The Closet - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, September 12, 2023

The Closet

 
Tajuk Filem : The Closet
Pengarah : Kim Kwang-bin
Tahun : 2020
Terbitan : Moonlight Film , Perfect Storm Film
Durasi : 98 Minit
Negara : Korea Selatan
Bahasa : Korea
Genre : Seram

Pelakon : 
Ha Jung-woo sebagai Sang-won
Kim Nam-gil sebagai Kyung-hoon
Heo-Yool sebagai Yi-na



Filem ni mengisahkan Sang-won dan anaknya Yi-na yang berpindah ke sebuah rumah di pinggir bandar. Isteri Sang-won telah terkorban dalam sebuah kemalangan jalan raya dan ini menyebabkan Yi-na kemurungan dan Sang-won sendiri mengalami serangan panik. Sang-won sangat terdesak mencari pengasuh kerana telah lama bercuti dan dia sangat mementingkan kerjanya.

Pada suatu hari, Sang-won telah pergi ke tapak pembinaan dan mengupah seorang pengasuh.
Tetapi, apabila pulang dari rumah, dia mendapati anaknya Yi-na telah hilang. Dia telah mencari dan membuat laporan polis, tetapi polis mengatakan tiada tanda-tanda Yi-meninggalkan rumah.

Seorang bomoh iaitu Kyung-hoon telah datang ke rumah Sang-won menawarkan bantuan mencari anaknya yang hilang. Misi pencarian bermula.

Masa ni suami tanya.. ok tak nak tengok ni..
kang ada yang tak buka almari sebulan kang..
Hahaha...
Takpe.. almari kita sliding glass.
Almari dia kayu.

Kyung-hoon membuat pemujaan di hadapan almari kayu dalam bilik Yi-na.
Kemudian sekumpulan roh kanak-kanak yang hilang keluar dari dalam almari tersebut.
Huishh...seram...
Roh seorang dari kanak-kanak telah menyerang Kyung-hoon dan menyebabkan Kyung-hoon cedera.

Sang-won mengambil keputusan untuk masuk ke alam ciptaan roh kanak-kanak tersebut untuk mencari Yi-na. Tapi bila dah last last, hilang lah seramnya dah..
Timbul kesian pulak dekat roh kanak-kanak tu,
Semua yang jadi roh kanak-kanak tu, acah acah kanak-kanak yang tersakiti.
termasuklah Yi-na yang merajuk bila dengar ayah dia nak hantar dia ke kem sebab tak jumpa pengasuh.

Ceritanya biasa-biasa ajelah..
Sebab MY tak suka cerita hantu.
Jadi tak tahu cerita hantu yang macam mana yang best atau tak best

Oh ya.. boleh ditonton di aplikasi Viu ya..


6 comments:

  1. ada plan gak nak layan cite ni tp sbb citer seram mcm takut plak nak tgk hahah.. sejak kena 'ganggu' , terus fobia nak tgk citer2 seram ni

    ReplyDelete
  2. Dah tengok filem ni. Mula tu memang seram. Tapi macam cliche juga ceritanya. Tak pasal anak dia jadi mangsa.

    ReplyDelete
  3. alaaa....seram..MA ni penakut memang x la cita seram ni

    ReplyDelete
  4. Dana tgk dah sebab suka dengan yg jadi bomoh tu, tapi filem ni tak berapa takut sangat masih ok untuk di tonton tak seram mcm filem hantu indon. Cumanya kan gelap gelita betul cerita ni sakit ati betul

    ReplyDelete
  5. Lebih pada emosi filem ini walaupun seram..

    ReplyDelete
  6. Kalau film, ntah kenapa Korea ini suka buat ending terlalu buru2 rasanya. Beda dengan K-drama dia. Mungkin karena limited time juga kan. Awal dah bagus, tapi ending kurang. Sering begitu.

    Saya tertarik film nih karena ada Kim nam Gil 😄👍. Sukaa Kat dia. Dramanya selalu bagus.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad