Popia Ayam Sayur - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, May 16, 2024

Popia Ayam Sayur

popia ayam sayur

Masa mak mentua MY ada kat rumah,
Malam malam mak taknak makan nasi,
Biasa dia makan biskut, kuih bahulu, roti dengan air teh o je malam malam..
Tapi, macam tak best pula nak hidang teh o aje,
Tu yang MY gigih buatkan kuih muih tu.

Kali ni MY buatkan kuih popia inti ayam dan sayur.
Sayur untuk inti ni sebenarnya boleh dipelbagaikan.
Mama Yan guna sayur yang ada kat rumah aje.
Malam tu lepas dah siap gulung popianya,
Mama Yan goreng separuh,
Separuh lagi simpan dalam peti.
Esok pagi pagi MY goreng baki yang disimpan dalam peti ais tu,
Suami MY nak bawa buat bekal pergi main golf.


Popia Ayam dan Sayur


Bahan-bahan:

1 pek kulit Popia
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 keping dada ayam
1 biji ubi kentang
Setengah batang lobak merah
4 urat kacang panjang
2 genggam besar taugeh
Setengan tin kecil sos carbonara
Garam secukup rasa
1 sudu besar tepung gandum tambah 2-3 sudu besar air untuk gam kulit popia



Cara menyediakan:

1. Dada ayam di potong dadu kecil
2. Kentang dan lobak merah di racik memancang seperti mancis
3. Hiris kacang panjang.
4. Bersihkan taugeh dan buang ekor
5. Blender halia, bawang merah dan bawang putih.
6. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar.
7. Setelah bahan kisar sediki garing dan berbau wangi,
Masukkan pula dada ayam yang telah dipotong dadu dan ubi kentang.
8. Masukkan setengah cawan air dan masak sehingga air mengering dan kentang lembut.
9. Tuangkan setengah tin sos carbonara. Letak garam secukup rasa.
10. Masukkan pula sayur kacang hijau dan lobak merah. 
11. Akhir sekali, masukkan taugeh dan boleh matikan api dapur.
12. Kacau rata taugeh dan pindahkan inti popia ke dalam penapis supaya minyak dan air berlebihan boleh ditoskan.
Kalau suka berkuah, boleh skip step letak dalam penapis ni.
Kalau suka berkuah, sos carbonara tu pun boleh dihabiskan satu tin kecil tu.
13. Ambil sehelai demi sehelai kulit popia, letak inti dan gulung. Gamkan bahagian hujung dengan bancuhan tepung gandum & air
14. Boleh terus digoreng atau difrozenkan.

Sebenarnya kentang ni lebih MY racik racik buat jemput kentang ikan bilis petang sebelumnya.
Tak habis, simpan dalam peti ais.
Esoknya buat popia,
Masukkan sekali, kalau tak nanti, lapuk pula dalam peti ais tu.


Nampak meriah dengan carrot, kentang dan kacang hijau.
Patutnya nak kena ada sengkuang,
Tapi kalau beli sengkuang bukan ada yang saiz kecik.
Selalu nampak yang besar besar je.
Nak pakainya bukan banyak pun.

Macam biasa, taugeh jangan masukkan awal awal.
Nanti dia lembik.
Masuk akhir sekali.

Ni MY letak dalam penapis besi supaya air dan minyak berlebihan jatuh ke bawah.
Jadi popianya tak berkuah atau basah.


Buat sendiri kan…
Suka hati nak letak inti banyak,
Inti penuh melimpah,
Inti oksigen, inti karbon dioksida, 
Semua boleh…




 

10 comments:

  1. Antara kuih kegemaran juga popia goreng ni. Apatah lagi jika intinya premium, memang boleh menggantikan nasi.

    ReplyDelete
  2. Buat sendiri puas hati, boleh letak apa yang kita suka.

    ReplyDelete
  3. Best buat sendiri, boleh gemukkan inti

    ReplyDelete
  4. ini kalau budak tak makan sayur memang tak tertelan heheheh

    ReplyDelete
  5. Sedapnya popia goreng... Nak² buat sendiri, puas makan dan intinya boleh dipelbagaikan

    ReplyDelete
  6. Fuhh.. mengancam betoi la resipi popia MY, nanti cheq nak try buat juga laa 🤩

    ReplyDelete
  7. Hihihi saya masih ketawa kalo denger istilah isi oksigen 😂. Awalnya saya pikir apaaa maksudnya, ternyata isian kosong yaa 🤭

    Saya sukaaa popiah ini. Kalo di sini disebut lumpia kak. Isiannya mecam2 lah. Tp orang Semarang biasanya pakai rebung. Orang Betawi pula pakai sayuran atau ayam. Ada juga yg isi bihun .

    Apapun lah, saya suka semua 😄

    ReplyDelete
  8. haha..gelak baca kat bawah tu..inti oksigen, inti karbon dioksida...sendiri buat semua boleh..wah rajin menantu ni tau, gigih buat kuih untuk mak mertua..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad