Mama Chops Papa Grill - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, September 12, 2023

Mama Chops Papa Grill

Jalan jalan petang ke Taman Universiti sebab pergi Klinik Theesan,
Singgah la makan di Restoran ni.
Mama Chops Papa Grill namanya.
Dulu kat belakang Al Ikhsan Factory Store tu je..
Corner lot,
Sekarang dia dah pindah ke dalam sikit.
Walaupun dah lebih sepuluh tahun kedai ni ada kat Taman Universiti ni,
Ni kali pertama MY masuk sini.


Mama Chops Papa Grilled
Masuk masuk dah nak mengaruk,
Entah apa yang dia nak.
Bukannya nak cakap.

Mama Chops Papa Grilled
Ni Mama Yan punya Black Pepper Chicken Grilled.
Dah makan dua tiga suap baru teringat nak ambil gambar.
Tu yang comot sikit tu.
yang ni harganya RM 14.90

Mama Chops Papa Grilled
Ni pula Chicken Chop - Chicken Maryland anak anak..
Yang ni harganya RM 15.90.

Mama Chops Papa Grilled
Ucid makan Lamb Chop.
Kemain comot.
Kena ambil gambar candid je budak ni,
kalau kita kata nak ambil gambar dia,
mulalah nanti dia buat muka dan aksi dia yang pelik pelik.
Adehh... menda la makan western pakai tangan.
Kiri + kanan pulak tu..

Bila minta anak anak komen dan bagi berapa bintang...
Semua krik krik je...
Okay.. tak berkenan la tu.
MY okay je...
Sedap je kat tekak...
Ucid pun MY tengok berselera je makan.
Team yang makan chicken chop ni...
Entah apa yang tak kena ...
Mungkin sebab makanan terlalu lambat sampai...
Diorang pula dah lapar sangat sebab semua lunch awal.

Kat depan ada seorang staff, dialah ambil order, buat air, basuh gelas, hantar order, kemas meja.
Kat kitchen ada sorang je kut tukang masak.
Tu yang lambat sangat tu.
Bila mood spoiled,
Automatik yang sedap pun jadi tak sedap.
MY memang cerewet sikit,
Tapi anak sulung MY dengan anak perempuan MY bukan takat cerewet,
Mereka juga mahukan kesempurnaan,
T shirt dengan seluar track pun nak gosok.
Jadinya, bab makan pun, 
kalau ada yang tak kena di mata,
akan jadi tak kena di tekak juga.
Apa apa lah anak.. jangan buat perangai kat rumah mentua nanti sudahlah ye..
Haahaha...


 

8 comments:

  1. Masih ada ye MCPG ni? Lama tak dengar namanya...dulu glamour gak restoran dia

    ReplyDelete
  2. perfectionist ye anak sulung dengan perempuan tu, tshirt dgn seluar sukan pun nak iron jugak. Dah lapar dapat lak makanan lambat terus jadi kurang sedap ya

    ReplyDelete
  3. zaman baru buka dulu femes restoran ni.teringat dulu dulu gi makan kat dungun.zaman ni tak pernah jumpa kawasan rumah kami

    ReplyDelete
  4. Saya pun suka pesan chicken grilled dari chicken chop. Amboii Ucid, berselera betul dia makan. Betul betul nak kesempurnaan tu kalau seluar track pun nak bergosok. Tak sihat betul service kedai macam tu.

    ReplyDelete
  5. weekend hari tu MA dah fillet ayam dah nak wat chic chop, sekali adik lelaki belanja nasi arab lak..terus x jadi..weekend ni maybe la kot menu chic chop ni..emmm dappp

    ReplyDelete
  6. Comellah Ucid!
    Comot-comot mrnghiburkan hati.

    ReplyDelete
  7. Bila lapar, makanan lambat.. memang spoil lah mood..

    ReplyDelete
  8. Anak-anak terkadang memang begitu ya kak 😁. Mood nya masih labil. Apa yg bikin dia tak suka, langsung merembet ke hal lain 😅

    Tapi biasanya semakin besar, mereka berubah jadi lebih sabar 😄. Saya lihat pun macam sedap aja makanannya 👍

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad