MY Review Sri Mersing Resort - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, June 14, 2022

MY Review Sri Mersing Resort

Dari takde apa nak tulis..
Letak aje gambar gambar kat Mersing hari tu...
Lepas tu..
Tulis la sikit sikit...
Janji berupdate..
jangan sunyi sepi sangat

Ni pandangan depan chalet tempat MY menginap bersama keluarga hari tu.
Betul betul macam design chalet lama lama kan..
Yang macam ni la suami MY suka..

View dari pintu masuk chalet..
Sebenarnya ni gambar yang resort bagi masa mula mula MY tanya pasal kekosongan bilik .
Nampak tu..
Ada TV 5 channel,
ada peti sejuk,
ada kettle air,
ada sofa sebiji,
ada meja coffee sebiji.
Ada penyaman udara kat ruang depan dan setiap bilik tau...
Ketiga tiga biji penyaman udara tersebut,
Berfungi dengan baik dan sempurna..
Suami MY tak buka air cond pun tidur malam...
Dia kata dah sejuk dah ..
Chalet papan kan..
Memang la sejuk..
Tapi siang jangan cerita la...hahaha...
berkuap kalau tak hidupkan penyaman udara.
tepi laut kann...panas

Bilik yang ni ada 3 katil...
1 yang hujung abang tidur sorang,
2 lagi rapatkan untuk tidur bertiga.
Alhamdulillah..
selesa sangat.

Katil ni MY, Sarah dan Mijan yang tidur.
Nampak usang sikit la.. sebab chalet ni dah lama..
Tapi takde hal..
Yang penting bersih..
Takde sawang,
takde hama...
Lena je kami bertiga beranak tidur...

Ayahnya tidur mana?
tidur kat ruang depan TV tu...
sorang sorang guna tilam extra..
hihihi..
Begitulah pengorbanan seoarang bapak ya...

Ni toilet..
Bersih dan ada water heater..
Sejuk sejuka keluar dari swimming pool..
Boleh mandi air panas.
"ala mama..takde sabun botol kecik kecik..."
Hahaha....
Mama bawak sabun dan syampoo kita sendiri botol besar okay,
Jangan nak demand macam macam..
Ada la sabun kecik kecik tu,
Tapi anak anak tak biasa pakai sabun bar..
Dari kecik memang pakai shower cream..
Takde hal...
Ada sediakan tempat mandi yang bersih selesa pun dah cukup dah..
Alat alat mandi macam sabun, uat gigi dan berus gigi tu..
MY memang bawak semua sendiri.


Kalau nak buat BBQ, nak bakar bakar..
Tempat BBQ ada disediakan ni ha...
Tapi kami tak rajin...hihih
Ada dewan terbuka siap meja kerusi..
Kalau nak buat makan makan dengan family ke..
Kawan kawan ke..
Memang sesuai la...

Ada kettle air dan juga peti ais 1 pintu.
KIra ok la.. boleh letak air masak budak budak ni.
Mana mau nya minum air jarang bersuhu bilik..
Mesti nak air sejuk peluh peluh..
Satu sachet Nescafe dan satu uncang teh aje..
Mana cukup...
Hahaha...
Takpe.. Kami dah bawa 2 paket milo 3 in 1, 
teh uncang, gula, alicafe, kopi 3 in 1 Frenche Roast...
Mug ada 2 aje..
Takde hal..
Kami bawa cawan pakai buang dan juga mug...


Dari balkoni resort MY,
boleh nampak laut.
Bangun pagi,
lepas Subuh lepak lepak minum kopi dengan suami,
Boleh dengar bunyi ombak menghempas pantai. 
Romantika sungguh rasa...
Lepas tu datang sorang budak kenit terkedek kedek,
"mamma...syusyu"
hmmhh...potong betul la..


harga berapa?
Harga murah je...
bajet gila..
jadilah..
Kita bukan nak duduk memerap dalam bilik..
Kita kan nak mandi laut pantai Air Papan,
Nak layan anak anak mandi pool,
Lepas tu nak pergi pulau pulau sekitar Mersing..
Lepas tu nak pergi makan tom yam seafood sekitar Mersing..
Jadi bilik biasa biasa pun dah cukup dah buat manusia bernama Azian Khalil ni.



Hari tu kami ambil bilik Melati Putih.
Ngam ngam la untuk kami berlapan beranak.
Sebab hari Isnin tu cuti Hari Keputeraan Agong,
makan harganya RM 260.
Dua malam lagi, berharga RM220 setiap malam.
Jadi, jumlah harga adalah RM700.
Kira okay lah kan...
Tapi tulah..
citarasa setiap orang kan tak sama,
Kalau suka stay di tempat yang glam..
Boleh cari tempatnya..
Ada banyak resort kat sini..
pilih je..

Cuma kalau kat chalet ada disediakan microwave lagi bagus kot.
Seterika dan sejadah kena minta kat recept...
Tapi MY bawa semua barang barang tu sendiri..
Kereta Starex kan besar..
Angkut la sampai penuh sendat..hahaha..




 

13 comments:

  1. paling suka bila toilet bersih.. nak cubalah nanti dtg kat sini

    ReplyDelete
  2. Walau MY kata tulis sikit, tapi panjang juga nak sampai ke ending. Hehe

    ReplyDelete
  3. kat air papan ni mandi laut yang best

    ReplyDelete
  4. memang sejuk la kalau malam resort gitu tapi siang hari panas sebab dekat dengan pantai. Tapi bestnya MY pagi-pagi nampak pantai layan ombak rasa tenang je.

    ReplyDelete
  5. Suka tengok view depan resort ni, ala-ala resort tradisional style. Menarik harganya.

    ReplyDelete
  6. Kalau pi Mersing dapat resort gini dah kira okay dah Yan.. sebab Mersing tu memang takde laa hotel besar-besar, janji selesa ye udah..

    ReplyDelete
  7. Seronoknya chalet depan Pantai...
    PH pun kalau travel suka bawa kelengkapan sendiri spt toiletries, towel & pinggan/cawan dsbnya.

    ReplyDelete
  8. kah kahhhh perenggan pertama tu setepekkk ek kena kat muka ciksun..hahahah!
    tu lah tu, berjalan nya banyak tapi nak tulis dalam blog tu bercinta betul ekkk..dari takde ape nak update, baik update kan walopun sikit2 je..

    ReplyDelete
  9. Seronok dapat datang dengan famili.

    ReplyDelete
  10. Waahhhh, boleh masuk list kalau saya jalan jalan ke sana nanti... Hehee

    ReplyDelete
  11. penginapan yg bersih dgn toilet yg bersih pun dah buat mood baik apatah lagi kalau harga berpatutan kan

    ReplyDelete
  12. bestt tepi laut leh dengar bunyi ombak tu
    syahduuuu

    ReplyDelete
  13. Homestay gini best, yang penting bersih dan selesa kita nak duduk sepanjang vacation. Pentingnya depan laut, tenang je rasa…

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad