Thursday, May 9, 2019

Resepi Pucuk Ubi

Aktiviti petang cuti hujung minggu lepas...
Sebelum bermulanya Ramadan..
kita bersihkan la habuk habuk, sawang-sawang dan rumput rampai sekitar rumah
So, beramai-ramai la turun padang...
Tolong mama cabut rumput kat belakang rumah.
Kalau tak ramai yang tolong,
Sebenarnya kerja jadi lagi cepat...
Kalau ramai ramai askar turun padang,
Kerja yang nak cepat makin jadi lambat..haha
Sibuk nak kawal diorang...

"Mama sha nak gunting juga"
"Mama ucid nak cangkul, ucid kan hang kebun..cangkul pun cangkul lah"
"Mama ayi nak tolong juga"
"Mama nak siram pokok"
"Mama nak itu..nak ini..."
Waduh waduh waduh....
Udah la laman belakang tu sekangkang kera...
Lagi nak bersesak sesak ramai ramai ...

Menolongnya tak seberapa...
Kecoh aje yang lebih...
Sambil cabut rumput,
Tanam juga anak pokok pandan yang ambik kat kampung semalamnya. 
Lepas tu, petik pucuk ubi sekali.
Pucuk ubi ni kena petik selalu selalu...
Kalau lama tak petik...
Nanti pokok nya jadi kurus tinggi macam Mama Yan masa zaman anak dara...
Kalau petik selalu, jadi Mama Yan sekarang...
Subur mengembang merendang


Laman belakang rumah teres, jadila...
Ada rezeki nanti nak extend sikit dapur tu.

Hari tu, suami ada beli jantung pisang.
Tapi comel benar. Boleh la joinkan dengan pucuk ubi yang baru petik ni dengan jantung pisang..muai sikit

Moh tengok cara MY masak. 
Kalau pelik tengok aturan masaknya caca marba...
Mohon maafla ye....
Kita budak baru belajar.
Masak pucuk ubi aje pun macam berperang.
Nak ambil gambar pun tak hengattt...

Resepi Pucuk Ubi Tumis Pedas


Bahan bahannya:

1 cekak pucuk ubi
1 biji jantung pisang bersaiz kecil
1 biji bawang merah saiz sederhana - tumbuk
2 ulas bawang putih  - tumbuk
10 biji cili padi - tumbuk
Sejemput ikan bilis sebagai penambah perisa - tumbuk
2 tangkai lada besar - hiris
Minyak untuk menumis
Garam
Air

Cara caranya:


1. Asingkan pucuk ubi dari tangkai. Celur dengan sedikit garam.

2. Siang jantung pisang. Ambil bahagian yang lembut dan berwarna putih sahaja. Kulit jantung yang merah merah...yang keras keras...yang kerang kerang tu tak mau. Racik halus dan rendam dalam air garam seketika. 

3. Tumbukkan bawang, bawang putih, cili padi dan ikan bilis.

4. Selepas pucuk ubi dicelur, angkat dan toskan. Kemudian racik racik sedikit pucuk ubi yang dah dicelur. Tak payah halus macam bunga rampai pulak. Agak agaklah supaya senang di gaul dalam kuali nanti. Makan pun senang.

5. Tumis bahan bahan yang ditumbuk sehingga garing. 

6. Masukkan jantung pisang dan lada hiris. Kacau sehingga jantung agak lembut.

7. Masukkan pula pucuk ubi.

8. Tuangkan sedikit air dan letak sedikit garam. Kacau lah sehingga kedua dua jenis sayuran itu betul betul mesra dan kering.

9. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

10. Ambil gambar dan bolehlah di muat naik kan ke mana mana media sosial.




Mama Yan sebenarnya...baru je pandai makan jantung pisang
Masa kecik kecik dulu...
Mak abah kat Raub selalu celur je jantung pisang tu...
Kemudian...makan dengan sambal.
Baru sekarang la jumpa masak tumis la...sayur lemak la...
Patutla MY makin gemuk sekarang...
Dah pandai makan macam macam rupanya...
Dulu picky eater tahap superpower.
Sekarang...dah berani la nak cuba2...
Cuma bawang je...bila tergigit...
Terus berair biji mata...nak termuntah.
Maka....MY membuat undang undang...
Bawang di rumah ini wajiblah ditumbuk atau dikisar.

Okaylah...selamat mencuba sebagai lauk berbuka puasa...
Wassalam..

3 comments:

Fuzy Hamid said...

jantung pisang sy suka buat masak lemak putih, letak telur.. pasti pekena dengan sambal belacan...fuhhh berpinggan2 la jugak hehe

dear anies said...

lama betul x mkn pucuk ubi ni

Sha Mohamed said...

wah.. sedapnya.. tak pernah masak tumis macam nie.. selalunya sha rebus ataupun buat gulai..

Lazada

Post Terhangat