Wednesday, July 24, 2019

Blogger Challenge Number 5 - A letter to someone. Anyone.


Dah lama nak ulas pasal hantaran kat page KRT ni.
Elak elak tak nak follow page ni...
Ada juga rakan rakan friendlist FB yang share...
Terbaca juga...

Ok..Mama Yan nak layang surat buat penulis status di atas ni.
Tapi minta maaflah...
Main belasah aje ni...sebab takde idea nak mengarang sebenarnya ni.

Dik...hak orang memang nampak menggoda,
Hak orang memang nampak aaauummmm,
Hak orang memang nampak penuh aura...
Tapi disebalik yang beraura, yang aaaummm, yang menggoda tu...
Korang tak nampak.

Dik, awal awal pagi isteri dia dah bangun.
Siapkan sarapan untuk isi perut suami dia..
Dah mula mengemas rumah yang suami dia sepahkan malam tadi lepas tengok bola...
Dengan mug air atas meja,
Dengan baju atas lantai,
Kusyen merata rata,
Majalah bola dan majalah kereta bersepah lepas baca tak simpan balik.
Suami dia bangun pagi lepas dikejut berkali kali..
Lepas mandi terus sarung baju yang disediakan...
Siap bergosok, siap matching dari baju, singlet, sepender, seluar, stokin...
Nak start enjin kereta pun bini dia hulur kunci,
Entah entah siap bini dia dah start kan enjin kete...

Suami dia pergi kerja senang hati takde satu masalah problem pun...mana tak aaaauummm.

Dik,..Nanti lepas balik kerja singgah ngeteh dulu dengan kawan kawan..
Minum teh tarik seround dua...
Bini dia berkejar kejar dengan mesin punch card...dengan traffic jammed...dengan taska anak

Dik...bini dia sampai rumah je, terus keluar jurus silat pulak..
Nak sediakan makan malam, nak ajar anak kerja sekolah, anak nangis minta perhatian, anak berebut mainan....
Masa ni bini dia tak sempat nak mandi bersihkan diri pun...solat  maghrib laju laju...ayam patuk padi pun tak laju macam bini dia solat maghrib tau.
Suaminya yang aaaaumm tadi tu, bagi je salam bini dia dah terkocoh kocoh nak sambut suami dia.
Dengan bau ikan, bau ayam, bau bawang, bau kepam....terus sambut suami balik.
Suami yang aaauummm tadi tu, terus masuk bilik air....jaga kebersihan diri sendiri je.

Dik, Suami yang aaauuummm menggoda tu, lepas mandi dan solat...duduk makan malam.
Lepas makan main henpon...bini dia belum selesai lagi urusan rumah dan dapur.
Untuk menolong..memang tidaklah.
Lepas bini masuk bilik air, ingat boleh mandi dengan tenang.
Meraung melalak anak anak kat depan pintu bilik air...
Suami yang ada aura sangat tu, reti bagi jawapan selamat aje..."Anak anak tak nak kat saya, dia cari maknya"

Dik, sampai waktu nak pejam mata pun... Isteri dia masih lagi memberi khidmat bakti kepada suami yang baginya adalah ladang pahala

Dik, suami orang yang beraura, yang aaauuummm, yang menggoda, yang tampan, kacak, kemas kat luar tu, selalunya kat rumah takde apa apa pun selain malas dan tak reti tolong isteri di rumah.
Semua isteri dia yang siapkan.


Alangkan buah limau yang dijaga dan dibaja pun menggoda berbanding buah yang tak dibaja.

Dik, hentikanlah budaya mengendeng suami orang ni. Letakkan lah diri adik di tempat isteri isteri solehah tu.  Tak elok begitu.. kalau ditakdirkan bapa kita adalah lelaki yang aummmm tu, tentu kita sedih lihat ibu kita dikhianati...betul tak?
Memang betul bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi....tapi kenapa mesti kita menepuk tangan orang yang sudah beristeri.

Dik...semoga surat akak ni dapat kau baca suatu hari nanti.
Sekian, wassalam



6 comments:

Farhana Jafri said...

tak follow pun sebab nanti mula la tangan nak mengutuk haha pastu stress. Betul tu kak, laki orang nampak aumm la sebab terjaga elok. Kesian isteri dia dapat penat, alih2 laki main cinta dengan gadis muda gedik macamni

Raz said...

Agree sangat ni

I am LZ said...

Majoriti begitu walau tak semua sama..
Basically setuju dengan statement Mama Yan..

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

i like la Mama Yan...jawapan utk adik tu pun Aummm jugak ..hihihi

Sunah Sakura said...

terbaikkkk jawapan kak yan...lagi satu, kena ingat..kalo ko buat laki n bini orang camtu, tak mustahil satu hari nanti ko akan rasa benda yang sama jugak!

Sha Mohamed said...

bagus betul surat akak nie.. tambah sekarang nie emmang budaya caras laki orang merata alam.. Kat opis ini pun duk berlaku benda yang sama.. yang bujang banyak, laki orang juga dirembatnya..

Klik! Klik!

Post Terhangat