Wujud lagi ke? Part 3 - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, July 25, 2021

Wujud lagi ke? Part 3


Ya ampunnn....
Mestilah masih wujud...
Lesung batu ni macam satu keperluan tau kat rumah.
Boleh katakan hampir tiap tiap hari lesung batu ni bertugas tau.

Kalau nak masak banyak banyak,
Pakai blender...
Tapi kalau masak tiap tiap hari tu...
Memang pakai lesung batu ajelah.
Susah tau nak blender bawang sebiji dua ni...

Boleh juga kalau nak pakai chopper...
Tapi rasa pakai lesung batu dengan pakai chopper tak sama...
Chopper macam potong potong je...
Tapi lesung batu guna konsep memecahkan, memenyetkan..
So dia akan ada rasa juicy juicy macam tu...

Lagi satu kalau nak guna kunyit...
Kalau masukkan kunyit dalam blender atau chopper, 
Nanti jugnya akan kelihatan kekuningan...
Jadi satu kerja pulak nak rendam jugnya tu dengan sabun.

Chopper  Jamie Oliver ni Mama Yan beli kat AEON guna tebus tebus setem tu.
tak ingat dah berapa harganya..
sebab  masa tu jarang sungguh update blog...

Ni hasil guna chopper...
Memang halus..tapi tak macam tumbuk...
Nak nak kalau chop kunyit..
Bila makan ada rasa kunyit sikit sikit..
Tak macam kalau tumbuk...
Macam mana entah nak cerita...hahaha

Cuma nak cakap..
Ada setengah masakan,
sedap lagi tumbuk guna lesung batu...
Tapikan,
Lagi sedap kalau takyah masak sebenarnya...
Order je kat food panda...
tinn tinn..sampai depan rumah...
Pastu makan..
Yummmm...
Dapur bersih...
masa dan tenaga pun jimat..



18 comments:

  1. penting ada lesung batu di dapur utk tumbuk bahan masak sikit2 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. antara gajet pertama pasangan baru kahwin tu...

      Delete
  2. haruslah wujud kan. Saya pun suka masak bahan bahan tumbuk guna lesung batu lagi. Lagi sedap. Setakat sikit sikit bolehlah untuk menumis. Kalau nak buat cili kisar tu kenalah guna blender.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..nak kisar cili kering mmg pakai blender... kalau tak, boleh timbul urat muscle kat lengan ni

      Delete
  3. jarang saya guna lesung, lesung kat rumah ni hari2 guna untuk ketuk ais

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...tu pun antara tugas hakiki lesung batu gak tu

      Delete
    2. Betul tu, sama dengan saya.

      Delete
  4. PC sangat kerap guna lesung batu.. suka dan rasa rencah masakkan tu bila ditumis atau rebus rasa lain..tapi tidak juga menolak alat pegisar dan sebagainya.

    ReplyDelete
  5. Kat rumah wak, masih berbunyi lagi lesung batu ni

    ReplyDelete
  6. Betul kak yan, pakai chopper tak sama dengan lesung batu. Tetap cari lesung batu jugakkkk

    ReplyDelete
  7. Wajib ada owh lesung batu ini kat rumah..

    ReplyDelete
  8. Lelaki pun kena ada lesung batu. Apatah lagi perempuan. 😄

    ReplyDelete
  9. kalau masak sayur yg jenis tumis belacan mmg sy rela tumbuk guna lesung.. lg sedap rasanya dpd guna chopper

    ReplyDelete
  10. saya dua dua masih pakai kak yan :)

    ReplyDelete
  11. hari2 sy guna kec bln puasa��

    ReplyDelete
  12. masih pakai lesung batu lagi kt umh

    ReplyDelete
  13. Mestilah wujud . Ccl lebih sukakan guna lesung batu berbanding blender or chopper . Baru rasa kepuasan memasak tu .heheh

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad