Sarapan Pagi di Restoran Hua Mui Cawangan Taman Universiti Skudai - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, December 4, 2025

Sarapan Pagi di Restoran Hua Mui Cawangan Taman Universiti Skudai

Hari Isnin lepas,
Mama Yan naik pejabat sekejap.
Ada benda nak urus.
Lagipun MY nak ke Klinik Theesan Taman Universiti.
Lepas pergi klinik, 
Suami MY bawa pergi sarapan di Restoran Hua Mui yang baru dibuka di Taman Universiti, Skudai.
Restoran Hua Mui ni macam kopitiam Old Town White Coffee la konsep dia.
Kat Bandaraya JB memang sangat terkenal,
MY pernah pergi sekali sekitar tahun 2010 yang kat JB tu.
Masa tu pejabat tempat Mama Yan kerja terletak di Danga Bay,
Jadi memang tak berapa jauh la kalau sesekali nak makan kat bandar JB.

Menu masih dalam buku,
Tapi nak order pakai qr code yang kemudiannya link ke web order


Mama Yan order nasi Lemak dengan kari ayam.
Nasi lemak dia rasa biasa biasa aje.
Cuma kuantiti atau porsinya agak banyaklah.
memang semput MY nak habiskan.


Sambal dia sedap tapi sikit nau.
Mungkin boleh tambah tapi MY tak minta tambah pun sebab ada lauk kari.
Lengkaplah dengan kacang tanah, ikan bilis timun semua...


Kari dia tengok rupa pun dah tahu tak sedap.
dah tu gatal order kari kat kopitiam,
Memang tak kena.
Kalau rasa nak makan kari,
Patutnya pergi restoran mamak.
Kopitiam ni lepak lepak makan roti bakar aje...


Suami MY order mi goreng mamak style.
Dia kata sedap.
Mama Yan rasa.. eh not bad.
takla teruk sangat kopitiam menggoreng mi.


Mama Yan dah siap makan dah sebab makanan MY sampai awal.
Mi goreng suami MY sampai lambat sikit.
Sementara menunggu suami siap makan,
Kita selfie la dulu beberapa keping.
Selfie banyak banyak nanti senang nak pilih gambar yang elok sikit nak letak kat media sosial dan blog.
Garis penuaan dah jelas ketara ye..
Tak mengapalah...
bangga menua dengan bahagia.

Kami duduk meja luar sebab kat dalam dah penuh.
masa kami tengah makan,
Ramai lagi orang yang datang lepas kami beratur takde meja.
Wahh... Hua Mui ni memang famous la kut sebab semua kaum berpusu pusu datang.
Tak tau sebab baru buka kat Taman U atau kat JB pun ramai macam ni selalu.

Ok lain kali boleh boleh cuba menu lain pula.
But no more nasi lemak lauk kari lagi dah.
ora enak..

Oklah see you next entry,
Wassalam.










 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad