Coretan Hari Jumaat - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, December 5, 2025

Coretan Hari Jumaat

Sejak Johor kembali cuti pada Hari Sabtu & Ahad,
Menjadi tugas rasmi Mama Yan lah membawa anak anak pergi solat Jumaat.
Masjid agak jauh juga daripada rumah,
Sebenarnya,
Kalau mengayuh basikal taklah jauh sangat untuk remaja lelaki,
Tapi Mama Yan belum konfiden nak bagi bawa basikal jauh-jauh, 
Lagipun mamanya kan ada..
Boleh aje tolong hantar.
Kalau masa Johor cuti hari Jumaat,
Suami yang bawakan.


Sementara menunggu,
Kadang kadang makan aiskrim.
Haha,.. Tak padan dengan kencing manis ye..
Alaa.. kira cheat day la ni


Kadang kadang singgah kedai beli kopi...
Hari tu MY beli Caramel Macchiato..
Baru minum sikit..
Anak anak dah siap solat Jumaat.
Offer kat Moq...
"Moq nak rasa kopi mama?'
"Nak"
Sruuttt...sruutt...
Sampai habis ye dia punya rasa..
Hahaha...
"Eh.. sorry...sedap sangat sampai tak perasan Moq rasa sampai habis."
Hahaha... bertuah punya anak.


Kadang kadang juga Mama Yan baca buku,
tapi sejak menua ni,
Dah jarang baca buku dalam kereta kalau tak bawa cermin mata,
Mata dah mula rabun tua.
Nanti kalau membaca tanpa reading glass,
MY sakit kepala.
Kalau rasa nak membaca,
Kena bawa cermin mata sekali.

   Kadang kadang MY balik rumah,
Kadang kadang MY pergi kedai ecoshop..
Macam macam cara untuk isi masa sementara menunggu.
Dia macam ni tau..
Tunggu rasa lama..
Tapi kalau kita bergerak buat itu ini, rasa sekejap.

Oklah dah nampak dah orang dah mula keluar dari masjid,
Sekian, wassalam.



 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad