Brisk walk - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, September 4, 2023

Brisk walk

Kawasan jalan masuk rumah MY ni selalu betul jadi tempat shooting pengantin Cina.
Pengantin Melayu, macam ada sekali dua je.
Tapi kalau bangsa Cina,
diorang memang ada pre-wedding photoshoot kan..
Jadi, memang hampir tiap bulan ada orang pengantin dan kaum keluarga serta rakan rakan datang bergambar kat sini.
kadang dalam sebulan tu ada beberapa pasangan pengantin datang shooting.
Tapi yang pasti,
sepanjang bulan Ogos baru ni takde pula.
Kita yang nak ulang alik ambik anak sekolah ni terasa berdosa pula lalu kat sini.
Macam mengganggu orang bergambar pula.

Kadang-kadang petang petang nampak juga budak budak muda bermotor ambil gambar dan terketik-ketik depan handphone siap tripod lagi kat sini,
Tengah buat video tik tok agaknya tu.
Jadinya MY pun teringin nak bergambar kat sini.
Hahaha.. nak juga tengok pemandangan dalam gambar,
lawa sangat ke?
Hmm... biasa je..
Sama ada dah hari hari tengok ataupun MY yang takde skill ambil gambar...huahahaha

Sementara MY tengah ambil gambar,
dah jauh Moq tinggalkan mamanya.
Menyampah betul dia kalau mama kata nak ambil gambar. 

Acah-acah je cakap kat suami, nak jogging.
Padahal takde pun jog nya. 
Jalan aje, cuma takla jalan dengan tempo tarian inang..
laju sikit la.. ala ala Zapin Johor...kihkihkih

Tapi jalan laju-laju atau orang jaman now panggil Brisk Walking pun bagus juga.
Antaranya kebaikan brisk walking adalah:-
 
💗 Membina jisim tulang - dapat mengurangkan risiko osteoporosis 
💗 Membina otot
💗 Meningkatkan pengeluaran hormon endorphin - mengurangkan tekanan
💗 Mengurangkan risiko glaukoma
💗Mengurangkan risiko penyakit Alzhameir
💗 meningkatkan kesihatan jantung
💗memperbaiki kadar tekanan darah
💗 menurunkan kadar gula dalam darah
💗 menguatkan kaki dan lutut
💗 meningkatkan kadar metobolisme
💗 mengurangkan risiko kecederaan semasa bersukan

Haa.. nampak tu.. Banyak kelebihannya untuk orang yang ada penyakit macam darah tinggi, kencing manis, osteporosis, obesiti..
Kalau badan berat, nak lari lari, nak lompat lompat, boleh cedera bahagian lutut dan pergelangan kaki.
Jadi memang sesuai sangat kalau jalan-jalan aje.
Untuk orang diabetes darah tinggi pun elok juga.
Orang berpenyakit ni, ekstrim sangat bersukannya,
tekanan darah akan naik tinggi mendadak,
dan tekanan gula pula yang akan drop.
Boleh hypo pula nanti.
 
Tapi kenalah konsisten untuk dapat semua hasil kat atas tu.
30 minit sehari, 5 kali seminggu.
Boleh??

 
 Jadilah ni untuk permulaan.
Itupun dah sakit kaki...hahaha..
minggu pertama ni tak boleh la nak paksa paksa diri sangat.
berleha-leha dahulu...
berjega-jega kemudian...
wassalam.

11 comments:

  1. Cuya tak rajin nak brisk walk ni, biasa naik basikal dlm rumah je...
    Nak brisk walk bukan ada geng pon huhuu

    ReplyDelete
  2. Tahniah Yan, permulaan yang baik 👏🏽

    Katanya Ogos bulan hantu. Itulah sebabnya tak ada majlis kahwin mereka kot.

    ReplyDelete
  3. Cantik view nya. Patut la orang suka buat photoshoot ye. Seronok nya ada tempat untuk brisk walk yang dekat dengan rumah.

    ReplyDelete
  4. good start....yeay!! kena konsisten je and pelan2..jgn push sgt..caiyok caiyok!!

    ReplyDelete
  5. mana gambonya MY? kot gambar pemandangan dr bawah pokok tu lawo ke. Yelah bulan ni kan bulan hantu lapar tu yg takde cina kawin kot.

    ReplyDelete
  6. Cantik la pemandangan tu, patutlah orang suka bergambar kat situ.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah...semoga itiqamah dan sabar menanti hasilnya...

    ReplyDelete
  8. jalan laju tau...jangan jalan lenggang mak limah. kalau camtu bila kala ntah nak keluar peluh jantan betinanya

    ReplyDelete
  9. Moga sihat selalu ye Kak! Keep brisk walk selalu...hhee

    ReplyDelete
  10. Tapi memang baguuus lokasi fotonya kak. Banyak pohon, dan berjejer rapi. Ingat2 macam jalur pepohonan di Nami island 😄❤️. Bedanya pohon yg ini hijau 👍

    Pantaslah banyak yg nak foto di sana utk prawedding.

    Saya pun rutin briskwalk. Tapi karena tak banyak tempat jogging dekat rumah, jadi selalunya pakai treadmill lah. Supaya tak bosan, putar lagu juga 😄. Kalau dah terbiasa briskwalk, jadi terasa ringan llama2. Bagus untuk mengurangi berat badan, dan jaga stamina

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad