Tanam pokok bunga - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, September 19, 2023

Tanam pokok bunga

Pejabat kami mengambil cuti mingguan pada setiap hari Sabtu.
Jadinya, kelmarin suami cuti kerana cuti Hari Malaysia ditunda ke hari Ahad.
Punyalah bosan duduk rumah seharian,
Lepas hantar anak sekolah agama,
Suami MY ajak pergi nurseri tengok-tengok pokok.
Tapi Mama Yan ada kerja sikit nak buat,
Jadi dia pergilah sorang sorang.

Balik tu, sampai penuh belakang kereta Triton tu.
Dengan tanah sampai 20 bag dan beberapa jenis pokok serta pasu.

Pokok strawberi dibelinya... hahaha...
Apa boleh ke hidup kat bumi Pontian ni?
Panasnya bukan main dalam seminggu dua ni.
Beli sampai dua pokok pula tu..
Dah tu, tuan punya pokok tu,
Makan stoberi pun tak pernah.

Beli lagi pokok bunga daisy ni.
Masalahnya... dah banyak kali beli dan dah banyak kali mati.
Masih lagi beli dan beli.
Pokok daisy ni memang cantik.
Macam macam warna ada.
Tapi tu la..
Tak reti nak bela.
Asyik mati aje.

Tambah juga dengan dua pasu pokok periuk kera.
Okay..yang kali ni saiz besar sikit.
Ngam la untuk buat lemang raya nanti..
Hahaha...

Asalnya nak beli tanah sikit untuk semai pokok betik.
Mak mentua Mama Yan,
Suka sangat sangat kalau betik muda tu dibuat sayur.
Asal nampak pokok betik,
Boleh berpusing kepala,

''Sedapnya betik disayur,
Ko gi la mintak betik orang tu."

"Adoi makk.. kita ni kat bandar, 
Seganlah nak minta betik dalam pagar orang.
Kalau kat kampung lainlah "

"Alahhh... ko mintakkan, mak bayarlah."

"Bukan duit masalah dia mak,
Masalahnya orang tu tanam sebab dia nak buahnya."

Tu yang gigih beli benih betik nak tanam kat laman depan ni. 
Lepas balik nursery,
Suami Mama Yan pindahkan pokok pokok yang dibeli dalam pasu cantik.


Daun keladi ni cantik, macam kain baldu permukaannya.

Dah petang petang tu...
Mama Yan tengok pokok-pokok yang baru dibeli dan disusun,

"Benih betiknya ayah semai kat mana?"

"Allah.... lupa pulak pasal pokok betik. Padahal beli tanah banyak-banyak ni nak tanam pokok betik"

Hmmm.... dah dapat pokok bunga cantik cantik,
Akhirnya niat murni nak tanam betik pokok betik yang lupa. Entah bila la nak tanam pokok betiknya tu.
Nak kena tunggu cuti lagi la kut.

5 comments:

  1. Hahahaha.. lain dirancang, lain yang jadik 🤭

    ReplyDelete
  2. Hahahhaa...orang lelaki MY...memang lain plan lain jadinya..sama la suami SA tu...

    ReplyDelete
  3. Beli aje buah betik masak
    Semai bijinya dalam pasu
    Kejap aje tumbuh

    ReplyDelete
  4. tu dia..bukan main lagi dia borong yer

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad