Masak Gulai Lemak Pisang - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, September 20, 2021

Masak Gulai Lemak Pisang

Minggu lepas, family abang ipar datang dari KL sebab melawat mak mentua Mama Yan yang sakit kat rumah ni. 

Jadi menu makan tengahari gulai pisang dan ayam masak kicap. Ini kali pertama MY masa gulai pisang. Dah tentulah MY menjelajah dari satu blog ke satu blog untuk masak gulai pisang ni. Kesian kan... tak reti masak. Tiap kali nak masak kena google dulu...hahaha

Sebenarnya... betul betul tinggal nak masak aje. Kakak ipar MY dah sediakan bumbunya. Dah siap blender dah semua. Tinggal nak taruk api je. Itupun nak kena tengok google.

Nak tulis resepi..tak tahu lak bahan bahan yang dikisar oleh kakak ipar MY. Tapi rasanya macam biasa aje lah... bawang putih, bawang merah, kunyit, ikan bilis sikit dan ketumbar.

Santan kelapa dari 2 biji kelapa tu dibuat dua bahagian. Perahan kali pertama dan kedua yang pekat asingkan untuk tuang kemudian. Perahan kali ke 3 dan ke 4 yang dah cair tu masuk dahulu. Sebenarnya cara masak mak MY kat Pahang tak pernah asing asingkan santan. Lebur je semua santan dan bumbu masak lemaknya dalam periuk, hidupkan api. 

Aigooo... kacau kejap jiwa....hahaha...

Ni bahan-bahan yang telah diblender. MY masukkan aje semua bahan bahan ni masuk dalam periuk. Pastu kacau atas dapur dengan api perlahan. Agak2 dah kering air blender tu, masukkan santan cair dahulu.  

Lepas santan cair dan bumbu gulai dah mendidih, MY masukkan pisang muda yang telah dibersihkan.
Masa ni MY teruk garam siap siap secukup rasa.
Garam sahaja... Masakan bersantan MY tak letak penambah perisa yang lain macam aji ke, chicken stock ke, gula ke, sos tiram ke...semua tak..
MY masukkan juga serai.
Sampai luka jari dihiris daun serai masa nak ambil serai kat laman.

Pisang ni kakak ipar MY yang bersihkan dan siang.
Siap ada kulit-kulitnya sekali.
Kalau suruh MY yang siangkan..
Harusla kena hiris macam bawang agaknya pisang tu... kihkihkih

Alhamdulillah..
Menjadi pun gulai lemak pisang MY...
Kuahnya elok tak pecah santan.
Guna pisang apa..MY pun tak tahu..
Ambil kat kebun..
Pokok pisang yang dah sedia ada kat kebun ni...
Tuan punya tanah kebun lama ada tanam pokok pisang dan ubi kayu...
Hasilnya tak putus putus...
Alhamdulillah lagi sekali..
Dah tanya mak abah...semua bagi nama pisang lain lain...
hahaha,
Tak kisah la namanya apa..
janji boleh makan











6 comments:

  1. wah dapnye..dpt lak ngan ikan masin plus ulam + sambal belacan, memang layaannn.

    ReplyDelete
  2. ini je antara masakan yang dana tak berapa reti makan... gulai pisang muda
    entah la kenapa... belum jumpa yg sedap di tekak kot... tapi tengok orang masak macam best je

    ReplyDelete
  3. tak pernah masak, tapi kalau jumpa kat kedai ke, kat kenduri ke, mmg kami makan lauk macam ni.. kami suka.. sedap

    ReplyDelete
  4. aigoo.. lamanya tak makan gulai lemak pisang ni alahaiii

    ReplyDelete
  5. sedap kakyan..tp shida xpernah msk dan mkn lg gulai lemak pisang ni..

    ReplyDelete
  6. Tak pernah lagi masak sendiri gulai lemak pisang. Makan yang mak masak je. Tengok mak masak macam tu jugak stail potongnya. ada kulit sekali.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad