Cara Aminkan Doa - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, May 13, 2024

Cara Aminkan Doa

Minggu lepas sekolah anak MY ada ujian.
Jadi adalah satu parent yang letak doa untuk anak anak tenang jawab soalan ujian.
Letak doa tu,
Takpelah.
Bila dah ada sorang letak doa,
Berderet pula tukang aminkan.
Kita ni tengok notification,
Wow!!
banyaknya info hari ni..
Rupanya...
Laaa... dok aminkan doa je dekat 100 mesej.
Slow slow la kita ni skroll takut ada info info yang terlepas pandang.
Tak tahan juga dari pagi membawa ke tengah hari tak habis lagi aminkan doa.
Terus MY bagi sepatah dua kata.
Minta masing masing aminkan doa dalam hati je.
Kalau tengah sorang sorang tu..
Lafazkan aje...
sebut aje Amin...
Tak payah bagitahu semua parent yang kita dah aminkan doa tu.
Lagipun sekarang dah boleh letak emoji emoji pada mesej tu.
Klik aje like ke... gambar love ke...
Tanda kita dah respond dengan doa tu.

Anak anak kita tu duduk asrama..
Parent bergantung sepenuhnya dengan group tu untuk follow aktiviti dan info.
Kalau dah nak kena skroll 3 kilometer setiap kali cari info..
Eh... dah kalah group anak tadika dah.
Maaf lah ye...
MY memang takde perasaan bab sound orang ni.
Untuk kebaikan bersama juga...
Peace!!


 

5 comments:

  1. terbaik lah MY...kadang tu parents nie macam takde perasaan bersalah kot..hahaha..tu yg Linda lagi suka bila group wasap sek anak tu. cikgu buat admin je boleh respon...kita boleh bagi emoji je...nak apa2, pm tepi cikgu...hihihi

    ReplyDelete
  2. Setuju dgn MY.
    Cukup kita aminkan dlm hati atau respond dgn emoji je dekat mesej tu.

    ReplyDelete
  3. letih mmg kalau dpt group yg jenis suka sgt2 org share segala mak nenek. fening.

    ReplyDelete
  4. Dah penah merasa masuk group WA mcm ni masa PKP dulu. Cikgu bagi kerja rumah lepas tu berderet2 parents reply 'Noted'. Ada yg siap bagi stickers atau upload gambar bukti anak dah siap kerja rumah. Kita nak cari mesej cikgu pasal kerja rumah tu terpaksa scroll slow2 takut terlepas. Geram sangat masa tu terus mintak cikgu set admin je yg boleh mesej dkt semua org. Nak tanya apa2 kena pm tepi cikgu.

    ReplyDelete
  5. setuju sgt..plus cara MZ tulis tu sopan je

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad