Tuesday, July 2, 2019

Pemeriksaan Bomba Selesai

Minggu lepas pemeriksaan bersama Bomba bagi pembinaan sekolah agama S*****g, Johor, selesai...
Alhamdulillah...
Syukur sangat..
Takde masalah apa apa dan komen dari pihak Bomba...
Pengesyoran bagi CCC oleh Bomba akan dikeluarkan tak lama lagi...
Syukur berganda ganda...





Bukan senang ye nak serah bangunan...
Pihak Bomba akan datang buat pemeriksaan untuk pastikan semuanya mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. 

Antaranya:-
  • Dinding pemisah antara ruang kelas, ikatan dinding rapat sehingga ke bumbung menggunakan batu bata dengan rintangan api.
  • Bilangan alat pemadam api mencukupi mengikut kiraan dan lukisan yang telah diluluskan
  • Tidak ada pemasangan jeriji besi pada tingkap dan pintu
  • Pili bomba berfungsi dengan baik, air yang keluar, lokasi pemasangan pili bomba mengikut lukisan
  • Akses bomba: - kiranya kalau berlaku kecemasan, jentera bomba boleh akses sehingga ke hujung bangunan ye. 
Tapi semua tu, arkitek dan peruding mekanikal dah fikir siap siap dah...
Kita kontraktor ni, follow saja...
Yang penting jangan tipu...
Menipu ni...
Bukan saja tak selamat, malahan tak berkat tau...

Semoga urusan penyerahan yang seterusnya dipermudahkan.
Aminnn...




3 comments:

Warisan Petani said...

tahniah
Semoga urusan penyerajan bangunan dipermudahkan.

Farhana Jafri said...

haha paling menyampah la bomba inspection. Ada je nak kena ubah

adianiez AIDA said...

perlu inspection ketat.
agar selamat. pe pe hal, baiki before serah kunci.
tak la besar sgt masalah di kemudian hari.

Klik! Klik!

Post Terhangat