Balik kampung semalaman - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, July 6, 2019

Balik kampung semalaman

Semalam...
Suami ajak balik kampung dia...
Kemas kemas lebih kurang...terus gerak.
Otw balik segamat dari JB...
Singgah site kat Kluang kejap. Tengok apa apa yang patut...

Susun kerja..
Susun barang...
Lepas tu sambung perjalanan ke Segamat.

Sampai kat kampung...
Kitorang relax relax je...
Lepak lepak sembang aje...
Memang saja nak ambil angin malam kat kampung.
Serabut betul rasanya dengan masalah kerja,
Masalah staf, masalah anak, masalah kesihatan,
Kita tenang tenang kan diri kejap

Esoknya suami ajak gi kebun,
Tengok pokok durian yang tanam bulan lepas.
Hidup ke, mati ke,
Kering ke, subur ke...
Tapi sebelum pergi kebun,
Kena la isi minyak motor dan pam angin tayar motor dulu.

Sempoi je stesen minyak kat Felda.
Pam petrol sebiji. 
Meja kerani sebiji.

Pam diesel sebiji kat luar.

Kecik je stesen minyaknya.
Jenama apa ni?
Jenama koperasi Felda Kemelah...

Hero seorang Cinderalele tengah pam tayar motor.
Nak masuk kebun tayar motor kena keras.
Kalau tak keras nanti senang bocor.
Dah kena sekali dah...
Gigih hero Mama Yan menyorong motor pancit.
Berpeluh juga la menapak dalam kebun tu...
Kot kot ada hilux lalu boleh numpang....
Hapahhh...
Takde sebiji pun yang lalu...

Dah sampai kebun..
Mama Yan duduk je kat pondok..
Suami MY gi siram pokok pokok duriannya...
Alhamdulillah...
Kesemua pokok durian hidup subur..
Pokok sawit pun sama...
Dah mengembang molek...

Tapi kali ni tak boleh petik sayur meranti,
Sebabnya,
Abang ipar Mama Yan baru lepas meracun lalang.
Insyaalah kalau balik lagi sekali ni...
Dah boleh petik dah...

Selfie ni aktiviti wajib ye.
Dalam banyak2 gambar tadi...
Gambar ni lah nampak paling kurus...
Yang lain semuanya besar talam.
Hahaha..
So, gambar yang besar talam tu kita delete ajelah...
Up satu yg slim...hihihi

Sekian, wassalam







2 comments:

  1. memang selalu kena riadah untuk menghilangkan serabut di kepala.
    Wak hari2 kerja kebun sebagai riadah

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad