Monday, May 27, 2019

Throwback : Tragedi anak jiran mengamuk raya 2016

Dekat dekat nak raya ni...
tiba-tiba ter'flash back' pulak kenangan 3 tahun lepas.
Raya puasa tahun 2016.
Memang mendatangkan sedikit trauma la dalam keluarga..
Mujur takde kehilangan nyawa..

Kisahnya,
bila abah dan adik bongsu Mama Yan diserang anak jiran..
Beberapa bulan sebelum dengan beraninya dia menyerang,
memang kerap dia membaling objek ke dalam pagar rumah kami..
Tapi, kami abaikan..
Yelah..anak jiran kott..
Adik selalu whatsapp gambar gambar hasil dia baling membaling objek ke rumah kami...
Tapi setakat baling objek takkan kami nak buat report kannnn...

Mak dan abah pula,
banyak berada di bahagian dapur rumah. 
Pintu depan selalu tutup..
Jadinya objek yang dibaling budak tu,
taklah mengenai mak atau abah..
cuma merosakkan sikit sikit la bahagian depan rumah..
alah...sikit je...

Lepas tu ada sekali tu,
tak semena mena datang tumbuk adik bongsu Mama Yan yang tengah duduk atas motor bersembang dengan jiran lagi sebelah.
Tanpa sebab dan alasan,
tergolek la adik, sebab tak bersedia..
Ye la...jiran sebelah datang masuk pagar...
Biasalah...bukannya tak kenal
Ingatkan nak join sembang...rupanyaaa...
tapi masa tumbuk kali pertama ni...
Tiada laporan polis dibuat sebab mak dia datang minta maaf.

Grill tingkap kemek sikit kena baling batu

Koleksi batu bata yang budak tu baling

Frame pintu terkena kesan balingan

Batu bata lagi

bateri motor pun ada ye...

safety boot pun boleh. 


Batu batu pelbagai jenis.
Adik kumpul2 dekat setengah baldi jugak la

Meter TNB pecah. dah report TNB dan dah lama ganti baru

Kemuncaknya,
Lagi dua hari nak raya...
Abah tengah kat dapur dengan mak..
Adik ada kat ruang tengah rumah..
Tiba-tiba je anak jiran sebelah rumah datang menyerang..
Dengan keadaan pintu rumah berkunci,
Dia turun kereta dan terajang pagar, terajang pintu rumah...

masuk rumah dan terus mengamuk
Mujurlah dia mengamuk tanpa membawa senjata..
kalau tak, pastinya hari raya tahun itu tiada rendang buat kami,,
tapi digantikan dengan gulai nangka, ikan masin.

Masa kejadian tu berlaku,
mama yan masih ada di Johor.
Plan nak balik malam malam sikit,
tapi dah jadi macam tu,
lepas je berbuka terus bertolak balik raub.
Terlewat sikit sebab MY dah ada kat rumah mentua di Segamat,
Suami MY pulak otw dari JB...sebab dia ada kerja sikit masa tu. 
Suami sampai pun lagi beberapa minit sebelum berbuka..
Masa tu memang resah gelisah tak ketahuan jadinya
Dah la segala image yang adik whatsapp, asik loading aje..
Masa tu menyumpah la juga kampung suami yang ulu ceruk jin beronggeng tu..hahaha
Line tepon pun tenggelam timbul. 

Dah la masa tu, mak Mama Yan tak berapa sihat..
Mak menjerit minta tolong...
Mak sempat la pukul budak yang tengah serang abah tu dengan kaki kerusi yang patah tu...
tapi...apa sangatlah kederat mak yang memang tengah tak sihat tu...
Alhamdulillah, ada anak anak lelaki makcik depan rumah tu yang dah start cuti beraya 
Diorang la yang datang berlari menarik keluar budak yang menyerang tu.
Kalau diorang takde..entahla..tak berani nak cakap.

Malam tu, kakak kepada penyerang tu datang,
Memujuk abah supaya menarik semula laporan polis.
Kalau abah tarik semula laporan polis, 
Segala kerosakan yang adik dia lakukan..
dia akan bayar semula.

"Sorry Kak Esah, kami adik beradik tak hadap duit awak, kami boleh repair sendiri rumah orang tua kami. "

Hidup berjiran sejak tahun 1981 ye...
bukan satu jangka masa yang singkat.
Bukan jiran jauh...betul betul sebelah rumah.
berkongsi dinding berpuluh tahun...
Tapi bila kejadian macam tu terjadi,
Yang dia pentingkan...suruh tarik report polis pulak...

Sehingga kini,
motif serangan masih tidak diketahui.
Report polis dah dibuat...
tapi 3 tahun berlalu...tiada sebarang perbicaraan mahupun hukuman..
ke kesnya tak jalan...
tak tahulah..
apa bizi benor ke pulis de Raub teh?


Tiang pagar pun tumbang.
Hanat betul kontraktor ni buat tiang, takde besi. kena terajang tumbang

Bahagian kepala abah yang luka dan dijahit. Bahagian muka takyah tunjukklah. Sedih

Bahagian atas selak pintu terpelanting


Bahagian kunci pintu pecah

Pintu pecah. Kuat betul penerajang budak tu

Pagar roboh

Kerusi patah riuk. Mujur kerusi kayu getah, kalau kayu jati, harus la arwah 

keadaan selepas kejadian

darah abah 

Darah abah memenuhi lantai. ada lagi gambar abah mandi darah, tapi censored la untuk tatapan keluarga shj

kawasan kejadian
Keesokan harinya..
terus sahaja kami cari tukang yang boleh buat kerja repair secepat mungkin.
Pintu tukar baru..
Tambah sliding grill untuk keselamatan.
pagar yang roboh buat tiang besi je.

Selama ni...hidup kat rumah dalam taman kat bandar kecik tu aman damai je..
Jangan kata gril pintu,
Pagar pun kitorang tak pernah kunci.
Pintu terbuka luas dari pagi sampai maghrib,..
Lepas maghrib buka balik...
Sampai sebelum tidur baru la tutup pintu.

Tambah sliding grill. tapi kalau budak tu datang nak mengamuk lagi...mudah je kot dia tanggalkan grill ni.

Pasang balik pagar yang tumbang


Pakai tiang besi je.
dah 3 tahun berlalu,
rumah sebelah tu pun terbiar sunyi dan berhabuk.
takde orang tinggal di situ lagi dah...
Anak anaknya dah bawa maknya dan budak tu tinggal luar daerah.
Tak tahu kat rumah anak yang mana satu...

Sesekali bila teringat..rasa sedih..
Hubungan dengan jiran rumah teres ni ..
Bukan biasa biasa...
Saling bertukar juadah berbuka puasa, hidangan raya, 
Apa saja rezeki lebih, pasti dikongsi bersama.
Kalau hari hujan, saling tolong angkat kan jemuran.
Kalau masa sahur rumah sebelah senyap je..saling mengejutkan..
melaung la dari tembok sekerat tu
Saling bantu membantu...
Pinjam bawang, pinjam asam jawa..hahaha..
kalau kenduri kendara..
semua peralatan dikongsi bersama...
masing2 bawak blender, bawa mesin kelapa,..
Sekarang dah tak macam dulu lagi dah...
ralat juga rasa..
Tapi untuk tarik balik report...
kami tak izinkan abah.



Nota kaki : Kami masih berjaga-jaga

Saturday, May 25, 2019

Shopping kuih raya is done~

Budak kembar yang tak rupa kembar

Semalam...
Pagi pukul 9.30 Mama Yan dah gegar husband ajak pergi Angsan cari kuih raya...
Kakak ipar MY yang nak beli kuih kat Angsana...
Kitorang layanzz je...
Semua sekali pergi...
Pergi pagi-pagi orang belum ramai...
Tapi kedai pun baru nak tarik roller shutter...hahaha

Lepas tu...naik tingkat 1 dulu..
Cari selipar raya budak kembar ni...
Yang lain semua taknak selipar baru...
Elok lagi katanya.

Lepas turun dari tempat beli selipar...
Cik Sarah pun terus buat perangai...
Merajuk tak tentu pasal.
Haishhh...pening dengan anak pompuan sorang ni.

Lepas tu cari kuih raya...
Dah macam lautan kuih raya kat Angsana...
Banyak betul!
Mama Yan pun terbeli tiga balang...
Macarons, meringue cookies dgn lagi satu ntah apa namanya...
Dalam tat shell tu ada isi coklat.
Semua anak anak bujang yang minta...

Kakak ipar?
Rambang mata...
Bahulu 3 box,
Kuih goyang,/ kuih ros dua balang..
Beraneka biskut raya lagi ada 5 balang...hahaha
Sakan.
Raya sebelum ni tak pernah bawak ke Angsana...
Asik mengelak aje bila ajak jalan.
Kali ni dia sendiri yang teringin nak pergi lepas tengok rancangan apa ntah kat tv..
Ada siaran tunjuk kemeriahan jualan raya kat Angsana.

Tapi masa kitorang pergi tu...
Bahulu yabg dia nak tu...tengah buat lagi...
Orang kedai tengah bakar...
Sanggup tunggu tu...
Sebab nak yang fresh from the oven...
Takut bahulu lama...tak tahan lama pulak nnt
Layanzzz...

Sementara menunggu bahulu siap dibakar,
Memang penat la menunggu...
Puas mengejar anak anak...
Nak nak yang paling lecik..
Baru dapat kaki kan...
Memang seronok la dia berlari lari...
Mamajya la yang semput mengejar.

Letih tanya sarah nak apa...kenapa...
Rupanya...dia nak terus pakai kasut raya dia...
Tu yang buatvmuka tu...
Hmm..pakaila sarah...pakai.
Dasar fomfuan...kuat melaram.
Lepas dah dapat pakai kasut baru...
Terus mood jadi elok...
Senyun sampai telinga...
*facepalm* mama

Dah settle bahulu...terus balik...
Sempat la belikan munchkin Dunkin Donut sbb anak anak kecik ni semua dah merengek lapar...

Masa kitorang sampai Angsana tu, ada lah kereta dalam 10 biji...
Masa kitorang keluar nak balik...
Hah engkau...
Dah melaut kereta parking...
Perghh....
Raya...raya...raya...

Nota kaki : Update entry dari dalam bas ekspress Segamat - JB. Please abaikan typo

Friday, May 24, 2019

Keistimewaan Wanita Yang Allah Kurniakan Rahim


Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang manusia'. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya. 
Cuti bersalin juga antara 14-60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga
habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.

Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan juga tidak derhaka kepada suaminya... 


Nota kaki : Entry ini di'copy-paste' dari emel lama. Tiada kredit kerana tidak tahu sumbernya

Thursday, May 23, 2019

Tudung Bawal Nama

Rasanya...kalau hasil kerja sebegini..
belum sesuai untuk ambil tempahan.
Kena banyak belajar lagi ni...
Kalau macam ni...
Nangis customer,
confirm berada di lipatan paling bawah laci tudung...hehehe



Mama Yan tak minat pulak tudung bawal penuh batu ni...
Sikit sikit oklah.
Kite bukannya mak datin...
nak pakai tudung merelip merelap...
Kalau beli untuk apa apa function...mesti pakai sekali tu aje...
Lepas tu...dah segan nak pakai.
bawal batu tabur memang Mama Yan suka sangat...
tapi kalau Bawal Exclusive...batu taburnya seto'et aje pun dah RM98.. ☺☺
Cukuplah selai buat ada ada...hihihi


Wednesday, May 22, 2019

Wordless Wednesday : Sulaman Kiswah Kaabah













Sanding 5 kali Siang Ikan pun Tak Reti



Nasib baik Mama Yan tak sanding 5 kali...sanding sekali je...
Jadinya kalau sanding sekali tak reti siang ikan takpe la kannn....kann

Tapi Mama Yan dari sekolah menengah rendah macam tu dah pandai siang ikan.
Sebab, abah Mama Yan hari hari memancing untuk cari lauk untuk makan malam keluarga.
Tiap kali abah balik memancing, memang Mama Yan la yang jadi tukang siang.
Tapi dengan syarat, ikan yang bersisik aje lah.
Sampai sekarang pun... Mama Yan hanya akan siang ikan yang bersisik.
Ikan yang jenis jenis 'catfish' memang Mama Yan menolak untuk siang.

Banyak pulak songehnya kan...pilih pilih ikan. Ye..nak buat macam mana... ia adalah sejenis fobia agaknya...hahaha.
Memegang ikan yang licin permukaan badannya seperti ikan keli, belut dan ikan sembilang buat Mama Yan merinding dari hujung rambut sampai hujung kaki


Merinding tu macam ni la..berdiri bulu roma kata orang Melayu. 

Zaman sekarang tak payah susah susah. Kat pasar ada servis siang ikan. Order ikan, bayar...
"kak, nanti saya datang balik ye".
Lepas tu, pergi la gerai jual sayur pula...lepas tu datang balik ambil ikan tadi.
Balik tinggal nak cuci bersih, masuk bekas, masuk fridge.
Tapi, Mama Yan memang takkan beli ikan keli sendiri.
Kalau suami teringin nak makan, dia la yang beli dan bersihkan.
Mama Yan nanti tinggal nak masak je. Tu pun pegang guna penyepit makanan atau senduk.
Memang tak la nak pegang, bila pegang je, meremang bulu tengkok, bulu roma semua.
Disertai rasa nak muntah...hahaha dasyat tak?
Memang geli betul betul...pernah juga try nak pegang dengan sarungkan tangan pakai plastik. Ingatkan kalau macam tu ok, tapi tak bolehla...perasaan tu tetap datang juga.
Terbayang kelicinan dan kelembekan tubuh badan ikan tu.
Kalau yang hidup...lagi la tak boleh nak pegang..sorry..lari dulu.

Tapi kalau dah siap masak...Mama Yan makan aje..hahaha...
Itupun baru baru ni je la makan.
dulu dulu tak makan pun...lagi satu syaratnya..yang digoreng sahaja.

Masa Mama Yan anak dara dulu...Mak memang ajar cara cara siang ikan, siang ayam, siang sotong, sayur semua tu.
Walaupun waktu belajar duduk asrama, tapi bila balik cuti sem, memang pulun la belajar buat kerja rumah dan kerja dapur.
Jangan la langsung tak ambil peduli sampai nak kopek kulit bawang pun Google nak kopek sampai lapisan ke berapa. Sup bunjut pun dikata uncang sihir. ahh..rabannn....






Nota kaki : Mama Yan kahwin masa umur 24 tahun.



Tuesday, May 21, 2019

Hadiah Raya untuk Staf...

Assalamualaikum kepada yang membaca atau terbaca...
Tulis kat sini la...
segan nak up kat Facebook.

Hari tu pening nak bagi apa kat staf sebenarnya...
Ingat nak bagi telekung, tapi last year macam dah bagi..
Hari raya tahun lepas Mama Yan cuma bagi duit raya dan kuih raya macam kat bawah tu je...
Tu pun sama je dengan semua supplier dan sub kontraktor.
dua balang kecil kuih raya..
biskut Red Velvet dan biskut Chocolat rice..
Order kat mama kerani ofis Mama Yan ni...hahaha
Tapi untuk dia Mama Yan kasi biskut lain la..
Buat sendiri lagi...




Fikir fikir Mama Yan pun beli la tupperware macam kat bawah ni..
Beli 2 karton terus,
boleh la bahagi bahagi dengan adik beradik dan staf..
Staf Mama Yan tiga orang je ...hahaha..
Boleh je nak bagi yang grand grand sikit...
Tapi suami lebih suka bagi bonus raya..
ye la...
Orang lelaki dengan orang perempuan kat pemikirannya berbeza..
Dia kata elok la bagi duit...
Dari duit tu mungkin diorang nak bayar zakat fitrah...
diorang nak bagi duit raya kat mak bapak...
diorang nak buat tambang balik kampung...
mengalir kat kita juga sahamnya...
daripada bagi tupperware..nanti masing2 susun dalam kabinet...
hahaha..


Oklah...bonus tu...nanti last minute kita fikirkan berapa $$$ nya..
Hadiah tupperware tetap onzz..
Lepas fikir hadiah..fikir nak cuti raya berapa hari pulak.
hadoihh...
Mama yan ni memang suka melebih-lebih...
Pada suami Mama Yan...alah..kecik punya hal lahhh...
Tapi isteri dan anak anak diorang mesti ternanti nanti...
berapa hari cuti kann...

so plannya...macam kat bawah ni la..
dah draft..tp belum bincang lagi dengan suami Mama Yan..



Kaabah

"KAABA"
The Kaa'ba is covered by a black cloth known as 'Kiswa', which is produced & changed every year. Special factory designed for the making of Kiswa in Makkah. It costs approx. SR 17 million. The cloth is made of 670 kgs of silver dyed black, about 120 kgs of pure gold & 50 kgs of silver used in writing the Qur'anic verses over the cloth. The total area of the cloth is 658 sqr meter.









Jumpa ni dalam emel ...
tepek sini la...
emel sampai beribu ribu sejak tahun 2005
so nak clear sikit.



Klik! Klik!

Post Terhangat