Hadiah Raya untuk Staf... - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, May 21, 2019

Hadiah Raya untuk Staf...

Assalamualaikum kepada yang membaca atau terbaca...
Tulis kat sini la...
segan nak up kat Facebook.

Hari tu pening nak bagi apa kat staf sebenarnya...
Ingat nak bagi telekung, tapi last year macam dah bagi..
Hari raya tahun lepas Mama Yan cuma bagi duit raya dan kuih raya macam kat bawah tu je...
Tu pun sama je dengan semua supplier dan sub kontraktor.
dua balang kecil kuih raya..
biskut Red Velvet dan biskut Chocolat rice..
Order kat mama kerani ofis Mama Yan ni...hahaha
Tapi untuk dia Mama Yan kasi biskut lain la..
Buat sendiri lagi...




Fikir fikir Mama Yan pun beli la tupperware macam kat bawah ni..
Beli 2 karton terus,
boleh la bahagi bahagi dengan adik beradik dan staf..
Staf Mama Yan tiga orang je ...hahaha..
Boleh je nak bagi yang grand grand sikit...
Tapi suami lebih suka bagi bonus raya..
ye la...
Orang lelaki dengan orang perempuan kat pemikirannya berbeza..
Dia kata elok la bagi duit...
Dari duit tu mungkin diorang nak bayar zakat fitrah...
diorang nak bagi duit raya kat mak bapak...
diorang nak buat tambang balik kampung...
mengalir kat kita juga sahamnya...
daripada bagi tupperware..nanti masing2 susun dalam kabinet...
hahaha..


Oklah...bonus tu...nanti last minute kita fikirkan berapa $$$ nya..
Hadiah tupperware tetap onzz..
Lepas fikir hadiah..fikir nak cuti raya berapa hari pulak.
hadoihh...
Mama yan ni memang suka melebih-lebih...
Pada suami Mama Yan...alah..kecik punya hal lahhh...
Tapi isteri dan anak anak diorang mesti ternanti nanti...
berapa hari cuti kann...

so plannya...macam kat bawah ni la..
dah draft..tp belum bincang lagi dengan suami Mama Yan..



8 comments:

  1. Wowww!.
    Best!. Moga bertambah2 rezeki Yan.
    Mcm arwah Pengasas Dnar.. Faizan ke apa nama tu.. rajin reward staff dia.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Semoga semua usaha mama yan diberkati..
    pemikiran lelaki memang lain sikit..

    ReplyDelete
  3. Huntungla staf dapat gift dapat bonus lagi.

    ReplyDelete
  4. Moga dimurahkan rezeki sentiasa kerana membuat staff happy...:)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..moga dimurahkan rezeki. Sy setuju dgn husband Tu hehe

    ReplyDelete
  6. Macam tu nak jadi staff mama yan jugak la..tapi jadi staff suami mama yan pun best gak..dapat bonus..hahahah

    ReplyDelete
  7. As Salam, seronoknya dapat hadiah raya tupperware dari boss kann..heheh..salam kenal dari saya:)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah... Untung nya staff dapat bos macam ni ☺

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad