Karnival Hari Kantin dan Keusahawanan - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, September 26, 2023

Karnival Hari Kantin dan Keusahawanan

Lepas selesai urusan Bicara Akademik sekolah anak yang sulung dengan nombor dua kat sekolah menengah,
MY bergegas pula ke sekolah anak yang sekolah rendah.
Macam tu lah bila anak ramai ye.
Terkejar-kejar ke hulu ke hilir.
Dah tu, semua taknak ayah yang datang,
Nak nak juga maknya yang datang.

Kelas abang, sekejap gila jumpa cikgu.
Kelas Moq, huhuii... tunggu pun dah lama.
Bincang pasal Moq pun lama.
Cikgu bagi komen satu persatu, akademiknya,
sahsiahnya, disiplinnya, Kokurikulumnya..
Apapun keputusan examnya,
Mama terima aje.
Usaha lagi ye Moq.

Pagi-pagi Subuh tu hujan lebat,
Karnival ni pula dibuat sekitar padang dan parking lot depan padang sekolah tu.
Jadi boleh bayangkan la betapa berlumpurnya padang.
Comot gila anak anak.

Karnival Hari Kantin dan Keusahawanan
Duta rasmi blog aziankhalil.com
Lepas beli air beli burger,
pastu beli aiskrim, 
lepas tu beli air lagi,
beli mainan.

Karnival Hari Kantin dan Keusahawanan
Moq pun join sama.
Siap partner dengan Aril kayuh basikal beca ni.
RM5 untuk sepuluh minit.
Tak sampai 10 minit pun kayuhnya.
Dah malas.
Sebab kayuh atas padang lepas hari hujan, asyik tersangkut aje.

Karnival Hari Kantin dan Keusahawanan
Sarah kayuh dengan kawan sekelasnya.
Dua round aje dah mengah

Karnival Hari Kantin dan Keusahawanan
Inflatable playground ni anak-anak nak main kat sini.
Alahai.. macam la tak pernah main benda alah ni anak oi...
Barisan bukan main panjang.
Dah la baru lepas hujan,
Air bertakung kat dalam tu.
Kalau air jernih lagi mutlak takpe juga,
Ni kembang liang roma mama ni menengoknya.
Air kotor kot... hitam cekelat warnanya.
Basah lokos budak budak yang main dalam tu.
Kalau budak-budak darjah 1 dan prasekolah nampaklah comelnya.
ni yang dah besar pun nak bergasak lagi dalam tu..
Dah.. takyah... Main benda lain

Beli mainan, beli kad pokemon, beli makanan, beli air...
Purata RM30 juga la pelaburan untuk seorang anak. 
Kali ajelah 4 orang.
Tapi rasanya macam lebih sebab diorang kata diorang ada guna duit dari dompet juga...

Memang banyak aktiviti dan gerai jualan yang disediakan.
Meriah sangat.
Mujurlah zaman MY sekolah dulu takde aktiviti hari Kantin ni,
Kalau tak, haruslah MY ponteng sekolah sebab takde duit nak membeli.
Hari jualan buku pun sakan menangis sebab teringin nak beli buku,
Tapi apakan daya, masa tu duit takde... hehehe


 

6 comments:

  1. wah..banyaknya aktiviti...
    teringat dlu kan masa hari kantin, kita buat jualan makanan setiap kelas jual makanan,ada kupon..
    ala..rindunya zaman sekolah

    ReplyDelete
  2. Dulu masa saya sek ren pernah buat hari kantin. Saya tukang jual. Hehe.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad