Resepi Ikan Bawal Stim Ringkas - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, May 12, 2024

Resepi Ikan Bawal Stim Ringkas

Hari hari makan lauk goreng goreng pun bosan juga.
Jadi nak buat kelainan sikit,
MY cuba la masak ikan dengan teknik mengukus.
Kat rumah ni,
Kalau masak ikan kari ke,
Gulai ke,
Asam pedas ke,
Macam tak berapa dapat sambutan.
Tu yang selalu masak ikan goreng aje.
 
ikan bawal stim halia


Resepi Ikan Bawal Kukus


Bahan-bahan:

2 ekor ikan bawal
1 ikat cendawan enoki
1 batang serai - ketuk
1 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - racik
Sedikit daun sup
2 sudu sos tiram
1 biji limau nipis - ambil jusnya
Garam secukup rasa
Gula jika suka
Suku cawan air

Cara menyediakan:

Bersihkan ikan. Boleh potong jika suka. 
Campurkan semua bahan bahan garam, gula, sos tiram, air, jus limau ke dalam bekas kecil dan kacau sebati.
Kemudian, lumurkan pada ikan.
Kukus ikan bersama dengan serai, bawang, bawang putih dan halia selama 15 minit.
Selepas 15 minit atau ikan dah masak,
Buka penutup kukus dan taburkan saun sup serta cendawan enoki.
Sambung kukus untuk 3 minit lagi.
Sedia untuk dihidangkan.


ikan bawal kukus
letak air dalam periuk,
letak para besi,
letak loyang. 
Kemudian tutup.

resepi ikan stim

Sedih kan pengukus MY.
Mama Yan kukus guna periuk aje.
Sebab pengukus MY kecik sangat.
Tak muat nak letak ikan bawal dua ekor.
Dah potong pun tetap tak muat.
Dulu masa beli,
Rasa dah besar dah periuk kukus yang MY beli tu.
Maklumlah..
Masa beli tu, anak dua orang.
Sekarang anak dah 6 orang.
Memang tak muatlah nak masak untuk makan 9 orang.
Mama Yan dah order dah pengukus saiz 36cm dari Shopee.
Import dari China.
Dah lebih seminggu dah belum sampai lagi.
Tak sabar nak guna ni… hihihi


 

2 comments:

  1. Menu sihat ni..SA pun suka..eh nak buat jugak la nanti...boleh bawak bekal pi keja...

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad