Minggu lepas MY dan suami bawa anak anak keluar makan.
Sekali pergi hantar barang si abang.
Dia nak blazer la, kasut kilat la...
Nak jamuan akhir tahun,
kena pakai suit atau blazer.
Kena la hantarkan pakaian dia.
Alang-alang tu,
bawalah outing sekali.
Anak anak nak makan nasi Arab,
Mula mula kami pergi Zaituna. Tapi penuh..
So keluar balik cari tempat lain.
Jumpa kedai nasi Arab Al barakah Fusion Restaurant ni di Google.
Terletak di bangunan yang sama dengan Hotel Avenue M.
Tapi kami yang oldies ni masih lagi menyebut Hotel M.Suite.
Ni Chocolete Ice-blended adik Mijan.
Bukan dia suka sangat pun air ni,
Tapi air coklat biasa takde.
Sudahnya abang abang dia yang habiskan.
Mama Yan tak ambil semua gambar food.
Sebab adik Mijan guna handphone MY.
Ni nasi Chicken Mandy.
Ucid makan nasi ni.
Suami Mama Yan makan Lamb Mandy..
Ucid bagi ayamnya separuh kat Mijan.
Ucid memang jarang la tak habiskan makanan.
Malahan makanan orang sebelah pun dia jeling kalau dia punya dah habis.
Ni pulak lamb kebab.
Mama Yan dan abang ambil set ni.
Rasa biasa biasa aje.
Apasal entah Mama Yan ambil set ni.
Sudahnya Ucid yang habiskan lamb tu.
Yang ni pula kononnya orderkan untuk Mijan.
Ayam goreng apa entah namanya.
Tak ingat dah apa nama entah menunya.
Suami MY tak ingat letak kat mana resitnya.
Siap pakai jaket kat luar t shirt sekolah.
Punyalah taknak orang nampak tshirt sekolah dia tu.
Ni adik Mijan ambilkan gambar mama dia.
yelah dah dia hijack handphone mama,
dialah yang jadi jurukameranya.
Total pengorbanan suami Mama Yan untuk memastikan isteri dan anak anak tidak kelaparan adalah sekitar RM380,
Tak ingat exact price sebab resitnya dah hilang.
Pada Mama Yan nasi arab kat sini tak selembut yang kat Wadihana tu.
Agak dry sikit.
Tapi menu kat sini banyak betul.
Siap ada Indian Cuisine sekali.
Cuma yang Mama Yan order ni je tak kena selera MY pada hari tu agaknya.
tapi kat sini, servis dan suasananya memang terasa 'ada-ada'..
Maklumlah.. sebelah hotel.
Lepas siap makan,
kami semua pergi ke Angsana Mall pula.
Macam biasalah.. selagi tak dapat naik train..
Dia akan buat laku tak ketahuan hala.
bawa jugalah naik train kat Angsana ni...
Bila ajak bergambar buat mimik muka entah apa..
Aiiihhhh... geram aje budak seketul ni.
Lepas tu, kami pun menunggu Aril dan ayahnya mencari baju untuk jamuan Aril.
Lama bukan main.
Dah tu.. gemuk.
Sebab tu lah susah nak cari baju yang kena saiz.
Sambil menunggu Aril dapat jumpa baju yang sesuai,
Mama Yan sempat belikan baju sekolah Sarah dan Mijan.
Beli awal sikit pun takpe untuk sarah dan Mijan.
Diorang jenis badan susah nak naik.
Okaylah...
Nanti kita teruskan lagi pencarian nasi Arab yang lain.
sekian wassalam
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)

Cantik jugak Mijan ambilkan gambar emaknya... boleh di asah bakatnya tu MY hehehe. Banyak jugak nasi tu boleh abis Ucid tu ya. Ooooo tukar nama dh ye hotel m suite tu... punya la dh lama tinggalkan skudai kalau jln sana mesti sesat
ReplyDeleteKalau dry memang akan jadi kurang menarik.. Pelbagai juga menu dia ya..
ReplyDeletesesekali keluar ye. mmg banyak la yg kena keluar ye.
ReplyDeleteNak guna hp kena la jadi kameraman kan. Anak2 Cie selalu gitu jugak. Mereka suka guna hp Cie snap gambar.
ReplyDeleteJarang² nmpk si abang ni, hensem orangnya :)
ReplyDeleteMakanan Arab gitulah... Dgn kita ramai askar lagi kan...
Pandai Mijan amikkan gambar mama dia...nasi Mandy Chicken tu nampak sedap
ReplyDeleteBoleh tahan harga ya, makan makanan arab ni. Tapi besor betul portion nasi. Macam boleh share makan dua orang.
ReplyDeleteKalau dah makan di resto arab, memang tak akan bisalah murah, tapi selalunya porsi mereka besar, jadi sesuai kalau nak makan sekeluarga atau ramai2.
ReplyDeleteTertarik pula saya lihat kebab nya kak 😄