Wujud Lagi Ke? Part 5 - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, July 27, 2021

Wujud Lagi Ke? Part 5

Rumah orang lain wujud kot...
Rumah MY dah pupus dah...

Anak anak dah bujang,
Biarkan diorang belajar buat kerja,
Sapu halaman rumah,
Korek longkang, 
Bakar sampah,
Buang sampah,
Bagi ayam/kucing makan,
Cuci akuarium,
Cuci bilik air sendiri,
Kemas meja lepas makan, 
Kemas pakaian sendiri masuk almari,

Yang perempuan sorang tu kita ajar kerja dalam rumah,
Ajar buat kerja ikut jantina dan sesuai usia...
Walaupun kerja siap lambat sebab main main,
Banyak berbual,
Biarkan...
Tak betul, takpe...
 boleh ajar sampai betul,
Nak ajar anak buat kerja tak boleh cerewet sangat,
Nanti diorang tak rasa enjoy laksanakan tanggungjawab.

Lepas selesai tugasan tu,
Kenalah bagi pujian pujian sikit,
Anak anak pun manusia biasa,
Selain daripada makan nasi,
Nak juga makan puji,
Kalau dengan mama,
Makan puji aje lah...
Sebab puji pujian free,
Tapi kalau dengan ayahnya..
Dapat roti telur...hahaha..

Mama jadi mandur

Terima kasih anak-anak kerana jadi anak yang baik




 

12 comments:

  1. Kadang kadang buat je. Biasanya husband yang buat kerja luar. Kat kampung barulah function sapu sebab laman kampung banyak daun. Kat rumah sendiri sapu habuk je lah.

    Bagus anak anak bujang menolong buat kerja mengemas luar.

    ReplyDelete
  2. Bila balik kampung seronok nyapu luar rumah, daun-daun kering tu..dah kumpul baru bakar.. terus terkenang zaman kecik-kecik.

    ReplyDelete
  3. Balik kampung je boleh merasa mcm ni. Kalau dulu suka daun kering byk gugur. Sapu lepas tu bakar. Skrg rumah langit sapu kat balkoni je..

    ReplyDelete
  4. Ni best kalau anak ramai. Boleh bagi macam2 kerja sebab diaorang buat sama2.

    Macam.akak ni nak harap depa berdua buat semua., macam pahat dengan penukul la. Paling banyak kerja pun 2 benda je boleh buat. Lepas siap masing2 senyap dalam bilik. Nak suruh buat benda lain tak boleh dah. Penat katanya.. hahah

    ReplyDelete
  5. Good job MY! Mana yg boleh 'sub' tu kita bagi je anak2 buat :)

    ReplyDelete
  6. kalu dok umah ats langit mmg x laa jwb nya��

    ReplyDelete
  7. mesti lah wujud kak yan..Alhamdulillah sejuk perut ibu ngandung hehee kn kak yan..tgk anak2 bantu cmtu..sama2..

    ReplyDelete
  8. untung anak2 dah besar dan boleh bantu2 kan

    ReplyDelete
  9. Yang ni jarang nampak. Biasa mak-mak mintak anak lelaki yang sapu sampah kat luar rumah.

    ReplyDelete
  10. Kadang-kadang je . Sebab ayah CCL selalu sapukan daun2 kering depan rumah .

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad