Ruam Alahan - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, September 15, 2023

Ruam Alahan

 Pagi tadi bawa Ucid ke Columbia Asia Hospital selepas dua kali ke klinik swasta,
tapi, ruam pada badannya tak surut-surut.
Kesian pula tergaru-garu gatal.
dah la kali terakhir pergi klinik swasta tu dia suspek Ucid ada Cushing Syndrome.
Mau tak cuak mak apaknya ni dengar anak suspected ada rare disease ni.


Kami pergi lewat sikit dalam pukul sembilan lebih macam tu.
Orang agak ramai juga, 
kat Johor ni hari Jumaat cuti bagi pejabat kerajaan,
tetapi premis swasta kebanyakannya cuti pada hari Ahad dan beroperasi seperti biasa pada hari Jumaat.
Jadi banyaklah orang yang buat temujanji pada hari Jumaat.

Lepas jumpa doktor,
Alhamdulillah... lega..
doktor kata cuma alahan biasa je.

Sedikit dialog semasa konsultasi :

Doktor : Biasanya alahan ni ada faktor keturunan juga. Puan ada alahan apa-apa?
Mama Yan : Takde...
Doktor : Suami puan kerap bersin pada waktu pagi, waktu sejuk atau tempat berhabuk? Ada masalah kulit kering ?
Mama Yan : Ada...
Doktor : Dia ikut ayah dia la ni... orang biasa sebut resdung. Jadi saya tak bagi apa-apa ubatlah. Ubat dari klinik tu boleh continue je macam biasa. Ubat tu untuk kurangkan rasa gatal, dia tak sembuhkan 100%. Kita kena jaga kulit dia macam masa dia baby dulu. Prevent dari kekeringan, kekotoran dan habuk ye puan. 
Banyakkan minum air, makan buah-buah dan sayur. Mandi selepas buat aktiviti yang berpeluh dan jangan guna sabun yang mengeringkan. Nanti saya bagi sabun dan krim sapu. Krim sapu tu kalau dah okay, jangan guna dah ya.


Jadi doktor pun tak bagi ubat makan,
bagi ubat sapu dan sabun mandi je.
Simple macam tu pun bilnya RM 227 ya.
Kalau lepas ni ruam pada badan Ucid masih tak berkurangan,
terpaksalah ke klinik kerajaan pula.
Kesian tengok, asyik bergaru aje.

Dapat handphone, elok pula takde gatal-gatal. 
Kalau suruh baca buku, dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki semuanya gatal. 





4 comments:

  1. mahalnya bil. kalau abe kie, cuma mampu ke klinik swasta biasa je. x mampu ke hospital swasta. Get well soon...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah dua kali ke klinik swasta, tak berkurang. Klinik kedua tu bg surat rujukan ke hospital. Tu yang ke hospital swasta tu. Kali ni kalau makin teruk, ke hospital kerajaan la nampaknya. Gomen spital is the best

      Delete
  2. Mahal bayarannya tu.
    Eloklah bawa ke hospital kerajaan pula. Mudah-mudahan adalah jodoh ubatnya yang sesuai.

    ReplyDelete
  3. haha..tergelak baca kat gambar yg bawah sekali tu..dpt hp terus hilang segala gatal2..kalau idak, satu badan merenyam..haha...

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad