Klinik Haiwan Medicat Taman Teratai - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, September 10, 2023

Klinik Haiwan Medicat Taman Teratai

Dua tiga hari lepas, kucing kuring Mama Yan asyik mengiau aje.
Tak tahu kenapa,
Malas nak belek sebab masa tu Mama Yan demam selesema.
Sakit kepala sampai nak nak ulang-ulang jemput anak kat sekolah pun malas.
Mijan keluar pukul 12,
Ucid dengan Sarah darjah 3, keluar pukul 12.30
Aril pula darjah 4, keluar pukul 1.
Biasa lepas jemput terus Mama Yan hantar balik rumah,
Lepas tu keluar semula untuk jemput yang lain pula.
Sakit kepala punya pasal,
Lepas ambil Mijan,
terus je ke sekolah abangnya, 
Tunggu jelah dalam kereta tu sampai Ucid, Sarah dan Aril keluar kelas.
Rendahkan sikit seat,
lelap sekejap.

Masuk usia 40-an,
kalau demam, tumbang terus.
Tak macam dulu dulu.
Kalau dulu demam pun masih gagah lagi uruskan rumah.
Sekarang, kalau demam,
Semua anggota terasa sakit dan bisa.

Okay cerita balik pasal kucing,
Esoknya, barulah Mama Yan perasan bulu bulu kucing ni macam gugur teruk.
Aikk,.. Takkan dalam masa sehari je bulu gugur.
Tangkap masuk dalam carrier,
Bawak klinik.
Tapi,
klinik haiwan kat Pekan Nanas tutup pula setiap hari Rabu.
Jammed jap kepala.
Cari cari kat FB,
ada la jumpa satu klinik haiwan kat Taman Teratai.
Terus lah ke sana

MEDICAT VETERINAR DAN SURGERI SKUDAI
Memang pakar kucing agaknya.
Medicat namanya ni ha..

MEDICAT VETERINAR DAN SURGERI SKUDAI
Ni ada kat meja depan klinik tu.
Kalau kalau ada yang nak vaksin budak kucing kat sini.

MEDICAT VETERINAR DAN SURGERI SKUDAI
Boleh hantar untuk mandian kucing kat sini ye.
Mama Yan bukan malas nak mandikan kucing,
Mei okay je nak mandi,
Kalau May, susah sikit nak mandikan.
melawan aje.
Ejaan nama lain, tapi sebutan sama je.
Panggil May ke, Mei ke, dua dua datang.

Lepas bawak Mei jumpa doktor,
Doktor check..
"Eh .. ni bukan bulu dia gugur,
Ni kesan kena gunting bulunya ni.
Ada melekit lekit sikit ni,
Saya rasa dia terkena gam pelekat lalat atau tikus.
Hidung dia luka sikit, mungkin dia cedera masa tengah struggle melepaskan diri."
Hmm... tulah dia.
Main merayap entah ke mana-mana sampai kena gam.
Tak tahu siapa yang tolong dia lepaskan diri.

Jadi Mama Yan tinggalkan kejap Mei kat klinik untuk dimandikan.
Petang lepas ambil anak anak sekolah,
Terus Mama Yan jemput Mei pulak kat klinik.
Begitulah kehidupan suri rumah ya.
Selain uruskan rumah, kain baju, masak, ambil jemput anak,
Kena settle bab haiwan peliharaan juga.
Lagi pun kucing ni Mama Yan yang request nak bela kucing.
Bile tengok entry anak pungut ni,
Baru sedar, eh dah dua tahun dah rupanya bela kucing ni


MEDICAT VETERINAR DAN SURGERI SKUDAI
Lepas balik klinik,
dah siap mandi wangi wangi sampai melekat bau sabun dia dalam kereta,
terus tido.
ni tido atas beg badminton ayah.
Ikut dan la mana nak tidur pun.
Takde sediakan katil khusus untuk kucing.
Tak kuasa.
Malas, sebab pernah buat macam tu,
Siap ada bantal kucing.
Lepas tu kucing tu mati.
Bila tengok tempat tidur dia, sedih sangat rasa.
Jadi pandaila ko nak selit kat mana mana tempat nak tido 

Pelaburan untuk anak pungut berbulu pada hari tersebut ialah :
Konsultasi RM10,
Ubat RM10,
Mandian RM 120,
Total RM 140
Mama Yan dah standby RM300 kat kocek sebab kos perubatan kucing ni lagi mahal dari manusia. 
Alih-alih, tak sampai separuh dari bajet.
Alhamdulillah...

Yang nak pergi sini,
Ni alamat ya.
Ada dia cawangan kat Skudai ni.

MEDICAT VETERINAR DAN SURGERI (MAIN BRANCH) TERATAI
Address: 40, Jalan Enau 11, Taman Teratai Kangkar Pulai, Skudai, 81300 Johor Bahru, Johor
Phone : 075607703 | 01165599070

MEDICAT VETERINAR DAN SURGERI (MUTIARA RINI)
Address: 36, Jalan Bestari 14, Taman Mutiara Rini Skudai, 81300 Johor Bahru, Johor
Phone: 075500369 | 01165130369

Waktu Operasi MediCat (Taman Teratai):
Ahad - Jumaat: 10 AM - 6.30PM
Isnin: 10 AM - 5PM
Sabtu: TUTUP
**Customer terakhir diambil 15 minit sebelum klinik ditutup.
 

8 comments:

  1. Wah baca postingan ini agak sedih saya,soalnya kucing' saya hilang sudah hampir sebulan yang lalu dan belum pulang sampai hari ini, semoga kucing kakak kembali sehat ..kakaknya juga segera pulih kembali

    ReplyDelete
  2. Murah jugak tu, mandi yg mahal. Kita pernah htr kembirikan kucing di Medicat Taman Teratai ni.

    ReplyDelete
  3. Nama pun 'anak' bulus... Kucing demam dah macam anak demam!

    ReplyDelete
  4. Wow...Ok la..murah sikit harga rawatan tu ... Hehe...Moga terus sihat Mama Yan Dan kucing ye..

    ReplyDelete
  5. amboiiii mentang2 dah wangi kemain tido pulas dia yaaa

    ReplyDelete
  6. lama dah x bawah tommy gi vet, sejak dah bebas ni..merayau je. balik bila lapar je

    ReplyDelete
  7. Utamakan kesihatan diri dahulu berbanding kucing2nya.

    ReplyDelete
  8. Betuuul kak, perawatan kucing nih mahaaal 🤣. Saya kemarin baru bawa kucing ke dokter karena tak bisa pipis. Terpaksa gantilah semua makanan khusus urinary. Biaya berobatnya karena opnam 5 hari, sampai juga eqv Rm800, belum lagi makanan khusus hahahhaha.

    Tapi karena sayang dan cinta, dah laah demi dia sehat kan 😄. Bagi saya pun anak bulu ini dah macam keluarga sendiri

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad