Anak pungut


Anak pungut terbaru keluarga MY...
Semalam suami MY naik pejabat,
Jadi,
Mama Yan minta suami carikan anak pungut kat bawah opis tu..
So inilah budak 2 ekor yang berjaya dipungut..

Masih malu malu kucing...
Jadi letak dalam sangkar dulu sampai mereka berdua boleh sesuaikan diri dengan keadaan tempat baru...

Semalam MY dah mandikan...
Coklat gelap air bilasan mandinya...
Kesiannya anak gelandangan ni.. 
Kotor betul...
Dengan penuh kutunya...

Esok nak kena cari ubat kutu dan ubat cacing lah nampaknya.  
Harap harap cepat dapat sesuaikan diri kat rumah ni...
Anak anak dah tak sabar nak main kucing ni...



14 Comments

  1. Sekurang-kurangnya kucing-kucing ini tidak takut dengan orang yang pungut ia.
    Selamat menjaga dengan kasih sayang. Hehe ramai anak Puan MY.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak sendiri 6, tambah anak kucing 2, anak ayam tak terkira..haha

      Delete
  2. Assalamualaikum Yan, spray dgn Bioclenz multipurpose boleh hilangkan kutu kucing tu, kakak akk sy spray kat anak kucing kat rumah mak Alhamdulillah mati kutunye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semalam dah mandikan dengan bioclenz... dah kurang sikit..tp masih ada lagi kutunya

      Delete
  3. Cantik kucingnya. Lepas ni bertambah cantik la

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik...tp comot sikitla...sebab duduk kat pasar kan

      Delete
  4. Syukur, dapat juga menumpang kasih dan terbela. Adalah peneman anak anak kat rumah.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, rezeki mereka dipertemuakan dgn sis. Semoga sihat cergas n menghiburkan keluarga.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah, dapat mak angkat 2 beradik. hihi

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, semoga murah rezeki kak yan dan keluarga lepas ni. Comel tuuu! Dapat jugak rasa kasih sayang dari manusia.

    ReplyDelete
  8. macam mana tergerak hati nak pungut tu? ke memang dah aim lama..
    alhamdulillah, nasib mereka terbela

    ReplyDelete
  9. baik nya hati mamaYan.
    alhamdulillah :)
    terjaga la kucing2 tu.
    terkenang kucing kat ofis aida.
    time kami kerja, ada makanan utk dia.
    ni dah lebih sebulan ofis kosong :(

    ReplyDelete

terima kasih, sila komen lagi :-)