Monday, January 7, 2019

Pantang Larang Seorang Abah

Lelaki pertama di hati dan selamanya di jiwa
*susah nak bergambar

Abah Mama Yan memang penuh dengan pantang larang dan petua.
Biasalah... orang lama kan...
Pantang larang paling banyak waktu berdepan dengan rezeki.
Macam macam ada...
Hahaha

Antara yang masih diingati dan ada yang dipatuhi hingga kini adalah:-

1. Jangan goyang2 kaki atau ketik2 kaki waktu makan.
Takde alasan..tp tak baik je katanya

2. Jangan makan berbunyi / memecap. Bunyi waktu makan chuk chak chuk chak tu.



3. Of kos la jangan makan kat tempat tidur, jangan makan sambil baring ataupun meniarap.
Walaupun sekadar makan kacang2 ke..kuaci ke..
Walaupun dalam pantang bersalin,
tetap kena duduk makan kat dapur/ruang makan.

4. Waktu makan jangan tongkat dagu/ tongkat kepala/ tongkat siku semua tu.
Pantang betul. Ada yang kena ketuk nanti.
"Suruh makan pun malas, apalagi suruh bekerja"

5. Jangan bermain main waktu makan.
Kalau nak suap nasi tu, nasi kat tangan jangan ditimbang timbang.
Nanti nasi merajuk...disamakan dengan batu seremban.

6. Jangan menyanyi /bersiul depan makanan. Takde sebab spesifik...
Cuma macam takde adab je.

7. Makan jangan berpindah randah.
Nanti kawen cerai kawen cerai, anak bersepah macam nasi ko juga.
Duduk setempat sampai habis makan dan kemas.

8. Jangan sesekali makan bertatang.
Maksudnya jangan tatang pinggan nasi kita tu.
Takut nanti anak mati masa kecik.
Ajal maut kan di tangan Allah
Yang sebenarnya...kalau ditatang sebelah tangan kan mudah tumpah..mudah jatuh...



9. Jangan habiskan beras dalam tong beras tu.
Letak barang makanan yang kering dalam bekas beras supaya beras tak putus.
Dlm erti kata lain tak putus rezeki,
Sebab beras kan simbolik rezeki...
Kena letak lada kering ke, kulit kayu manis ke...
Sebenarnya...
Tak bg beras bau hapak dan tak bagi bubuk berkunjung dlm tong beras kita.
Tapi yang ni Mama Yan dan suami follow.
Agak2 beras nak habis, terus gi beli.
Kalau tgh kesempitan,
Agak2 beras nak habis...
Masaklah bubur dulu ye...

Pakai Rice Smart. Boleh nampak beras nak habis. ada indicator...hahaha
Tapi harga dia, boleh beli 6 kampit beras 10kg.


10. Lepas makan basuh mulut bersih2 dan lap.
Jangan ada tinggal sisa nasi kat pipi,
Nanti menikah dengan janda/duda dan ber anak tiri.
Hahaha..sebab yang ni tokleh pakai langsung.
Padahal, kot kang tidur dengan mulut comot,
Ada yang kena hurung dengan semut / lipas karang.

11. Lepas makan terus basuh tangan.
Jangan biar makanan kering kat tangan.
Nanti mak mertua tak sayang katanya.

12. Lepas makan, letak air sikit dalam pinggan.
Jangan biar kering..
Supaya rezeki tak putus.
Mama Yan rasa..lebih pd nak mudahkan orang yang basuh pinggan.

13. Jangan cekut lauk pakai jari...mesti pakai sudu.
Nanti lauk cepat basi.

14. Lepas makan tak boleh baring..apalagi tido.
Nanti makanan naik semula kat leher.
Boleh jadi beguk.
Kah kah kah....
Fatwa pantang abah koi ni kadang2...
Menggelikan hati.
Tapi...
Memang la tak molek lepas makan terus baring baring
Tapi itulah yang paling sedap dibuat.

15. Tiup makanan.
Abah memang tak suka anak anaknya tiup air atau makanan panas.
Kalau air panas, Dituangkan air dari cawan ke dalam piring bagi cepat sejuk...
Ataupun buat macam teh tarik.
Kalau makanan panas...dicarik carik atau digunting gunting...
Potongan yang kecil lebih cepat sejuk.
Tapi bukanlah tak boleh tiup langsung...
Tiup sikit sikit slow slow tu boleh...
Tiup sampai mercik ailio tu yang bakal kena tengkuh tu...
Hahaha...
Ni ayat keramat yang bakal menyumbat telinga kalau tiup makanan sambil mengomel makanan tu panas
"Panas...panas!! Panas lagi mencarinya tahu?"

"Apabila kalian (sedang) minum, 
maka jangan bernapas di dalam gelas, dan saat membuang hajat, maka jangan sentuh kemaluan menggunakan tangan kanan. - Hadis Riwayat Bukhori



********
Sekianlah 15 pantang larang seorang abah.
Sebenarnya banyak lagi...
Tapi kita fokus tang pantang larang berkaitan hidangan dan makanan aje..
Mungkin lepas ni boleh tulis pasal pantang larang lain pula.

Pantang larang ni biasanya bersebab dan banyak berkaitan dengan adab, tapi...
nak takut-takutkan anak lebih sikit..
tu yang alasannya jadi sedikit tak masuk akal bila dah dewasa ni.
Masa kecik percaya aje..
bila besar gelak ajelah bila ingat balik.
hahahadoii...
Tapi...tak kisah la berapa banyak pantang larang sekalipun..
"we love you abah"


Sekian, wassalam







8 comments:

shalimar yusof said...

kebanyakannya bagus diamalkan..ada antaranya memang suruhan agama kan..

Amanda Suria said...

Walaupun kedengaran macam tak logik tapi tetap mak ayah kita amalkan ye tak..sebenarnya lebih kepada menjaga adab supaya pergi rumah orang atau rumah mertua takde la terlepas laku kan...mereka lebih takut orang akan mengata mak ayah tak ajar anak- anak...

Nor Azimah said...

Adat dan adab berjalan seiringan, mana adat yg baik boleh dikekalkan betul tak. Yg akk ingat org tua pesan kalo makan jgn tatang pinggan, nnt suami kira diambil orang, haha. Padahal supaya kita ddk makan setempat jer, takdela sepah sana-sini kan, lagipun dulu2 kita makan duk bersila je kan

norhidana miswan said...

sya pun biasa dgr pantang larang ni kak, kadang tu betul apa org tua ckp, cuma akibatnya tu kadang pelik2, kadang ada maksud tersirat atau maksud lain...

bg dana selagi tak memudaratkan or menyusahkan tak salah kita ikut kn

AzianKhalil said...

selagi tak menyalahi agama .. ok je nak amalkan.

AzianKhalil said...

tapi tu la...alasannya karut sungguh. bila dah besar dan boleh guna akal, kita sendiri faham kenapa adanya larangan dr nenek moyang kita dulu. semuanya berkaitan dgn adab

AzianKhalil said...

betul kak...takut perangai tak senonoh terbawa bawa ke rumah orang. paling bahaya rumah bakal mertua..hihihih

AzianKhalil said...

aah..macam tiup makanan/minuman tu...

Post Terhangat