senario ni. hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad