Friday, July 26, 2019

Blogger Challenge No. 9 - How you stay positive.

Bagus kekal positif ni...
Tapi kalau positif yang macam gambar bawah ni...
Mama Yan dah tak mahu dah...
Hahaha...

How to stay positive...hhmmmm...
1. Ubah Mind set!
Kita kena programkan minda kita untuk kekal positif.
Bagi Mama Yan...perkara ni bukan mudah.
Untuk itu...Mama Yan attend Seminar Minda Magnet Rezeki.
Dalam program tu memang ada banyak tips, kaedah, formula formula bagaimana nak setting minda kita jadi positif .
Of course la tak boleh share secara direct kat blog kan....bukan sebab kedekut ilmu, tapi sebab pesanan mentor.
Ada banyak seminar seminar yang boleh dihadiri macam IMKK  Seminar NLP, kem motivasi, dll

2. Bersangka baik
Hahaha....susah juga kadang kadang nak bersangka baik sentiasa ni.
Dalam dunia kita sekarang ni, air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
Janganla sampai nampak perempuan bawak kereta mewah, "Ni mesti sugar dadi dia yang belikan"
Padahal dia berniaga siang malam sampai tak sempat nak makan agaknya.
Kita letakkan lah prasangka kita pada tempatnya ok.

3. Berhenti mengomel dan complaint itu ini.
Masak tak sedap la...tak masin la...tawar laa...
Lambat la...tak reti guna signal la.... tak reti buat kerja, sembang je lebih,... apa lagi? Apa lagi?
Semua benda serba tak kena di mata kita...

4. Elakkan pergaduhan
Tak kira la kat mana sekalipun...elakkan pergaduhan.
Kat facebook ke...kat atas jalanraya ke...kat meeting ke... rumahtangga ke..
Kalau kat media sosial, ada rakan rakan yang asyik maki hamun, upload status kesat, asyik memprovokasi, kita block aje terus.

5. Senyum.
Ye...senyumlah yang akan membawa kegembiraan, bukan senyum kerana gembira sahaja.



6.  Pilih bahan bacaan yang berkualiti dan positif
Elakkan terlalu banyak membaca kisah keruntuhan rumah tangga, masalah orang, gosip dan lain lain yang tidak membawa sebarang manfaat.
Kalau kita ni kaunselor atau peguam tu lainlah... memang dah tugasnya selesaikan masalah orang.
Bacalah buku motivasi...buku biografi kisah kejayaan ke...

7. Tenang dan redha
Apa jua hasil atau keputusan yang kita dapat, terima dengan tenang.
Redha. Percaya yang segalanya ada hikmah yang Allah berikan.
Contohnya, dah beria ia isi tender... cari harga betul betul..
tapi tak dapat juga.
Redha la itu bukan rezeki kita..
Tak perlu tuduh atau fitnah orang yang dapat kerja tu bukan-bukan.

8. Follow insan insan yg Positif juga
Follow la media sosial insan insan yang berjaya dan penuh motivasi.
Follow la FB Norazlin Nordin ke (bekas penyelia tesis Mama Yan dulu), Irfan Khairi ke... Prof. Dr. Muhaya ke...
Memang fanpage yang toksik toksik tu Mama Yan dah lama tak follow.
Tapi kadang2 ada kawan2 yang share post dari sana, terbaca lah juga..hihihi

9. Berzikir bila marah
Ni Mama Yan selalu buat.
Bila rasa marah sangat sangat...cepat cepat zikir.
Zikir ni boleh buat kita jemput gelombang alpha lebih pantas, sebab tu mak mak nak tidurkan anak mak akan zikir...
Daripada masa marah tu otak kita berada dalam gelombang gamma...bila kita zikir kita akan cepat bertenang, bila bertenang kita boleh berfikir secara positif dan rasional.

10. Sentiasa bersyukur dengan kurniaanNya
Bangun pagi je...terus panjatkan rasa bersyukur sebab boleh celik mata lagi..boleh bernafas lagi...
betul tak?
lagi banyak kita bersyukur, InsyaAllah..lebih banyak perkara yang Allah akan permudahkan.
Kadang kadang bila anak tak dapat markah yang elok dalam ujian, rasa nak marah.
Tapi bila fikirkan..Allah kurniakan Mama Yan anak anak yang sihat dan sempurna...
Kenapa masih nak marah marah? terus tak jadi marah...gantikan dengan nasihat yang baik baik...
usap kepala mereka...berikan mereka sokongan dan dorongan.
Bila suami balik lambat dok main golf dulu...memang marah. Tapi, doa yang baik-baik..
InsyaAllah dipermudahkan...



Ehh..terlebih sudahhh....banyak pulak bebelnya untuk blogger challenge no. 9 ni...
Over nau Mama Yan ni kann....hihihi..
Entah ada entah tak orang baca sampai habis.
Sekian, wassalam


6 comments:

dear anies said...

dulu sy igt stay positif ni berbaik sangka je rupanya lbh drpd tu

Sha Mohamed said...

yes.. stay positif ini melibatkan banyak benda dan perkara.. tq share mama yan..

Rubiah Kadir said...

Suka tips ni. Positive vibes tu penting kam Mama. Boleh mempengaruhi mood harian
kita

Done follow sini

Siti Yang Menaip said...

hihihi cheeky gambar tu =P

adianiez AIDA said...

senyum...
senyum...
senyum di pagi hari.
in shaa Allah aura positip tu akan kekal hingga ke ptg, mlm...

Anonymous said...

Yayah silent reader bik yan. Akan baca setiap post yg dipublish.
Ya, stay positive sangat penting, ia mengurangkan stress dan kita belajar redha

Klik! Klik!

Post Terhangat