Al Fatihah buat abah Mama Yan - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, December 10, 2025

Al Fatihah buat abah Mama Yan

Semalam,
Pagi Mama Yan story kisah cermin kereta Iswara abah pecah…
Tengahari semalam Mak MY call, bagitau abah MY dah meninggal.
Terus MY call suami ajak balik Raub.
Memulakan perjalan pada pukul 2.30 petang dan sampai Raub pada pukul 7.35 malam.
Syukur alhamdulillah Mama Yan sempat mengucup jenazah arwah abah buat kali yang terakhir.
Sejuk dan harum abah berpakaian baru menuju negeri abadi.

Rabu minggu lepas,
Abah MY call,
 “Abah rasa teruk sangat dah jantung ni, 
kalau abah mati, kereta proton tu ambik balik.
Bawak balik ke Johor”
MY gelak gelak je… amenda jauh sangat fikir… 
Selama ni yang sakit kan mak Mama Yan.
Yang ulang alik hospital mak,
Yang makan ubat, cucuk ubat semua mak.
Yang berkerusi roda pun mak.
Abah, masih gagah angkat getah beku.
Abah, masih gagah angkat kerusi roda mak,
Abah, masih gagah tolak kerusi roda mak setiap kali temujanji horpital. 
Rasa tak percaya pula abah yang zahirnya nampak sihat akan pergi dahulu.

Ni gambar arwah abah masa masih menjawat jawatan dalam kerajaan. 
Kalau tak silap abah berpencen kerajaan sekitar tahun 1998.
Kemudiannya abah meneruskan perkhidmatan bersama Alam Flora Sdn Bhd.

Ni pula gambar masa arwah abah MY mencuba kurta kiriman MY untuk hari raya 2024,
Kucing memang tak tinggal ye..

Ni pula gambar rumah baru arwah abah.
Selesai urusan kebumi sekitar jam 9 malam.
Balik tu terus uruskan makan minum dan mandi mak pula.
Masa abah meninggal, 
Abah dan mak belum sempat makan.

Sepanjang perjalanan dari Johor ke Pahang pun MY tak rasa lapar.
Selesai aje pengebumian abah,
Terus berbunyi bunyi perut MY minta diisi.
Bukan MY aje.. 
mak pun, pakcik MY pun. 
Selagi belum selesai, semua tak rasa lapar

Ya Allah Ya Tuhanku, 
ampunilah dosa bapaku, 
lapangkan kuburnya dan tempatkan dia di kalangan hamba-hamba-Mu yang beriman. 
Aminnn…









 

1 comment:

  1. Innalillahiwainnalillahirajiun

    Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aamiin.

    Semoga ALLAH ampuni dosanya. Semoga dia dijauhkan dari azab kubur dan api neraka. Semoga ALLAH terangkan kuburnya dan semoga ditempatkan di kalangan para syuhada dan ditempatkan di dalam syurga Firdaus.

    Salam Takziah. Semoga dipermudahkan urusan. AlFatihah

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad