2020 Euro Final - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, July 12, 2021

2020 Euro Final

Malam tadi pukul 3 pagi waktu Malaysia perlawanan akhir UEFA Europian Championship di antara England dan Italy. Perlawanan berkesudahan 


Jaringan pertama perlawanan dijaringkan oleh Luke Paul Hoare Shaw atau lebih dikenali L. Shaw pada minit ke 2. L. Shaw yang menyarungkan jersi nombor 3 England merupakan pemain bek kiri pasukan kegemaran ramai Manchester United sejak 2015.




Gol penyamaan oleh Itali pula dijaringkan oleh Leornardo Bonucci pada minit ke 67.  Pemain berusia 34 tahun ni merupakan pemain bek tengah bagi kelab Juventus. 


Oleh kerana permainan 90 minit berakhir dengan seri 1 sama... 
Masa tambahan diberikan selama 15 minit + 15 minit. 
Selepas masa tambahan berakhir pun masih lagi seri, maka penentuan melalui sepakan penalti di jalankan.

Keputusan jaringan penalti : 
(O - Masuk , X - Bolos)
Itali : O X O O X
England: O O X X X

Ngam ngam azan Subuh wisel penamat dibunyikan. Ok..jomlah kita mandi mandi solat subuh dan buat sarapan terus. 

Permainan berkesudahan dengan Itali menjuarai Euro Championship. 


MY takde la gila bola sangat... tapi layan juga la kalau game yang besar besar dan melibatkan negara gergasi dalam arena bolasepak.


Wujud lagi baju Italy ni dalam simpanan tau. Beli sekitar tahun 2007 kalau tak silap..... masih elok dan yang penting, masih muat dipakai..

5 comments:

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad