Tak sedar dah seminggu dah abah MY meninggal dunia,
Mama Yan dah balik Johor hari Khamis minggu lepas.
Terpaksa balik tinggalkan mak dan adik MY kat kampung sebab tanggungjawab MY di sini.
Ucid dan Sarah belum habis peperiksaan akhir sekolah agama.
Hari Sabtu lepas anak anak ada Hari Anugerah Kecemerlangan.
sekarang adik MY kat kampung tengah settlekan urusan bank arwah abah.
Mama Yan tolong isikan borang untuk pencen terbitan dan bantuan mengurus jenazah Kumpulan Wang Persaraan (KWAP),
pagi tadi dah poskan pada adik di Pahang untuk urusan seterusnya.
Nanti adik bawa mak pergi angkat sumpah dan fotokopi salinan dokumen.
Minggu depan MY balik kampung bawa borang borang tu untuk dihantar ke Ibu pejabat Kumpulan Wang Persaraan, Cyberjaya.
Ni lauk gulai lemak daging malam tahlil tu.
Banyak lebih sebab masjid ada buat program ceramah,
Jadi tak ramai orang masjid yang dapat datang.
Dah suruh panaskan lauk ni,
Tapi entahlah macam mana gaya buat kerja.
Basi seperiuk ni.
Takkan nak marah pulak kann..
Kang orang kata tak ikhlas pula.
Dah la abah baru meninggal.
Diam aje la.
Kita mengemas,
kita layan tetamu,
Kita memasak,
Suruh buat benda senang senang pun tak boleh buat dengan elok.
hari raya pun sama juga,
Duduk aje melepak tengok TV dan borak borak.
Sebab tu suami MY tak bagi masak masak untuk kenduri tahlil.
Suami MY kata nanti awak sorang aje yang tunggang langgang kat dapur tu.
Kita order je senang,
Dah order, minta panaskan lauk pun tak pandai.
Oh ya..! Pasal kereta abah tu kan...
kami semua dah tahu siapa punya dengki khianat.
Tapi sebelum abah meninggal,
Abah dah hantar repair dulu cermin kereta tu.
Kami diam-diam aje...
Abah pun dah tahu siapa yang buat,
Tapi diam aje sebab taknak gaduh gaduh..
Cuma... harapp-harap yang buat khianat tu,
hiduplah dalam penyesalan ye...
Tuan punya kereta dah takde kalau nak minta maaf.
Sekian,
wassalam

No comments:
Post a Comment
Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)