Kacang Panjang Tumis dengan Tempe - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, September 3, 2023

Kacang Panjang Tumis dengan Tempe

Selalu sangat tak tau nak masak apa,
Kita ni dah la tak tahunak masak apa,
Anak anak pula, 
Baru lepas maghrib dia dah tanya esok sarapan apa.
Manalah mamanya ni tak stress.
 
Biasa untuk makan malam,
Lauk pauknya lebih simple dan mudah disediakan.
Malas nak masak beria.
Mama Yan pun masak yang susah dan renyah ni waktu cuti aje

Kacang panjang seikat boleh masak dua tiga kali sebab masak sayur sikut sikit je kat rumah ni. 
Nak buat camne, anak anak tak makan sayur.

kacang panjang goreng dengan tempe

 

RESIPI KACANG PANJANG GORENG DENGAN TEMPE


Bahan-bahannya:

5 tangkai kacang panjang
3 keping tempe
1 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
2 tangkai cili hijau
Sejemput ikan bilis 
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
suku cawan air

Cara-cara memasak:

Hiris bawang putih dan bawang merah.
Hiris cili.
Belah dua ikan bilis dan bersihkan.
Potong tempe kecil-kecil kemudian goreng dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang.
Bila bawang dah layu, masukkan cili.
kacau-kacau, masukkan kacang panjang dan sedikit air untuk lembutkan kacang.
Masukkan garam. Boleh juga nak letak sos tiram.
masak sehingga kacang lembut.
Masukkan tempe.
Gaul rata dan siap.
Senang ajekan...
jadilah untuk makan malam.
Dah penat-penat balik kerja.
Dengan kerja sekolah anak lagi,
dengan nak urus baju kotor, kemas rumah..
Takkan nak masak nasi kerabu ayam bakar pulak kan..
asalkan cepat, lazat, berzat dan berkat cukuplah.

Tempenya beli 6 keping. 
3 masuk dalam sayur kacang, selebihnya buat goreng celup tepung.
Tapi tepung Bistari habis, gasak goreng pakai tepung gandum.
Kebelakangan ni, tempe yang dibeli macam tak berapa sedap.
Kurang enak rasanya.
Nampak cantik gebu.
Tapi bila masak, macam ada sesuatu yang tak kena.
Bangsa J cakap 'cempelang'.
Lebih lebih lagi tempe yang dalam plastik.
Tak pasti ragi atau kacangnya yang jadi punca.
Ni goreng guna tepung gandum,
Letak garam aje.
Tak sedap ye.
Jadi jangan buat macam ni..hahaha.



 

8 comments:

  1. Sejak Cuya training, takde pon masak2 ni.
    Ibu je yang masakkan. Papepon air tangan seorang ibu itu tersangatlah sedap...
    Kalau tk sedap pon tetap cakap sedap 🀣🀣

    ReplyDelete
  2. Ini menu simpel dan enak..apalagi yg suka pedas..cabai nya di banyakin..makan pakai nasi hangat pun sudah cukup, kalau tempe tepung biasanya saya suka pakai cabe rawit😁

    ReplyDelete
  3. Menu simple tapi boleh buat bertambah nasi makan niπŸ˜‹

    ReplyDelete
  4. MA...asal ada tempe, memang laju je.. dapp

    ReplyDelete
  5. Tempe ialah one of my favourite sebab sedap dan bagus untuk penghadaman.

    ReplyDelete
  6. Bangsa J memang tak dapat dipisahkan dengan tempe ye MY hihihiii.

    ReplyDelete
  7. Saya kalau masak tempe, tak akan disentuh Ama suami. Ntah kenapa tak suka sangat dengan tempe 🀣. Makanya saya jaraaang masak itu, padahal suka. Soalnya tempe di sini dijual besar2 kak. Beli setengah papan pun, besar juga πŸ˜‚.tapi bolehlah kapan2 nak saya buat. Paksakan anak2 utk makan tempe, biar tak seperti papinya πŸ˜„

    Kaka sama dengan saya, kalau untuk masakan, buat yg simple je. Yg penting sehat dan bergizi. Skill masak saya pun pemula sangat, tak bertambah2 πŸ˜…

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad