Tuesday, July 23, 2019

Things a husband should never say to his wife


1. I'm tired

Eh...ye ke ?
Apasal kalau suami Mama Yan cakap dia penat Mama Yan ok je..takde la terasa apa apa...
Sebab memang tahu kerja dia memang memenatkan.

Yer...memang la suami Mama Yan bukannya kerja angkat batu bata, bancuh konkrit, junjung simen semua tu....
Tapi penatnya kat otak...
Bila otak penat, badan pun jadi lesu sama...

Kalau suami tak bagitahu isteri sendiri...tentang penat lelahnya...
Takkan nak bagitahu sepupu orang gaji jiran sebelah rumah pulak...
Kena la bagitahu isteri sendiri...
Tapi bagitahu pun...bukan bentak-bentak...
"Yu tau tak ai penat ni? Ai penat tau...ai penat"
Haa...kalau macam ni...bukan penat je...tenat dah...
Berbual dan berkomunikasilah secara santai...

Lepas tu...kalau isteri pulak mengadu penat...
Takyah lah buat buat terkejut...
"Ai..duduk rumah pun penat...?"
Daripada penat penat manja...
Dengar suami cakap macam tu...
Terus penat tenat.

2. Whats for dinner

Errr....hari hari kot soalan ni keluar.
Kalau tak suami Mama Yan yang tanya....
Mama Yan sendiri la yang tanya...
"Nak masak apa eh untuk malam ni?"
Kadang2...kita baru jengah muka kat pintu rumah...
Anak anak dah tanya...
"Mama nak masak apa malam ni?"
And I am okay with that question...

Kalau rasa malas masak,
Bagitau awal awal malas masak.
So, plan awal awal apa yang suami nak kena cari atau beli.
Biasa kalau hari Jumaat, malam tu Mama Yan memang malas nak masak.
Sebab kat taman ni ada pasar malam,
So, memang bagitau suami siap siap senarai makanan yang dia nak kena beli ...
Kalau busy kat office..
Order dominos pizza je untuk anak anak...
Mama Yan order makan dari kedai siam bawah office ni

Bertolak ansur lah dalam komunikasi...
Sentiasa fikir sebelum bercakap...takut takut terlajak kata...
Semoga urusan kita sentiasa dipermudahkan..
Aminnnn...

Kejadian Sabtu lepas.
Orang dah tutup kedai, kami baru sampai office..pukul 6.30 petang.
Pukul 1.45 pagi siap isi tender...
Alhamdulillah...



4 comments:

Farhana Jafri said...

hahahaha tak boleh ikut sangat yang dekat socmed ni, bahayaaaa

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

dedua tu biasa je dengar and no problem to me..hihi

Sunah Sakura said...

eh betul kak yan...dedua tu ok je...kita suka kalo laki sebut benda camtu kat kita...sebab takkan dia nak sebut kat orang lain?

Sha Mohamed said...

Saya lagi suka bila suami luahkan penat or tanya nak makan apa.. Sebab saya pun selalu cakap benda yang sama.. Its communications.. Kalau tak cakap dekat wife/husband.. nak cakap dengan siapa?? kan mama yan..

Klik! Klik!

Post Terhangat