Alhamdulillah...
Dah selamat dah Ucid bersunat.
Lega rasanya.
Tapi Ucid pakai teknik clamp.
Terima kasih doktor Klinik Medirra Pekan Nanas.
Siap dapat sijil penyertaan ya.
Masa booking Mama Yan book bersunat secara laser.
Masa prosedur dijalankan,
Doktor kata Ucid kena guna clamp.
Adalah sebab-sebab panjang lebar yang diberikan.
Okay tak kisah..
Asalkan selamat.
Teknik clamp ni, selepas 5 hingga 7 hari,
Kena datang lagi sekali ke klinik untuk buka clamp tu.
Selain dapat sijil,
Dapat juga set alat tulis ni.
Bagus betul klinik ni.
Suami Mama Yan pun puji beria doktor Klinik Medirra ni.
Sangat selesa.
Langsung tak macam doktor yang sunatkan Abang, Moq dan Aril dulu dulu.
Zaman abang abang Mama Yan dulu,
Sunat buat kat rumah,
Siap ada majlis kenduri doa selamat.
Kemudian panggil Tok Mudim.
Selain Abang Mama Yan dua orang,
sepupu dan dua pupu kami pun sertai sekali.
Zaman sekarang tak sama...
Tapi Mama Yan memang takkan hantar anak anak sertai acara khatan beramai-ramai.
Entahlah..
paranoid agaknya.
Terbayangkan kalau doktor dah penat,
panas, tak selesa...
Nanti tersalah buat pulak... Macam mana?
Over thinking kann...
Mijan je sorang belum settle.
Tunggu besar sikit lagi.
Dan mungkin kena full bius la kut.
Takpe.. tu kita fikir kemudian nanti.
Harap harap dah takde drama lah masa nak buka clamp nanti...
hahaha...
Sekian wassalam

.jpeg)
.jpeg)
Alhamdulillah..Tahniah buat Ucid.
ReplyDeleteMoga cepat sembuh ya.
Ada asasnya apa yang Yan risaukan tu - khatan beramai-ramai. Lagipun lebih selesa dan privasi buat sendiri gini.