Hantar borang Pencen - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, December 30, 2025

Hantar borang Pencen

Dalam perjalanan pulang dari Pahang minggu lepas,
Mama Yan dan suami bawa sekali borang pencen terbitan mak dan Borang Bantuan mengurus jenazah arwah abah.
Lepas arwah abah meninggal,
Mama Yan terus hantar emel pemberitahuan kematian gemulah.
Takut kalau pencen terus dimasukkan ke dalam akaun arwah abah.
susah pula nak keluarkan nanti.

Kemudan Borang permohonan pencen terbitan untuk mak MY selaku balu dan borang Bantuan Mengurus Jenazah tu Mama Yan cetak aje siap siap dari rumah.
Isikan guna pen dakwat hitam. 
Kemudian pos kan ke rumah Raub.
Adik MY tolong fotostat elok elok Sijil Nikah dan Sijil kematian.
Kad pengenalan mak dan ked pesara abah ,
Mama Yan dah ambil gambarnya guna handphone cantik cantik.
Bila print out kualitinya cantik macam scan.
Mama Yan suruh adik adik capture dokumen cantik-cantik dan whatsapp supaya boleh cetak siap siap,
pun tak cantik juga...
herot petot juga gambarnya.
Korang buat ajelah copy kedai...huhuhu



Proses penyerahan borang di kaunter KWAP mengambil masa tak sampai 10 minit.
Sangat mudah.
Sampai di kaunter hadapan ada seorang petugas yang bantu menyemak borang.
Kemudian, petugas tersebut bagi nombor giliran.
Tak sempat duduk menunggu,
Nombor dah dipanggil.
terus sahaja MY pergi berjumpa dengan pegawai di kaunter khas.
Borang diserahkan...
Pegawai membuat semakan komputer.
kemudian kad di atas ni diserahkan.
Urusan akan selesai dalam masa 30 hari bekerja.

Semoga segala urusan dipermudahkan.
walaupun tak banyak mana,
Tapi cukuplah untuk tanggung makan minum mak.
Nak shopping shopping,
Kena la tunggu elaun dari anak anak...

Sekian, wassalam







 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad