Korean Drama : Hospital Playlist - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, July 13, 2021

Korean Drama : Hospital Playlist

MY ingatkan Hospital Playlist ni macam cerita hospital biasa biasa je...
Tapi...
Rupanya...
Hospital Playlist ni memang seronok untuk ditonton...
Ada kelakar, ada happy, ada cinta, ada sedih...
Takde konflik berat berat...
Cuma standard la cerita hospital...
Ada la sikit sikit tunjuk part pembedahan...
Ada darah...
Ada kecemasan tu...
Kalau yang dah tahu tak boleh tengok gambar darah tu...
Takpe...tak perlu tengok drama macam ni...
Tapi sikit sangat part bedah bedah dan darah darahnya

Drama ni ada 2 season...
Season 1 dah tamat... boleh marathon dgn aman.
Season 2 on air... setiap hari Khamis di Netflix.
Tapi season 1 dan season 2 ni bersambung...

hospital playlist
Lima orang ni watak utama drama ni...
Gambar ni diorang ambil masa di sekolah perubatan.
Masa ni, diorang masing masing melarikan diri dari orientasi mahasiswa...
Di sinilah bermulanya persahabatan mereka dan berterusan hingga mereka masing masing menjawat jawatan profesor dalam bidang kepakaran mereka


jo jung suk
Jo Jung-suk memegang watak sebagai Profesor Lee Ik-jun, seorang pakar pakar bedah am dan pakar dalam pembedahan hati. Ik- jun ni seorang yang happy go lucky dan mesra dengan semua rakan kerja dan pesakit.
Seorang duda dan ada sorang anak lelaki berumur 5 tahun.

Yoo Yeon-seok
Yoo Yeon-seok pula memegang watak sebagai Profesor Ahn Jeong Won, pakar paediatrik. Dalam drama ni, Jeong Won ni anak kepada mendiang pengerusi Hospital tu.
Walaupun anak orang kaya, tapi sentiasa sengkek.
Seorang doktor pelatih tahun 3, suka sangat kat Profesor Ahn ni. Tapi dia pula sibuk nak berhenti jadi doktor dan nak jadi paderi.



Jeon Mi-do
Satu satunya bunga dalam geng diorang ni, Profesor Chae Song Hwa. Watak yang dibawa oleh Jeon Mi-do yang merupakan seorang pakar neurologi. Seorang yang sangat suka membaca, suka belajar, suka berkhemah, dan sebagai seorang perempuan, suka sangat shopping online. 
Dalam ni ada la sikit sikit kisah cinta dia dan Ik-jun, tapi tak secara nyata sebab mereka berdua sama sama memendam rasa.
Song-hwa ni langsung tak reti menyanyi, tapi sibuk nak jadi vokalist band diorang. Memang ke laut habis nyanyiannya..

Jung Kyung-ho
Jung Kyung-ho pula memegang watak sebagai Profesor Kim Jun-wan, doktor pakar pembedahan jantung yang tegas dan kelihatan tidak mesra dengan pesakit, tapi sebenarnya, dalam hati ada taman.
Dia sebenarnya sangat baik dan caring terhadap rakan rakan, pelatih bawahannya dan para pesakit.
Dalam diam, Jun-wan beecinta dengan adik kepada Lee Ik-jun, seorang pegawai tentera wanita bernama Lee Ik-sun. Kelakar part dia nak sorok kisah cinta dia dari abang girlfriend dia merangkap kawan baik dia. 

Profesor Yang Seok-hyeong (Kim Dae-myung) merupakan profesor bahagian Obstetrik & Ginekologi. Karektor Seok-Hyung ni anak emak, pendiam dan introvert sikit. Seok-hyung ada hati kat Song-hwa dan pernah meluahkan cintanya masa diorang first year kat universiti, tapi Song-hwa suka kat orang lain.
Lepas tu, Profesor Yang kahwin dengan pilihan keluarga tapi bercerai. So ada dua duda la dalam group diorang ni.

Tiap tiap minggu, dioarng main music band. Ik jun dan Jun-wan main gitar, Song-hwa main bass, Seok-Hyeong main keyboard dan jeong-won pula drummer.
Lagu-lagu semua best best..
walaupun tak faham makna,
tapi melodinya sedap didengar.
makna lirik ada tulis kat subtitle...
So..boleh la dengar...


 
Diorang berdua ni,, memang regu makan terbaik.
Dua dua pelahap tak ingat dunia...
Dalam cerita Korea,
Diaorang memang selalu tonjolkan diorang punya makanan..
banyak betul part makan dalam cerita ni...

Dalam setiap episod akan ada kes pesakit yang berbeza beza dan pelakon pelakon cameo dan pelakon tambahan... 
Siap ada pelakon Go A-ra, jadi anak pesakit merangkap bekas girlfriend kepada Lee Ik-jun. 
Dalam tu dia sebagai diri dia sendiri.

Tapi memang best la cerita ni...
Cinta dan kasih sayang tak terbatas kepada suami isteri girlfriend boyfriend aje...
banyak sangat kisah sayang dan caring yang ditonjolkan dalam drama ni...
Antara ketua dan anak buah,
Antara kawan kawan,
Antara doktor dan pesakit,
Dan yang paling menyentuh hati tentulah antara mak, ayah, anak...
Tak kira la sebesar mana dan setua mana anak tu,
kasih sayang mak ayah tak pernah terbatas untuk itu,

friendship goal
Bila tengok drama bertemakan persahabatan ni,
terus rasa rindu kat kawan kawan zaman student dulu...hehehe....
Ni gambar masa birthday kawan, kami makan kat Restoran Kenny Rogers, Jusco Taman Universiti.
Tapi bukanlah tiap kali birthday ada aktiviti open table. Sorang sekali je kot... selebihnya... 
Beli kek potong kat rumah sewa je.
Birthday Mama Yan pulak, setiap kali pun jatuh masa cuti sem.
Ok..selamat tak yah open table...kahkahkah..
Eh apa merepek dari Hospital Playalist ke cerita harijadi pula ni.. 

Ok..silakanlah menonton Hospital Playlis di Netflix okay...
Wassalam..

10 comments:

  1. Tak layan lagi drama ni... ramai yang cakap best

    ReplyDelete
  2. Hahaha sila layan smp abis.. Season 2 lagi best heheh

    ReplyDelete
  3. Ramai yang review kata drama ni best. Sekarang dah keluar season 2.

    ReplyDelete
  4. Memang rating tinggi drama ni kak yan, since season 1 lagi memang ramai tertunggu tunggu. Saya tunggu habis season 2 dulu, baru marathonn hehehe

    ReplyDelete
  5. Saya dah tak terkejar dengan cerita2 ni dah... tak dan,,, huhu

    ReplyDelete
  6. Ramai bgitau movie ni best. Tak tengok lagi sbb berepisod..

    ReplyDelete
  7. Memang sronok layan drama ni... Season 2 dh keluar tapi x tertengok lagi

    ReplyDelete
  8. syok juga cerita ttg persahabatan mcm ni

    ReplyDelete
  9. Antara drama mengenai doktor dan persahabatan yang paling syok layan.. Pelakon dia pun ohsem-ohsem.. Sha suka tonton klip pendek drama ini dekat youtube.. Season 2 tak habis tayang lagi jadi tak tengoklah.. tak lalu nak menanti.. hehehe.. Baik sabar sampai habis episod baru marathon..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad