Saturday, July 6, 2019

Sedih hati seorang ibu


Maaf kalau gambar agak kurang menyenangkan yang melihat.
Tapi sebagai ibu,
Tersentuh juga hati melihat anak diperlakukan begini oleh seorang guru agama.
Ingatkan guru agama merotan anak tak angkat ketiak,
Rupanya...dipulas dada anakku sampai melecet dan lebam
Ye...anak Mama Yan selalu tak siap kerja sekolah...
Tapi adakalanya, sukar untuk bantu jika kerja sekolahnya,
Anak Mama Yan sangat lambat menyalin tulisan di white board.
Mama Yan perlu semak bukunya setiap hari.
Selalu kosong atau cuma ada sebaris ayat.
Alasannya ...tak sempat salin cikgu dah padam.
Dia seolah olah berada dalam dunianya sendiri.
Susah nak faham kalau kita takde anak yang kurang bijak dan agak lambat menerima pelajaran.
Sebagai ibu, Mama Yan terima kekurangan anak anak atas sebab kepelbagaian otak manusia,
Ada orang yang bodoh,
Ada orang yang bijak,
Kalau semua orang jadi jurutera,
Siapa yang nak korek kalau paip najis tersumbat.?

Selalunya...kalau Mama Yan minta tolong dengan anak yang ni...
Kena terangkan betul2...sebab dia susah nak faham dan nak ingat.
Pada usia 10 tahun ni,
Kadang kadang, atas dengan bawah,
Kiri dengan kanan pun dia boleh blur,
Apa lagi soalan soalan penyelesaian masalah dalam kelas.
Dia  baru je pandai membaca sepenuhnya tahun lepas, masa darjah 3.
So Mama Yan tak harap yang tinggi tinggi buat masa sekarang ni.
Dia rajin belajar membaca walaupun merangkak, itupun dah bagus.

Takpelah ustaz...
Saya faham saya tak dikurniakan anak yang bijak seperti ustaz,
Anak saya sering menjadi mangsa buli rakan rakan,
Mangsa ejekan rakan rakan,
Tapi saya tak sangka ustaz pun join sekaki,
Saya doakan ustaz siang dan malam ya...
Supaya ustaz faham apa rasanya ada anak kurang bijak,
Supaya ustaz faham bagaimana mengasuh anak lambat tangkap,
Supaya ustaz faham apa rasanya jika anak selalu dicerca, dihina, dimarah, dicubit, dipulas,
Supaya ustaz faham kejadian otak dan kebolehan setiap manusia adalah berbeza...
Supaya ustaz faham kepandaian dan kebijaksanaan adalah kurniaan Allah Taala,
Saya doakan ustaz ya...

3 comments:

ummj said...

Kirimlah surat ke ustaz coretan ni.. Moga2 lepas ni ustaz ni lebih faham anak ni lambat tangkap.. aamiin!!

Warisan Petani said...

Nampaknya kena bersemuka secara baik.
Bukannya nak cari gaduh, tapi demi kebaikan bersama.

Nor Azimah Ali said...

Aduiii, kalo saya pun mau tak sedih, kesian nengok lebam mcm tu

Klik! Klik!

Post Terhangat