Menge'tut' pokok - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, September 17, 2019

Menge'tut' pokok

Insyaallah...jika tiada aral..
Next year nak masuk rumah baru..
Jadi pokok mangga dan pokok jambu ni...
Takkan nak dibawa sama kan...
Dah sebulan dah Mama Yan berangan angan nak tut pokok ni...
Nanti nak tanam kat laman rumah baru...
Alhamdulillah...
Semalam cuti...
Mama Yan pun jalan kan operasi tut pokok jambu dan pokok mangga...

Mama Yan memang takde pengalaman langsung...
Suami pun sama...
Tapi masa Mama Yan kecik kecik dulu..
Memang selalu jadi pemerhati abah buat kerja...
Segala memori tu...
Mama Yan simpan dalam hard disc Mama Yan..
Semalam,
MY pun cuba la apply kan...

Kupas kulit luar pokok tu...
Lepas tu...
Kepal kepal tanah dengan air...
Lepas tu..
Salut kat batang pokok yang kita dah kupas kulitnya tadi...
Lepas tu...
Bungkus dengan plastik...
Lepas tu,
Keluar akar...
Lepas dah keluar akar...
Boleh la potong bahagian bawah pokok tu,
Dan pindah ke tempat lain,
Pindah slow slow, jangan leraikan akar dengan tanah tut...
Masukkan semuanya sekali....
Gitulahhh...
Memori yang ada tersimpan dalam kepala MY ni...

Mama Yan buat satu...
Suami buat satu..
Takde gambar la pulak...
Semalam battery weak...

Tak tahulah pemilihan batang pokok tu memenuhi kriteria atau tidak. Almaklumlah..kami berdua ni orang teknikal

Harap harap menjadilah anak tut pokok mangga dan jambu ni...
Sebabnya...
Sayang betul pokok kat pokok mangga ni...
Buahnya memang sedap..
Tak bersabut...
Halus mulus gituuu...
Jambu batu tu pulak, kalau dah mengkal,
Manis madu oii...

Benih jenis apa entahla...
Mama Yan pindah masuk rumah ni...
Dua pokok ni dah ada...
Jiran2 cakap,
Masa owner lama dulu,
Pokok tu tak pernah berbuah pun...
"U orang banyak ong la..."
Jiran melayu pulak cakap...
"Murah rezeki Yan..
Lepas masuk je, pokok mangga ni berbunga dan berbuah.."
Alhamdulillah...

Semoga Allah terus beri kami rezeki memiliki buah buah yang sedap dan disukai ramai ni...
Aminn


10 comments:

  1. Harap2 menjadi lah proses tut pokok mangga dan jambu tu ye...betul jugak, takkan nak bawak pindah kan..

    ReplyDelete
  2. Best bila ada skill tut pokok buah-buahan, nanti berbuah lebat dan pokok pun rendang.. Semoga usaha Mama Yan & suami berhasil..

    ReplyDelete
  3. masa mula2 baca tajuk tu, terbaca kentut pokok... tgk lagi semula tut pokok hahahhaha

    insyallah menjadi lah tu mama yan, dana pun takde pengalaman mengetut nih, tp pernah la nampak pakcik tut pokok2... mmg menjadi

    ReplyDelete
  4. Mudah2an berjaya tutnya.
    Ada tambahan lagi
    Selepas kupas kulitnya, bahagian berkayu itu hendaklah disisik supaya kambiumnya tak tumbuh semula.
    Potongan kulit bahagian atas hendaklah disapu dengan hormon pengakar sebelum dibungkus untuk menggalakkan pertumbuhan akarnya (hormon pengakar boleh beli di kedai pertanian)
    Jangan lupa siram selalu supaya balutan medium tidak menjadi kering dan keras

    ReplyDelete
  5. Warisan petani> alamak...tak disisik pun kayunya tu... penggalak akar pun takde.... ok..
    Next week kita cuba lagi..hahaha

    ReplyDelete
  6. Hebat memori MY. Moga hidup subur hendaknya di rumah baru nanti pokok tu.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah, nak jugak la pokok mangga tu...tut kan untuk saya plis...tapi nak tanam kat mana haaa...hahahhaha

    ReplyDelete
  8. Wah oandainya tut pokok.. bolehlah mm belajar nnti

    ReplyDelete
  9. Sha doakan semoga menjadi proses tut itu.. Seronok kalau ada pokok mangga dekat laman rumah..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad