10 Cara Menyambut Hari Guru Selain Memberi Hadiah - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, May 20, 2024

10 Cara Menyambut Hari Guru Selain Memberi Hadiah

Hari Guru baru sahaja berlalu,
Tiap tahun ada je isu berkaitan dengan Hari Guru.
Masa MY sekolah dulu,
Hari Guru sangat ditunggu tunggu kerana tak payah belajar.
Dan masa tu juga lah kita nak tengok sisi sporting cikgu cikgu.
Cikgu disiplin yang sentiasa usung rotan pun reti senyum bila Hari Guru, 
pun reti tinggalkan rotan..

Selain dari bagi hadiah secara individu,
Ada beberapa lagi cara lain untuk menunjukkan tanda menghargai jasa guru.
Bukan semata-mata hadiah mahal saja ye...
Lagipun, menghargai jasa guru tidak terhad dilakukan pada hari guru sahaja

Antaranya:

1. Ucapan Salam
Ucap salam setiap kali bertemu dengan guru.
Sapa guru dengan hormat.

2. Tulis Surat atau Nota Ringkas
Tulis surat atau nota ringkas yang menunjukkan penghargaan kepada cikgu.
Lagi elok kalau mention atau sebutkan apakah perkara yang paling anda hargai tentang cikgu tu.
Cikgu ajar meresap dalam roh ke...
Cikgu rotan jadi turning point untuk berubah ke..
Tulis... percayalah.. cikgu akan terharu..

3. Class Appreciation
Yang ni memerlukan kerjasama dari rakan rakan sekelas.
Buat kad besar ramai ramai ke..
Buat video ucapan ke..
Zaman sekarang hampir semua murid ada handphone sendiri.
Boleh rakam ucapan dan compile video clip,
Edit dan forward.
Cikgu nak simpan pun senang... 

4. Aktif mengambil bahagian dalam kelas
Tunjukkan minat kita terhadap matapelajaran yang diajar oleh guru.
Angkat tangan bila cikgu tanya soalan.
Siapkan kerja sekolah.
Cikgu sangat sangat menghargai kelas yang riuh dengan respond ketika cikgu mengajar.
Sedih cikgu mengajar kalau kelasnya senyap sunyi macam tepi kubur

5. Tunjukkan Hormat & Sopan santun
Yang ni, tak kira di mana jua kita berada,
Sentiasa kena praktikkan.
Menghormati guru sangatlah dituntut dalam agama Islam.
Walaupun cikgu dah tak mengajar kelas kita lagi,
Tetap kena hormat guru.

6. Berikan komen positif
Komen positif boleh disalurkan di mana mana sahaja.
Rasanya nak selit dalam usul PIBG pun boleh.

7. Persembahan
Semasa acara acara seperti hari guru atau hari penyampaian hadiah,
Boleh selitkan kata kata ucapan penghargaan kepada guru.

8. Menawarkan bantuan
Sentiasa menawarkan bantuan untuk membantu guru seperti bawakan buku.
Tawarkan diri untuk hias papan kenyataan kelas.
Twarkan diri untuk kemas kelas, bengkel atau makmal.
Rasanya ini sangat sangatlah cikgu suka dan hargai.

9. Media sosial
Menggunakan media sosial sebagai medan untuk menghargai guru.
Memuatnaik hantaran istimewa untuk guru.
Menyatakan rasa terima kasih dan penghargaan secara terbuka kepada guru.
Tapi,
rasanya... ramai yang menggunaka media sosial untuk berbuat yang sebaliknya.

10. Keep in Touch.
Yang ni, dulu dulu agak susah nak buat.
Tapi zaman sekarang,
lebih mudah lagi sebab hampir semua orang ada media sosial.


Walau bagaimanapun,
keikhlasan memberi dan menerima tu haruslah ada.
Janganlah murid terhegeh hegeh memberi,
Tapi cikgu tidak ikhlas menerima.
Begitu juga sebaliknya.
Cikgu beria ia mengajar,
Beria datang sekolah hari cuti nak hias kelas,
hias perpustakaan,
Tapi anak murid,
Jejak perpustakaan pun malas.
Apalagi nak baca buku dalam tu.

Ni pemberian cikgu Mama Yan masa kami berkunjung ke rumahnya tahun lepas.
Ni cikgu bagi anak murid hadiah,
anak muridnya ni?
Saya sengkek cikgu... hahaha


4 comments:

  1. Sekarang ini malah banyak students tak mau berteman dengan gurunya di media sosial. Mereka private akunnya. Padahal terkadang bagus juga kalo hubungan guru dan murid bisa akrab hingga saling berteman di medsos kan.

    ReplyDelete
  2. Tapi cikgu paling suka kalau dapat hadiah.
    Mereka siap bed siapa hadiah paling banyak.

    ReplyDelete
  3. Macam² cara sebenarnya kan...
    Terpulang kpd cara masing²
    Yg penting saling menghargai

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad