Anugerah Rekod NILAM - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, December 20, 2025

Anugerah Rekod NILAM

Hari Sabtu minggu lepas.
Sekolah anak anak buat Hari Anugerah Kecemerlangan,
Alhamdulillah… 
Aril dan Sarah antara penerima anugerah pada hari tersebut.
Mereka berdua dapat anugerah antara top 10 tertinggi perekodan AINS.
AINS tu adalah singkatan kepada Advance Integrated NILAM System.
NILAM tu pula singkatan kepada Nadi Ilmu Amalan Membaca.
Zaman dulu masa Abang Mukhlis dan Moq sekolah rendah dulu,
Kena tulis sinopsis dalam buku Nilam ye,
Tulisan tangan lagi.
Nak ajar membaca aje dah siksa,
Lagi nak suruh tulis dalam buku NILAM tu… 
Zaman dulu juga hanya buku dan majalah sahaja boleh direkod,
Tapi sekarang,
Poster, rencana, cerpen, artikel, peta pun dikira sebagai satu entry.
Mata aje yang berbeza.
Mata diberi ikut jenis bahan bacaan.


Dapat jambangan bunga berserta dua buah buku dan coklat.
Aril sampai rumah terus bahagikan coklat tu kepada adik Mijan dan Ucid,
Ucid tak naik pentas tahun ni,
 Nak suruh membaca pun susah..
Apalagi nak suruh rekod bacaan tu.
Takpelah… 
Bukan hal besar pun.
Tapi tahun depan kenalah dia gigih mengisi rekod NILAM untuk mata PAJSK.
Bersukan tidak,
Berpersatuan ahli biasa,
Pertandingan semua tak layak,
NILAM aje lah harapannya.


Sarah naik pentas dua kali.
Sekali untuk NILAM,
Sekali lagi untuk anugerah terbaik mata pelajaran,
Tapi kedudukan dalam darjah tak dapat naik pentas. 
Hadiah dampai nombor 5 je,
Sarah nombor 6.
Ucid nombor berapa?
Nombor 27… 
Lagi beberapa anak tangga je nak turun kelas.
Jangan la turun kelas,
Susah nak handle kalau ada dua kelas.
Jamuan nak kena dua,
Kerja sekolah tak sama nak pantau,
Barang nak bawa ke sekolah untuk projek PSV, Sains dan RBT pun tak sama hari nanti.
Mama diaorang yang pening nak sediakan bahan nanti.


Ni hadiah untuk Mama Yan dan semua ibu bapa yang hadir...
Alhamdulillah...
Boleh la alas perut.

Semoga anak-anak akan terus cemerlang lagi di masa hadapan.
Bukan dalam pelajaran je,
Tapi juga cemerlang dalam adab dan sahsiah ya anak-anak.
Okay... MY nak pergi sekolah beli buku tulis diorang,
Sekian, wassalam

 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad