Morgan Portable Air-cond - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, September 23, 2023

Morgan Portable Air-cond

Suami MY belikan portable aircond untuk kegunaan MY di ruang kerja.
Ouch.. terharu rasa.

Morgan Portable Air conditioner
Jenama Morgan 
Boleh la untuk MY sorang.
Kita halakan tepat tepat kat depan muka ni ha..

Morgan Portable Air conditioner
Ada remote control bagai.
Model ni dia ada 3 mode.
Cooling, Fan dan Dry Mode.
Untuk cooling mode tu dia macam aircond la.
Boleh set suhu antara 16 hingga 30 darjah Celcius.
Untuk Fan mode tu, dia macam kipas aje.
Bole laras kipas laju dengan perlahan.
Kalau guna mode kipas, tak boleh la set suhu.
Kemudian dry Mode.
Dry mode ni mals la nak guna.
Leceh,
kena tadah air dia kat belakang. 

Morgan Portable Air conditioner
Aircond ni dia takde outdoor unit,
Jadinya, dia ada sediakan blower untuk angin panas tu keluar.
Puas fikir dan try letak blowet tu ke sana ke sini,
Nampak serabut sungguh. 
Lantaklah serabut pun,
Janji MY sejuk dan nyaman time menulis blog.

Tapi, sejak beberapa hari wujudnya air cond mudah alih ni kat ruang kerja MY,
traffic blog MY masih lagi kayu dan kaku di situ..
Hahaha...
tak dapat pun nak publish 4 entry sehari.. kihkihkih.

Tiba-tiba rasa bertuah sangat,
Ada suami yang menyokong minat isteri menulis,
Tapi dia sokong part menulis je,
Part pergi event dia tak berapa suka...hahaha

Belikan laptop,
Belikan tablet,
Belikan Samsung Fold,
Belikan aircond,
Tapi... blognya tetap sejuk membeku.
Entah bila nak hot meletopnya...hahaha

Takpela... suami MY bukan suruh jadi blogger tersohor lepas tu jadi artis pun,
Dia cuma nak MY ada sesuatu untuk dibuat sebagai terapi,
Menyalurkan emosi,
Mungkin dengan menulis dapat beri kelegaan kepada jiwa yang dah berhempas pulas bergelumang dengan pelbagai urusan dan tanggungjawab.
Tu pasalla MY malas nak belajar pasal SEO la, anchor la, tugasan la...
Sebab makin tekanan jadinya...

Semoga Encik Suami dikurniakan kesihatan serta kebaikan di dunia dan di akhirat nanti atas segala usahanya membahagiakan orang-orang sekelilingnya.. Amin...
 

6 comments:

  1. Betul Yan, samalah Suami Sis, dia support jerr, janji kita happy..
    Sis pun menulis suka-suka, malas nak serabut fikir nak kejar SEO la, PV laa, janji adsense msyukkk hehehehe

    ReplyDelete
  2. Bagus husband akak support...Takpa, sesekali gi event tu kena ngajak la...Haha.. Sy join je tang SEO.. Cuba mana boleh je tu..

    ReplyDelete
  3. wahhh bestnya dpt shuben yg sentiasa support cmtu.. samalah saya pun tak mandang segala SEO apa semua tu kehkehkeh

    ReplyDelete
  4. Bagus suami MY ni, tapi MY pun banyak jasa dan pengorbanan pada keluarga.

    ReplyDelete
  5. Wak zaman dulu pernah beli natang ni.
    Kononnya nak letak bilik, tapi puas mikir nak cari lubang nak halakan blower dia tu.

    ReplyDelete
  6. Bersyukur sangat kalau spouse dukung hobi kita kan kak ๐Ÿ‘.

    Tak apalah blog tak meletop ๐Ÿ˜„, yg penting saat menulis tuh, kita merasa happy, bisa menyalurkan rasa jenuh dan bosan dengan kegiatan yg jadi passion . Saya pun tak suka pikir seo dan lainnya. Saya menulis hanya karena hobi dan menambah pertemanan. . Bukan nak cari duit. Jadi memang tak terlalu pikirkan teknikal seo dll nya itu ๐Ÿ˜…

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad