Tuesday, July 16, 2019

Tabahlah Mama Yan..

Petang tadi Mama Yan pergi jumpa uztaz yang cubit anak Mama Yan sampai lebam tu...
Sebab semalam anak Mama Yan menangis balik sekolah...
Kena rotan kat tangan pulakkk...
Adoihhh... hari hari ke nak belasah anak aku ustaz weh????
Semalam ustaz call Mama Yan kata nak jumpa...
Memang pucuk dicita ulam mendatang lah..

Perbincangan berlangsung elok elok je..
Tapi Mama Yan dah takde hati nak hantar anak sekolah tu,
Takpe...biar Mama Yan aje susun jadual untuk ajar anak baca Jawi.
Masalah utama anak Mama Yan adalah dia tak reti baca Jawi pun...
Bukan tak ajar...tp dah ajar pun tak reti reti...
Dari situ,
Memang semua menda jadi susahlah...

Cikgu mana lah nak tahan sabar kan....
Disuruhnya Mama Yan hantar anak ke kelas pendidikan khas...
Hantar anak ke kelas pendidikan khas ni bukan suka suka hati mak bapak...
Kena pergi klinik kesihatan terdekat,
Dari klinik kena gi klinik pakar kat hospital Sultanah Aminah,
Lepas tu kena lalui sessi terapi dulu...
Kena lalui penilaian penilaian khas..
Kami dah pernah hantat klinik dulu..
Doktor kata dia sihat,
Takde tanda tanda autisme, adhd, hyperactive atau lain lain
Mama Yan nak buat macam mana lagi...

Lepas tu disuruhnya juga Mama Yan hantar kat mana mana perubatan Islam, atau Darus Syifa'
Yang ni...
Confirm suami Mama Yan tak setuju...

Ustaz tu juga bagu cadangan suruh hire personal tutor untuk ajar mengaji dan jawi...
Boleh tu memang boleh...
Tapi mana nak cari...
Bukannya senang...
Bukannya boleh tangkap muat...

Memandangkan dia memang tak dapat belajar apa apa kat sekolah agama tu,
Maka Mama Yan rasa...
Tak payah lah datang sekolah lagi dah esok.

Kalau ustaz berterusan rotan dia, marah dia,
Kawan kawan dia berterusan ejek mengejek dia,
Menda ni memang jadi toksik pada emosi dan mental dia,
Lebih baik tak payah datang lagi.
Ajar solat, alif ba ta, dan ayat lazim jadilah.
Bila dah lepas yang asas tu...
Barulah boleh belajar yang lain lain tu...

Oklah...
Mudah mudahan urusan Mama Yan dan anak-anak dipermudahkan..
Aminnn...
Wassalam

5 comments:

Warisan Petani said...

Tanggungjawab ustaz tu mendidik bukan mendera.

Suria Amanda said...

Salah cara ustaz tu..takpe la usahakan yang terbaik untuk anak...semoga dipermudahkan

Sunah Sakura said...

akak, housemate saya ada mengajar budak2 jawi dan mengaji..dia memang ustazah sekolah tahfiz kat teratai ni..kalo akak nak minta dia ajarkan anak akak, akak pm kita tauuu..nanti kita bagi number dia

Rubiah Kadir said...

Cara ustaz tu tak berapa nak berkenan. Cikgu tugasnya mendidik. Bukan mencubit lagu tu kalau murid tak pandai. Ermmm :(

Rupanya Mama Yan duk Jb. Hehe.

dear anies said...

maaf tanya, kalau mengaji (muqqaddam / iqra' / AQ), anak mama yg ni lancar ke bacaannya?

Klik! Klik!

Post Terhangat