Pembukaan Akaun Kanak Kanak Tabung Haji - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, May 9, 2024

Pembukaan Akaun Kanak Kanak Tabung Haji

Kelmarin MY minta suami hantarkan ke Tabung Haji untuk masukkan duit ke dalam akaun TH anak anak.
Duit Bantuan Awal Persekolahan tahun lepas dan tahun ni.
Jadinya, sorang ada RM300 untuk disimpan dalam Tabung Haji.

MY tepek bedak C.Code yang dibeli di Watson aje.
Takde pondesen bagai.
Cuma sapu pelembab sebelum keluar rumah.
Dalm kereta baru pakai bedak.
Pakai nipis nipis je.
Tak bagi muka nampak berkilat.

Pembukaan Akaun Kanak Kanak Tabung Haji
Urusan pembukaan akaun kanak-kanak ni tak ambil masa yang lama,
Sebab semua borang telah dilengkapkan secara atas talian menggunakan laman web THiJARI.
Klik aje bahagian Pembukaan Akaun Kanak Kanak tu,
Kemudian isikan maklumat yang diperlukan.

Pembukaan Akaun Kanak Kanak Tabung Haji

Lepas semua maklumat yang diperlukan diisi dengan tepat, 
Sila hadir ke cawangan Tabung Haji pilihan dalam tempoh 30 hari untuk pengaktifan.
Jangan lupa bawa bersama :
1. Sijil Lahir Kanak-kanak
2. Mykad Penjaga atau Pemohon
3. Duit Simpanan Permulaan, (paling kurang RM2)
4. MyKad milik anak jika sudah ada Mykad
5. Sijil Anak Angkat atau dokumen pengangkatan (jika berkaitan)

Dalam kes MY,
Mama Yan tak bawa MyKad abang dan MYKad Moq.
MyKad abang pada tuannya,
Kena la tunggu dia balik cuti hujung bulan ni.
Jadi,
Urusan pengaktifan akaun Tabung Haji untuk Abang dan Moq tak dapat diselesaikan kelmarin,
Tapi untuk empat orang lagi tu,
Alhamdulillah,
Dah selesai masuk dalam Tabung Haji dah duit kerajaan bagi tu.
Nanti boleh guna untuk masa depan okay.
InsyaAllah..


 

6 comments:

  1. Alhamdulillah... Linda memang dari seawal setahun lebih dah bukak TH dan ASB untuk anak 4 tu.. Tapi nya, duit dalam tu, hasil duit raya dan duit kumpul2 yang orang bagi je lah... Ibu masukkan sikit2 bila ada lebih.. Kikiki.. Yang abng Mueez dah selamat daftar haji.. Adik2 lagi 2 orang tgu penuh untuk min rm1200.. Yang abg Mu'az, penjaga ayahnya... Dah banyak kali suruh dftarkan.. Tak buat2 jugak.. Geram betul mak nie..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. MA pun lum gi lagi TH...nak bank in duit raya diaorang gak ni

    ReplyDelete
  3. Saya dah buat tahun lepas, kebetulan pihak Tabung Haji ada buat booth di tempat kerja, senang sangat tak perlu pergi TH masa tu.

    ReplyDelete
  4. Lebih mudah sekarang urusan boleh buat online je dulu. Pergi Bank selesaikan baki urusan je. Tinggal sorang je lah lagi yang belum settle ye.

    ReplyDelete
  5. Saya ada baca untuk urusan waiting list haji di Malaysia bisa sampai 80-100 tahun. Amazed sangat, saya pikir waiting list di Indonesia yg sampai 30 tahun udh paling lama 😅.

    Makanya banyak yg bilang di Malaysia anak2 didaftarkan haji dari kecil lagi. Tapi bagus juga. Pelan2 sedari sekarang yaa, sambil menabung kan.

    Saya sendiri baru saya dan suami yg daftar, anak2 belum. Krn saya pikirnya, waiting list saya 28 tahun lagi. Kalo tak sampai usia bisa saya alihkan ke anak saya. Makanya mereka tak saya daftarkan.

    ReplyDelete
  6. Bolehlah tambah duit raya mereka yang banyak dapat tu

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad