Masih wujud ke? Part 1

Naik menyampah pula bila keluar quote
"Masih wujud ke perempuan dot dot dot..."
"Masih wujud isteri dot dot dot.."
Bukan sikit sikit..
banyak dan berlambak lambak lalu di newfeed...
Tak tahu kenapa dan apa perlunya soalan begitu...
Biasanya page page yang takde modal menulis la kot...hahaha...
Ataupun nak selang seli dengan ilmiah dengan tidak ilmiah.




kita layan aje laaa...
Zaman sekarang masih wujud lagi ke isteri sendukkan nasi untuk suami?
mestilah masih wujud...
suami sendukkan nasi untuk isteri pun wujud...

Hidup berkeluarga..
mestilah kita didik keluarga kita dengan amalan bantu membantu dan berkasih sayang...
Isteri sendukkan nasi untuk suami,
Suami cedukkan lauk untuk isteri,
Anak tuangkan air untuk mak ayah,
Abang sendukkan nasi untuk adik adik,
Kakak cuilkan ikan untuk adik,
Mak suapkan anak,
Ayah suapkan mak,

Hal kecik je kot setakat sendukkan nasi tu...
Mak mentua MY,
sehingga ke saat ni,
Masih lagi bawak dulang hidangkan makanan untuk suaminya...Bapak mentua MY lah...
bukan hidang style nasi campur tau,
ambik nasi letak dalam pinggan,
ambik mangkuk isi lauk,
hidangkan dalam dulang,
bawa hidang depan bapak mentua MY...
Siap air..
dan air basuh tangan kadang tu...

Yang menulis status macam atas ni..
kesiannya kehidupan dia...
Kalau lepas ni kita ada peluang untuk makan di restoran lagi,
Sila open table untuk kawan kawan atau family ok...
jangan order ala carte..
Order nasi dengan lauk pauk...
Nasi request letak dalam pot ..
Lepas tu ko sendukkan ke pinggan kawan kawan/keluarga...
Order air by jug..
Minta yang lain tolong tuangkan air untuk semua kat meja tu...
Rasa mesra dia lain tau daripada makan ala carte pinggan sendiri sendiri...
dan air sendiri sendiri ni...
Sila cuba ye...

Hanya mampu throwback kenangan makan kat restoran aje la gayanya


























 

14 Comments

  1. MASIH ADA , TAK SALAH SENDUKKAN NASI KE PINGGAN SUAMI

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... Masih ada lagi cam tue😘😘

    ReplyDelete
  3. Ada sahaja. Betul itu tolong-menolong.

    ReplyDelete
  4. Dah tak ada point nak bercerita. Biasalah. Ada jer isteri yang masih sendukkan nasi untuk suami. Suami pun ada jugak yang tolong sendukkan. Ikut kerajinan. Kadang-kadang senduk sendiri-sendiri.Ki3

    ReplyDelete
  5. Kan? Takdelah moden sangat sampai adab berkeluarga mcm tu dilupakan.. kami selagi semua x duduk di meja mkn memang xkn makan.. yg senduk nasik selalunya si anak sulung la.. hehehe

    ReplyDelete
  6. Kami sama-sama senduk-menyenduk. Kadang suami senduk, kadang anak senduk. Kadang masing-masing senduk. Mana-manalah.

    ReplyDelete
  7. Masih ada isteri yang sendukkan nasi untuk suami.. tak susah pun.. :)

    ReplyDelete
  8. Masih ada. Dan tidak pelik pun kerana masih ada dengan cara yang halus ini. Tidak kolot juga kepada yang masih mempraktikkannya.

    ReplyDelete
  9. Tak ada modal lain, itu pasal up status gituu. Memang menyampah kalau baca status status macam tu hahaha.

    ReplyDelete
  10. sajalah tu tak ada modal agaknya. Takkanlah pupus pulak. normal lah kot senduk menyenduk gitu :) Lainlah makan sorang kena senduk sendiri.

    ReplyDelete
  11. ofkos masih ada. sapa nak sendukkan nasi untuk suami sendiri kalau bukan isteri dia

    ReplyDelete
  12. Samalah kita Mama Yan.. menyampah betul bila jumpa ayat masih adakah ...
    Ada je lagi.. Ikut situasi dan keadaan lah.. Bila makan sekali, memang sendukkanlah.. bukan takat suami untuk anak-anak sekali.. kadang suami yang sendukkan..

    ReplyDelete
  13. adehhhh yg tanya mcm ni mesti x kawen lg. x pun bini dia x reti msk😆😆😆

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)