One Ordinary Day - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, November 28, 2022

One Ordinary Day

 Tajuk : One Ordinary Day / That Night / Eoneu Nal 
Genre : Crime / Thriller

Arahan : Lee Myung Woo

Tulisan : Kwon Soon-kyu

Adaptasi : Criminal Justice oleh Peter Moffat

Produksi : Chorokbaem Media , Gold Medalist & Studio M

Bahasa : Korea

Tarikh Tayangan asal : 27 November - 19 Disember 2021

Jumlah Episod : 8

Pelakon: 
Kim Soo-hyun sebagai Kim Hyun-soo
Seorang pelajar kolej yang kemudiannya dipenjarakan atas tuduhan membunuh

Cha Seung-won sebagai Shin Joong-han 
Seorang peguambela yang mengambil kes Kim Hyun -soo

Kim Sung-kyu sebagai Do Ji-tae
Kepala banduan dalam penjara


Sinopsis:
Satu malam, Kim Hyun-soo telah curi curi keluar menggunakan teksi ayahnya untuk berjumpa rakan rakan. Tetapi, Seorang gadis bernama Hong Guk-Hwa naik pulak teksi tu. Lepas tu, Hyun-soo tak jadi jumpa kawan kawannya dan pergi ke rumah penumpang teksi tu.

Hyun -soo dan gadis tu pun ber ehem ehem dan bermabuk mabuk. Kemudian Hyun-soo tertidur di tingkat bawah rumah gadis tu. Bila dia tersedar, dia naik ke bilik dan tengok gadis tadi tu dah mati.
Dalam kepanikan, dia cuba mengelap kesan kesan bukti dan melarikan senjata pembunuhan. Semasa melarikan diri, Hyun-soo tertangkap. 

Dia dibuli dan dibelasah teruk sepanjang dalam penjara. 
Peguambela dia, Cha Seung-won tu berhempas pulas nak tolong dia. Peguambela dia ni slow sikit. Miskin pulak tu. Sebab kes ni viral, pendakwaraya sangat terdesak nak selesaikan kes ni. Pihak peguambela yang mula mula nak bela dia, surrender sebab sebenarnya diaorang nak perdayakan Hyun-soo tu supaya mengaku. Tapi Hyun-soo matian matian tak mengaku bersalah.

Akhirnya, dia dah tak takut lagi dah dengan banduan lain sebab ketua di kalangan banduan tu ajar dia bertumbuk. Berjaya tak berjaya Cha Seung-won membela Hyun soo, kenalah tengok sendiri. Drama ni ada 8 episod aje. Taklah azab sangat tunggu kesudahan. 
MY tonton drama ni di Viu.






5 comments:

  1. 8 episod? Panjang sangat untuk uncle tu....

    ReplyDelete
  2. Oh cerita Korea
    Wak tak terjebak lagilah

    ReplyDelete
  3. Kim Soo-hyun sebagai Kim Hyun-soo - boleh plak watak hampir nak sama dgn nama sebenar. Mcm cerita Lady Boss semalam baru sis tgk, Saiful apek jadi Saiful, Yusri Kru jadi Yusri. Heheh.

    Bila tengok sinopsis ni, macam hampir nak sama dengan fabricated City, cuma maybe rencah dia lain sikit la.

    ReplyDelete
  4. Crita ni mcm stressful. Dah lama x tengok drama Korea. Tunggu Alchemy of Souls kluar bulan ni...hihihi

    ReplyDelete
  5. Sha tengok episod 1 separuh jalan je.. kikiki.. Lepas tu lupa terus nak tengok..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad